Friday, November 04, 2011

HER 19TH BIRTHDAY

video

She grew up so fast, that I did not realize...

She was a BABY TROJAN, they called.
She is the KAKAK, and I'm the Adik.
She is the one, who makes everyone happy.
She is my lil sister.

Happy Birthday Suha...

:')

Oh, she blogs too. 
Read hers, HERE.



Thursday, September 22, 2011

Indahnya Ramadhan 2011, Betapa Kini Aku Rindukan Ia

Salam alaykum...

Syawal kian sampai ke penghujungnya, namun hati aku masih jua tertaut rindu pada bulan Ramadhan yang telah berlalu pergi. Betapa kali ini terasa benar kehilangan. Entah kenapa.

Sungguhpun keriuhan Aidilfitri mulai terasa, namun aku tidak begitu teruja untuk menyambutnya. Malah sedih pula kerana mungkinkah aku bakal menyambut Ramadhan lagi di masa akan datang? Mungkin sedih kerana sepanjang bulan mulia Ramadhan ini, Allah telah mengurniakan pelbagai nikmat dan ketenangan kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Salam Aidilfitri, Salam Kemaafan :)

Bukan kerana tidak sudi menyambut kedatangan Aidilfitri, menyambut kejayaan menentang nafsu dan meningkatkan amal tetapi kerana aku takut melihat diriku selepas bulan Ramadhan. Apakah menjadi seorang yang bertakwa atau lebih lalai?

Aku manusia lemah. Aku amat berharap Allah tetapkan hatiku di jalan yang Dia redhai.

Pada hari pertama Ramadhan tahun ini, Allah telah kurniakan berita gembira buat aku dan rakan-rakan seperjuangan. Aku sampaikan berita gembira itu buat ayahanda dan bonda. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya, terlepas beban kerisauan di dada mereka tentang aku. Syukur pada Allah.

Berkat doa ayah dan mama, kejayaan menjadi milikku. Alhamdulillah...

Dapatlah aku pulang ke Malaysia pada minggu kedua Ramadhan yang lalu dan bersama-sama ayah dan mama menjalani ibadah puasa.

Sungguh, aku rindu pada Ramadhan. Bila lagi akan kita bertemu? Ya Allah, panjangkanlah umurku untuk bertemu dengan Ramadhan, panjangkanlah umurku untuk berbakti buat kedua ayah dan ibuku. Ameen...


Wednesday, June 22, 2011

Terlupa Letak Tajuk

Salam alaykum. HEEEE.

Eh, tiba-tiba pulak nak sengih kan? HEEE.

Genaplah 30 hari tidak meng'update' blog yang super-duper bosan ini. Kalau blogger tegar, memang dah rugi riban-riban punya sebab trafik jatuh. HOHO.

Blog aku ni bukan blog picisan pun, picis pun bukan. Blog sukahati je sebenarnya. Dah lama bertapak, tapi tak pernah lah yang maintain aktif berblog. Biasalah super busy. Haih, padahal setiap orang pun ada 24 jam sehari, 365 hari setahun. Aku je yang tak pandai nak manage masa sendiri sebenarnya.

Kerja aku menangguh kerja, menangguh itu ini. Memang lambatlah siap, baii. Huahua. Entah bila nak berubah tang yang tu, aku pun tak tahu lah. Selalu hangat-hangat tahi kambing je kata nak berubah, alih-alih macam lagi teruk ada. -.-''

Malas. Oh, itu sudah sebati di dalam diri. MUAHAHAHHH! Dari kecil sampailah dah besar gajah macam ni masih pemalas. Nampak je macam rajin aku ni, kau tengoklah bila malas aku datang, angkat sudu pun aku malas tau.

Eh, apa kes cerita pasal aku pulak ni? Eh, nama blog aku. Suka lah. Hahahah! Eh, tak...sebenarnya aku baru je lepas exam dua paper. Satu Pharmacology, satu lagi Parasitology. Aku tak nak komen banyak dengan jawapan kepada soalan," Macam mana exam?"

Hahah. Nama pun exam, benda dah lepas malas nak fikir dah.

Upcoming exam adalah Pathology Paper 1, nak kena start study dah. Namun seperti biasalah, kerja aku menangguh dan malas pulak. Memanglah ke laut buku aku malam ni. Hahahah! Tadi konon release stress, bangun dari tidur tengok movie sepam sambil dinner dengan housemate. Lepas tu, ni lah kerja aku. Buku dah pile up dah tepi meja ni untuk di baca, buka dan concentrate nak baca tu belum jugak lagi.

Aku rindu nak blogging je...*wuwuwu

Ye lah, yelah, nak baca buku lah ni.

Ha, satu lagi...Neno dah sihat dah! Alhamdulillah. Nampaklah perut dah buncit balik, bulu-bulu yang segar baru telah tumbuh semula. Mata dah tak berair macam dulu, selera makan bertambah-tambah. Nanti aku post entri tentang Neno okay.

Banya nak cerita, tapi nanti lah! :D

Daaa!



p/s: Otak ni kena servis balik dah. HUHUHUHU.


Related Posts with Thumbnails