Monday, March 10, 2008

His 21st Birthday

I woke up in the morning
Feeling to cook for him

I went to the kitchen Then I chopped the chicken
I called him to ensure
But he angry for pressure

A man got him angry, that's for sure

But when we met, he smiled with desire
When the eve almost end

Bad things I sensed
When everything's almost perfect then

Morons and jerks stood by his side

I hate to say, but me who should decide

Why did they do this to his head

My angriness was shed by my face which look sad

I'm sorry dear

I'm sorry forever
I
would not forgive myself until ever

I should have protected you, but I never

It was still my fault and you can still blame me though its over

I can't smile today

But I can't spoil you day

Because today is your 21st birthday
my presents still can't heal your pain today...

Sebuah sajak yang aku tujukan buat yang aku cintai. Aku tulis pada 18 Februari 2008, kerana rasa bersalah yang bersarang dihatiku. Selama mana masih diingatan, selama itu, tidak akan aku maafkan sesiapa yang terlibat. Hanya Allah yang membalas segala perbuatan jahat mereka. Aku benci. Aku marah, sehingga ke hari ini.

Aku sayang kamu, maafkan aku...

"Luahan Hati Nasuha"

Haii..
Ni suha ni..
Ingat lagi tak..
Dah 3 minggu suha tinggalkan shah alam..
Rase janggal sgt ..

Mak, ayah , kakak,Najmie, kawan2,cikgu2, sekolah, rumah, bilik.. semua jauh dari suha..

Bile dh jauh baru terasa rindu dan sayang,

Sedihnya..

Kat sane tak sama dgn kat sini..
Kat sane terlalu ramai org yg sukar didekati dan difahami..
Mungkin terlalu awal bg suha untuk mengenali mereka tapi suha selalu teringatkan kenangan di sekolah lama..

Terlalu byk kenangan manis, terlalu ramai rakan2 yg menyayangi..
Tapi tak apalah..
Bukan senang nak masuk asrama.. dan ini mmg cita2 suha dari kecil lagi..
Biarlah suha bersusah2 dulu..

Suha akan berusaha untuk berdikari..
Kat sane, berdikari merangkumi semua aspek..
Kat sane, hw byk sgt.. tak de mase utk study.. rupe2nye, mase buat hw tu lah time study kite..
Kadang2 terpaksa stay up smpai larut malam..
Pukul 5 pagi, suha kene bangun ..basuh baju.
Kalau tidak mmg tak sempat..
Jadual sgt ketat..
Belum habis yang ini, dtg satu lagi..
Slpas pukul 1 je la betul2 mase untuk rehat..

Alhamdulillah.. suha masih dpt tahan..
Lagi pun, suha tak pernah rase rapat dgn kakak2 senior..
Sebelum suha msk asrama, jarang sekali suha dpt smyg bejemaah.. untk setiap waktu..
Tapi dkt sane, setiap waktu solat kite smyg jemaah..
Mase petang, bace al mathurat.. sebelum tidur, bace surah al-mulk.
Hati suha betul2 rase tenang..

Kat sane , suha slalu bersendirian..
Tak mcm dkat sini dulu..
Slalu didampingi kawan..
Kat sane suha mmg ade kwn.. tapi tak tahula..
Suha takut untuk rapat dgn mereka..
Mereka baik .. tapi kdg2 suha rela besendirian..

suha dah tak selincah dulu..suha tak selalu ketawa mcm dulu..
lgpun berat suha dah naik..:(
hukhuk..
hari2 makan ayam je.. makanan kat sane sgt sedap.

Kat kelas..
Suasana nye same dgn sekolah lama..
Bising..
Ade 20 org je.. tapi mcm 40 org dlm kelas..hemm..
K
Kalau ngantuk, suha makan gula2..
Kdg2 smpai 10 bijik sbb nk tahan dr ngantukk..berat nye mata ini..
Kalau tak de cikgu..kelas akan jadi sgt senyap..
Sbb semua akan tidur..hehe..
Kelakar sgt..
Kelas suha dpn tandas..tingkat bwh..
So senang la suha kan..

J
Kat sane sgt berangin..sejuk..
Belakang sekolah ada hilir sungai..
Dalam dorm ada 16 katil..
Tapi tak penuh lagi sbb tunggu second intake,,

Ape2 pun..
Suha masih merindui smks7..
Suha masih rindu mereka..
Suha masih rindu dia..
Doakan suha..tolong ya..
Kat sane terlalu byk dugaan..
Suha cuba bertahan.. untuk capai matlamat suha..

Maafkan suha ya..
Asalamualaikum..

Dalam tangisan,

Nurul Nasuha.."


Luahan hati adikku yang selalu dalam ingatan...moga dikau berjaya mencapai cita-citamu...



Saturday, March 08, 2008

Kesihatan Aku


Hello Lagi!!!
Kali ini aku baru pulang dari tusyen! Sungguh penat sekali!! 5 jam lebih terkurung di Skill Center membuatkan seluruh peparuku constricted kerana ingin menyedut udara segar di luar! Bila pulang, bahagian upper limbku sangat sakit sekarang. Hendak menaip pun tidak terdaya rasanya.

Jadi, aku rasa...penulisanku tentang Kuliah Banin akanku tangguhkan esok atau bila saja aku mampu menaip lagi, ya?!

Sejak akhir-akhir ini, aku selalu sahaja sakit-sakit. Lemah seluruh badan, migrain, gastrik dan sakit dibahagian upper limb kananku. Aku berharap, agar aku dapat sihat semula. Exam sudah tinggal beberapa minggu saja lagi...kalau aku selalu begini, semua ini akan memberi kesan kurang baik kepada pelajaranku. Mama masih tidak tahu tentang ini. Aku tidak mahu memberitahu mama apa-apa pun. Aku harap mama tidak akan tahu. Nanti, beliau risau. Kesihatannya pula terganggu. Aku tak mahu!

Aku mahu menurut kehendak badanku sekarang. Rehat.

Jumpa lagi, ya? Daa...

Selamat malam...selamat menemui hari indah esok hari. :)

Friday, March 07, 2008

Jami'ah Al Azhar, Kuliah Banin

Hello! Assalamualaikum semua!

Aku baru pulang dari tempat yang aku tuju jam 1 tengahari tadi. Jami'ah Al Azhar, Kuliah Banin - Fakulti Usuluddin. Apa yang aku buat? Eh...aku bukan belajar di sana. Kebetulan, hari ini ada Bazaaria di sana. Aku dan teman sebilikku yang merangkap teman gelak tawa dan tangisku, riang kesana. Menaiki tax di tengah-tengah khutbah Jumaat. Melalui beberapa lorong sempit di tengah kota kecil ini untuk menuju ke sana. Dengan membayar tambang LE 2, kami berdua tercengang-cengang melihat pintu gerbang kuliah Banin yang kosong umpama tidak berpenghuni. Kebetulan, terdapat dua orang mahasiswi yang nampak arif tentang kawasan di situ. Aku pun..

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam."
Tanpa menoleh kepadaku.

"Di mana ya tapak bazaaria tu, kak?"

"Dalam ni."
Sambil terus berlalu.

Eh? Dalam hatiku sedikit terkilan. Beginikah? Beginikah layanan kepada saudara sesama islam? Em...sungguhpun kami berdua tidak berjubah dan berpurdah, janganlah begitu. Sudahlah sama kewarganegaraan, merantau pula...takkan begini? Kami juga tahu tatasusila dan sopan santun. Harapannya, aku tidak akan bertemu lagi dengan perawakn begini selepas ini. Biarlah ramah, dan bersikap pelindung. Kata, orang Malaysia -Ahsannas, ya Malizi!!! Sesama kita, sombong pula? Em...

Tak mengapalah, getus hati kecilku. Aku pun terus masuk ke dalam kawasan universiti tersebut. SubhanaAllah...besar dan cantiknya! Walaupun padangnya tidak sehijau padang bola di Malaysia, aku tiba-tiba saja terasa seperti di dalam filem Ayat - Ayat Cinta yang baru saja aku tonton dua hari lepas. Dikelilingi akhawat-akhawat bertudung labuh, berjubah dan berpurdah..adrenalin aku merembes. Seronoknya! Bila sampai saja di sana, akupun di sapa ketua SC(Smart Circle Group). Setelah berbual dikit, aku pun menuju ke gerai-gerai yang menunggu pelanggan. Merenung menu makanan yang ada, mataku tertumpu pada Cendol, Nasi Kerabu, Kuih Tepung Pelita, dan Nasi Kandar serta sate! Alhamdulillah...semuanya dapatku rasa walaupun kempunan sedikit untuk menjamah Nasi Kandar, akibat tempahanku terlambat...maka, habislah! Ikhwah saja sudah penuh mengerumuni gerai Nasi Kandar, apatah kami, sang akhawat hendak merasa. Ini disebabkan oleh pesanan kami melalui satu prosedur di mana kami tidak boleh membeli secara terus ke gerai berkenaan. Jika tidak, akan berlaku percampuran antara ikhwah dan akhawat, yang tidak manis dipandang oleh Ustaz atau Ustazah Universiti Al Azhar. Kmai semua menempah makanan dengan menulis menu yang dikehendaki di atas sekeping kertas kecil dan membayar wangnya. Setelah itu, kami serahkan kepada kakak-kakak yang bertugas di meja perhubungan.Em...walaupun sedikit leceh, ini adalah untuk menjaga dan membatasi pergaulan adam dan hawa yang bukan muhrim. Walaupun aku tidaklah sealim mana, aku hormati keadaan ini. :)

Unikkan Islam ni? Aku suka...sangat suka! Aku akan berusaha lagi untuk menjadi lebih baik!!!;)

Aku akan sambung lagi tulisanku dalam entri seterusnya dalam Jami'ah Al Azhar, Kuliah Banin 2. Mataku berat sedikit, perutku sakit dan badanku tidak begitu enak. Aku ingin membuat sedikit revision tentang subjek Anatomy: Abdomen and Pelvis, sebabnya, petang esok jam 5 aku ada kelas tambahan. Aku perlu bersiap sedia sikit, kerana kelas tambahanku lewat jam 10.30 malam baru selesai. Jadi, kalau aku sudah tahu serba sedikit, esok tidaklah begitu memenatkan aku untuk menerima ilmu-ilmu baru dalam subjek Anatomy: Abdomen and Pelvis serta Physiology: Blood. Setelah itu, kemungkinan besar aku mahu tidur awal. Hehehe...Aku berazam, esok mahu menolong Senior tahun 3 membuat medical check-up di kuliah Banin. Kasihan dia, sudahlah menjemput aku dengan datang kerumah,kalau aku tidak pergi...pasti dia kecewa.

Selamat malam dari aku...Mimpi indah untuk semua!



Kebiasaanku...

Hi!!!
Aku tidak dapat tidur. Jadi, memandangkan aku sudah mempunyai blog sendiri, apa lagi? Menaiplah aku malam ni!

Aku, mempunyai sangat banyak ide - ide untuk menulis, tetapi semuanya terbatas dek tanganku yang dua dan kelajuanku menekan punat - punat keyboardku ini. Merujuk tajuk di atas, aku mahu memberitahu tentang perubahan kebiasaan diriku sejak 3 tahun yang lalu. Yang kini perubahan itu pula yang menjadi kebiasaanku. Pelik. Huh? Apa sahaja yang aku omelkan ni?

Dahulu, aku perempuan egoistik. Aku sukar mahu mengaku kalah. Aku sukar mahu menyerahkan kemenangan pada orang lain. Aku sabar dalam egoku. Apa saja yang aku tempuh, pasti aku kuasai. Egoku hadir dari kesusahan yang pernah aku hadapi dulu. Hidup yang memerlukan benteng yang teguh dari di apa-apakan pemangsa. Umpama sel darah putih T-lymphocyte yang menjadi benteng pertahanan tubuh yang primary.

Kini, aku perempuan yang menyimpan perasaaan di dalam hati. Terluka, aku akan menangis. Terasa, aku akan merajuk. Terasing, aku akan menyendiri. Tangisanku tidak endahkan waktu...bila saja hatiku pilu, sebak...lancar saja airmataku bergenang, dan akhirnya mengalir deras dipipi. Bukan baru ini aku perasan perubahan itu. Sejak setahun dulu aku sedar. Namun, hati wanitaku lebih sensitif dari dahulu. Sangat sensitif. Tidak dapat aku kawal pula.

Tambahan lagi, dengan tekanan peperiksaan yang makin menghampiri bertambah susah untuk aku tidak menjadi emosional. Kasihan mataku...menangis, sembab...kemudian, pucat tidak bermaya rupaku. Ini menganiaya diri sendirikah? Tidak juga...aku lebih selesa menangis kini...rasa ringan beban dihati...tetapi wajarkah ini menjadi kebiasaanku? Aku cuba menjadi seperti dahulu, tetapi itu hipokrit dan terlalu ego...Em... bagaimana ya?

Inilah kebiasaanku...yang memeningkan manusia-manusia disekelilingku...

Thursday, March 06, 2008

Permulaan Bagi Kalamku Hatiku Diriku Hariku Riwayatku

Hello!
"Kalamku Hatiku Diriku Hariku Riwayatku" aku pilih menjadi tajuk blog aku ni. Aku pun tak tahu kenapa. Orang lain letak, sangat best bunyinya, penuh sastera dan sangat tinggi nilai linguisticnya tapi aku...panjang, dan semuanya tentang aku. Hehehe...

Aku pernah mempunyai blog sendiri juga, tapi tidak terjaga dan akhirnya terbiar tanpa sebarang update baru yang aku buat. Dulu, tulisan-tulisanku hanya dalam bentuk diari, atau jurnal yang aku tulis. Kadang - kala, jurnal itu aku hantar ke majalah sekolah, atau setidak-tidaknya aku savekan sahaja didalam personal computerku. Malang tidak berbau, suatu hari personal computerku dihantar ke kedai komputer untuk diformat semula. Hilanglah sudah hasil kerjaku...

Akhirnya, aku pun mencuba - cuba menulis di blog sendiri. Penulisan yang bakal aku buat bukanlah untuk menjadi tatapan dan untuk mendapatkan respon dari pembaca...tetapi, apalah salahnya pula jika ada yang ingin berkongsi denganku. Sekurang - kurangnya, bertambah juga ilmu didadaku.

Aku juga mempunyai suatu habit dimana, kadang - kala aku akan menulis didalam bahasa keduaku ;English atau pun bahasa rojak seperti sekarang. Penulisanku juga tidak tertumpu pada kehidupanku sehari - hari. Mungkin, jikalau aku mempunyai ilham, aku mungkin akan menulis sebuah cerpen pendek. Hanya untuk suka - suka. Kepuasan.

Ini adalah blogku yang kedua, tetapi tidak bermakna aku handal berbicara. Andaikata aku tersalah bahasa, atau kucar - kacir tatabahasaku, maafkanlah aku. Ini mungkin kerana aku tinggal di negara orang. Jadi, pengaruh bahasa di sini agak kuat juga pada diriku. Walaupun, bahasa ketigaku;Arab, tidak begitu fasih lagi. Aku masih berusaha kearah yang terbaik.

Episod hidupku dalam karangan akan bermula...


Related Posts with Thumbnails