Friday, June 26, 2009

Psychology subject, practice for the reality.

Psychology. Last paper to sit for.

I can't wait to finish my exam. I can't wait to be in Malaysia.
Seriously, I am not looking for anything else, than going back. I'm exhausted.

If you people looking forward to go on vacation. My vacation, is with my family, lepak-ing in front of tv eating home-made oreo Mc Flurry.

I looked happy on the outside, but yet, my heart sank in my own tears.

I trust you. I always have. I've changed, but you didn't see. Yet, you still acted as I've done it again.

This is a real stressor, where I need to control my stress reactions, and have to terminate the stress mediators.

Monday, June 22, 2009

Please do not disturb me.

Today, I'm not in the mood. Though I almost free to do anything as the exam is getting nearer to the end, I'm not in the mood.

First, the Biochemistry paper was hard. Though I got full marks for oral exam, I'm still not please with it, because I think I did very-very bad.

Second, I had a very unpleasant night. I couldn't sleep for the whole night yesterday, and now, I'm suffering of migraine.

Third, why in the world, the best reason for somebody did this to me? This is not the first time.

Fourth, I really want to be alone. I don't want to go out from my room for a few days. I really mean it.

I want to go somewhere, alone. No phone calls, no messages, no, and no.

I hate to say this, but I guess, after 3 weeks I didn't update my blog with new post, the first post turned out to be like this. I want to cry. I want to curse.

I feel like I want to die. Forgive me, I'm just too stress.

Monday, June 15, 2009

Aku dan masalahku.

Masalah yang hanya akan selesai bila perasaan ini hilang dan lenyap selama-lamanya. Aku minta maaf. Aku tahu aku yang salah.

Monday, June 01, 2009

Nendaku.

Hari ini, aku teringin makan Kuih Gunting, aku pun tidak tahu macam mana nak explain rupa bentuk dan rasanya kuih ni, tapi yang pasti diperbuat daripada tepung, digoreng dan akhir sekali di gaul dengan gula halus.


Syukur Alhamdulillah, sewaktu ayah dan mama kirimkan parcel buatku beberapa minggu yang lalu, mereka ada kirimkan sepaket Kuih Gunting buatku. Hari ini baru aku terasa ingin menjamah kuih tersebut. Dalam pada aku mengunyah kuih ini, aku terkenang Allahyarhamah nendaku yang telah pulang ke pangkuan Illahi beberapa tahun yang lalu.


Di akhir waktu tuanya, nenda sangat rapat dengan keluarga kami. Panggilan biasanya yang aku panggil adalah 'uwan'. Nendaku sangat pendiam dan kurang bercakap jika baginya tidak ada yang penting untuk dicakapkan. Namun begitu, jika cucu-cucunya yang bertiga ini meminta diceritakan kisah mudanya, pasti kami tidak akan dikecewakan.


Aku terkenang sewaktu aku baru menginjak belasan tahun, arwah nenda pernah mengajar aku sekali bagaimana caranya untuk membuat Kuih Gunting ini. Sewaktu itu, nenda katakan, hanya aku seorang cucunya yang pernah diajarkan resipi Kuih Gunting ini. Walaupun ketika itu, aku masih kecil, aku rasa, aku masih ingat cara-caranya.


Nendaku pergi meninggalkan kami dalam tidur. Nenda dimasukkan ke PPUM kerana kurang oksigen dan demam, pada sebelah malamnya, setelah mamaku menyuapkan nenda bubur, nenda dengan nada yang sangat gembira telah bergurau dengan mama. Kata mama, "Uwan gembira sangat hari ni, uwan siap bergurau lagi dengan mama."


Setelah nenda nyenyak dibuai mimpi, tempat mama digantikan dengan Mak Tam, salah seorang daripada adik kepada ayahku. Mama pun pulang ke rumah dengan harapan nendaku akan sihat keesokkan harinya.


Malangnya, pada keesokkan paginya, sekitar jam 10, Mak Tam menghubungi kami di rumah dengan satu berita sedih, nendaku koma. Menurut kata jururawat, "Pada jam 9 pagi tadi, saya cuba mengejutkan nenek, tapi nenek tidak bangun, saya sangka nenek masih nyenyak tidur."


Mak Tam pula cuba mengejutkan nendaku, namun apabila Mak Tam memanggil doktor, doktor mnegesahkan bahawa nendaku koma.


Aku dan keluarga bergegas menuju ke hospital dengan hati yang sayu. Aku membacakan Surah Yassin ke cuping telinga nenda dan aku katakan, "Uwan janganla lemah semangat, uwan cepat bangun ya, kami semua tunggu uwan bangun."


Setelah aku habis berbicara dengan nenda, Mak Tam pula duduk di sisi nenda sambil menggenggam erat jari jemari nenda. Mak Tam berbicara panjang dengan nenda, walaupun aku tidak dengar apa butir-butir katanya, namun yang pasti aku lihat ada titisan airmata mengalir di bibir mata nenda yang mengalir terus ke pipinya.


Pulang ke rumah, aku pula diserang demam panas, tetapi demamku terus surut apabila mendengar berita yang menyentap jantungku apabila Mak Tam menghubungi kami di rumah dengan mengatakan bahawa nenda telah nazak dan nenda akhirnya pergi meninggalkan kami semua, sekitar jam 7 pagi, 16 Ogos 2006.


Aku rindukan uwan.


Related Posts with Thumbnails