Friday, July 31, 2009

Lost.

I am lost in my own mind. I am lost.

I have no motivation for now.

I am too exhausted to stay awake.

:(

I have a pet!

I just got a pet!!!

It's a cat!!!

It's fat!!!

It's grey!!!

It's a persian!!!

It's a male!!!

I lost it for a few hours this afternoon, and guess what, he knows how to play hide and seek!
He hid under the stove!

OMG~

I love my new pet!

I'll upload a picture of him soon~ :)

Wednesday, July 29, 2009

I love my uncle.

My uncle postponed his wedding reception again!!

It was not just because of me, though. (Not 100% because of me, maybe just 2%?) :D

After all, he could not have his reception at my house due to some technical problems.
Which are...

  • there are no place availabe in my parents house because my sister also going to have her wedding in December. - Takkan semua perabot dan barang hantaran untuk dua kenduri kahwin nak sumbat dalam satu rumah ye tak?
  • As my uncle is the youngest, (of course among all my mother siblings- note: my mother is the eldest) my grandparents would love to have the very last wedding at kampung.
  • Well, I do not know the third reason yeah, (or may be the third reason do not exist at all!)
Thank you, uncle. (and aunt-to-be a.k.a mak-usu-to-be).

And of course, millions thanks to Allah Almighty, for understanding how both wedding are important to me! -Duh, of course my sister's and uncle's wedding!

Note again:

My sister is 28 years old, and my uncle is 26 years old. :)
I know...


Owh!! And another note:

My sister is going to marry her fiancee, whom I called as Abang Capt, and my uncle is going to marry his fiancee whom I do not yet have a chance to know her, but I'm sure, she's cool as we are! Oh yes, we will have that chance when we go to Jakarta and Bandung together this October!

Monday, July 27, 2009

May Allah bless her soul.

Yasmin Ahmad, no longer amongst us. Al- Fatihah.

I heard about the news 2 days ago (if I'm not mistaken), and really shocked. All of sudden, the movies she directed plays in my mind like a playback. The films she made with dedication, and courage filled the empty spaces in me. Where she always put together culture, races in Malaysia, love and a lot other thing in one film. I love films she directed.

It's just, we have lost another great director and a great film-maker in Malaysia film industry.

May you rest in peace.

Sunday, July 26, 2009

Kerja saya.

I slept at 5 am, woke up around 8 am, continued sleeping till 11.30 am and started cooking at 2 pm and finished around 4.30 pm. Then, I went to GMN restaurant to study with him. We studied about 5 hours, and surprisingly, it was good to study together!

I went home at 10.30 am, and ate dinner, then I watched Britain's Got Talent on Youtube. God, they were awesome! Of course only a few impressed me, but the rest was awesome too, because they have the courage to stand in front of the audience to act! After all, I saluted them for being so courageous!

That's all I did today, and I think, I'm going to continue watching it now. :)

Saturday, July 25, 2009

When we had a crazy party.




There was a surprise birthday party last night. For my housemate, and ex-room mate for a year. We got her! Hahaha!!! *grin*

We all, (there were four of us- Didi, Fatimah, Dzura and me) locked her in her room, without she even noticing, while the four of us prepared the birthday cake, the living room, the hanging-happy-birthday-on-the-wall, the red-and-sexy theme, and oh, the snow spray too!

Around 2 o'clock in the morning, we lit the candles, and oh, the candles are alphabets of 'HAPPY BIRTHDAY' too! Oh yes, continue the story telling, then- we unlocked her door, and Dzura sprayed her with the snow spray, while me brought the cake to her. Hahaha! Her hair turned to white because of the snow spray!! She made a wish, and blew off the candles. Yay!!!

The party wasn't over yet.

We all ate together, there were pizza, the chocolate-super-cute-birthday-cake, pengat pisang, and air sirap too! Oh, not to forget, some cheesy weesy potatoes! :D

After that, there were photograph session, where all of us, took some cute-actions-picture together! Then, we dance with the disco ball was switch on! :D

Hahaha, super duper party!

Friday, July 24, 2009

Terima kasih semua.

Alhamdulillah.
Bersyukur aku ke hadrat Illahi, di atas kejayaan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat di rumah sewa kami. Terima kasih buat rakan-rakan yang sudi datang untuk sama-sama memeriahkan majlis ini dengan doa dan zikir yang tidak putus-putus semenjak dari solat maghrib tadi.

Aku, dan teman-teman serumah tidaklah menyediakan makanan mewah atau pun suasana yang damai untuk majlis ini, cumaan beberapa jenis kuih, dan dua jenis makanan asas. Sementelah itu, aku dan teman-teman cuma melapangkan ruang tamu untuk solat berjemaah.

Terima kasih juga buat teman-teman serumah (dan seorang lagi yang memang rapat dengan kami semua). Tanpa kalian berempat, entahlah, mungkin pada waktu maghrib tadi, aku masih di dapur memasak. Terima kasih berjuta buat kalian.

Walaupun aku sedih dengan dua perkara pada hari ini, tapi aku tetap meredhakan apa yang berlaku. Walaupun aku cuma terkena tempias ombak gelora dari Malaysia, aku sugul mengenangkan nasib orang yang aku sayang dan sanjung, seumur hidupku.
Kalau diikutkan hati, memang aku akan menyumpah seranah si polan. Namun, aku bukan hidup untuk menghukum manusia. Ya Allah, semoga si polan menemui semula jalan yang benar untuk diikuti, dan Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami menerima dugaanmu ini. Dekatkanlah kami padaMu, semoga kami sentiasa berada di jalan yang Kau redhai.

Sungguhpun dua kejadian yang menyedihkan aku berlaku, aku gembira dengan sesuatu, niatku untuk mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat tercapai. Kuranglah sedikit derita di hati apabila melihatkan tidak cukup tempat untuk jemaah solat,( sehingga terpaksa menyambung saf baru di dalam bilikku) kerana ramainya tetamu yang hadir. Alhamdulillah. TanpaMu Ya Allah, semua ini tidak akan terjadi.

Benar, deritaku terubat sedikit apabila melihatkan ramainya sahabat-sahabat yang menguntum senyum apabila sampai di depan muka pintu kami. Hatiku menjadi lapang.

Selama hampir 3 jam lebih, aku hampir lupa kisah kesedihanku, kerana di kelilingi teman-teman yang mudah sahaja buat aku tertawa. Tambah pula dengan kehadiran puteri kecil, Batrisya Balqis, memeriahkan suasana dengan rengekan dan tangisan kecilnya.

Namun, bila rakan-rakanku mula berinjak pulang, hatiku menjadi sayu kembali. Oh Tuhan, kurniakan aku ketabahan. Hanya padaMu tempat aku meminta pertolongan. Aku teringat pada seseorang. Dia. Tidak lama selepas itu, telefon berdering. Dia menanyakan khabarku dan perjalanan majlis. Aku ceritakan dengan gembira. Tidak sabar mahu bertemu dia.

Apabila bertemu, kehendakku, tidak mahu terlepas melihat wajahnya. Tidak mahu dia lekas pulang. Tapi apakan daya, malam sudah larut dan dia nampak penat dan panas. Jadi aku biarkan dia pulang. Rindu menjalar.

Apapun, aku bersyukur padaMu Ya Allah. Kau Maha Adil lagi Maha Kuasa. Kau tahu apa yang terbaik untuk hambaMu yang lemah ini. Kurniakanlah kami ketenangan, dan kefahaman di dalam menerima ilmu kami. Supaya kami memperoleh kejayaan. Ameeen...



Thursday, July 23, 2009

Membebel.

Apa yang aku fikirkan ni? Idea nak menulis, berlambak-lambak, tapi, mana satu yang nak tulis dulu?

Senang cerita, sebenarnya, aku asyik terkenangkan rumah. Rindu pada mama dan ayah. Aku perlukan kata-kata semangat dari mereka. Semangat aku mula lunturkah? Entahlah. Aku mahu naik ke tahun seterusnya. Aku sangat mahu, tetapi, bertekadkah aku? Aku seperti mahu tak mahu saja. Study sedikit, main banyak. Apalah nak jadi dengan aku ni? Aku tak mahu mereka berterusan menanti aku mengukir kejayaan sekali lagi. Tunggulah, aku akan buktikan!

Aku mahu keluar sebentar, mencari angin di luar. Belajar di luar sekejap sahaja. Kemudian aku akan pulang, untuk Majlis Bacaan Yassin malam nanti yang di adakan di rumahku. Semoga dengan doa dan harapan kami yang menggunung tinggi, kami semua akan lulus di dalam peperiksaan nanti. Doakanlah kejayaan kami.

Buat ayah dan mama, adik minta maaf. Halalkan makan dan minum adik. Ampunkan dosa adik pada ayah dan mama, dan adik mohon doa restu ayah dan mama. Tanpa kalian berdua, adik hilang tempat bergantung, hilang tempat berpijak. Adik akan cari semangat adik yang hilang itu.

Tuesday, July 21, 2009

Rumahku, Syurgaku

Hehehe...
Berita baik punya!
Rumah sewa kami sudah best tahu?

Beberapa hari yang lalu, kami beli karpet. Karpet tersebut berbulu-bulu dan sangat selesa!!! Ianya berwarna putih susu. Sebenarnya, tujuan kami membeli karpet tersebut adalah untuk menjadikan ruang tamu rumah kami itu sebagai ruang berkumpul dan belajar bersama. Ala-ala study group lah...best gila!!!

Semenjak ada karpet baru, kami selalu berkumpul untuk belajar, dan makan bersama. Cuma kadang-kadang ada yang lesap masuk bilik sebab main pc dan sebagainya. Faham-faham je lah ye...

Tambahan pulak, kami baru je beli air cooler. Memandangkan musim panas kat Mesir ini memang udaranya kering dan berbahang, jadi, insyaAllah dengan adanya air cooler ni, boleh lah terasa nyaman sikit untuk belajar. Seronoknya!!

Lagi dua hari, rumah kami akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat. Jadi, ada lah makan-makan sikit. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, kami nak buat solat hajat 12 rakaat berjemaah. Harapannya, aku mampu melakukan ibadah tersebut tanpa masalah.

Sekarang ini pulak, aku nak keluar ke Metro, beli barang sikit lagi untuk majlis yang akan datang dan untuk meal berbuka puasa hari ini. Aku teringin nak makan Nasi Ayam, aku tahu, ada orang tu pun mesti suka punya. Sebabnya, resepi spesial ni dari ibundanya. Hehehe...

Saturday, July 18, 2009

Love Story - I love this song!




http://www.jonschmidt.com Hi...Jon Schmidt here. This arrangement is dedicated to Sarah, my 7 year old daughter who loves the song Love Story by Taylor Swift. Because of a common rhythm element between the tunes, I decided I could mish/mash the two. My great friend Steven Sharp Nelson (cello percussion) really makes this tune. (http://stevensharpnelson.com )

The download will be available from my site (http://www.jonschmidt.com ) in a couple of weeks.

The entire album which will be titled "Bonus Tracks" will be available on iTunes summer 2009. Sheet music will also be available at my site May 2009.

I am an unsigned recording artist and composer.

All songs from all my albums can be listened to for free on my site: http://www.jonschmidt.com

I have transcribed many of them for piano. The first 2
pages of each song can be previewed before purchasing.

There are also several free song and sheet music downloads including All of Me PDF and MP3

I am also on I-tunes, Amazon, etc.

I'll be adding more videos soon.


There's a little demo video I threw together featuring 2 of my most popular compositions: "All of Me" and "Waterfall" at: http://www.youtube.com/watch?v=R5mqWd...

THANKS!!!!

:)

Coldplay Viva La Vida
coldplay viva la vida
Taylor Swift Love Story
taylor swift love story
tailor swift love story
Cold Play Viva la Vida
cold play viva la vida
lovestory taylor swift
Lovestory Taylor Swift
piano cover
cello
piano




Arranged by Jon Schmidt. Co-arranged by Steven Sharp Nelson Recorded at Big Idea studios Engineered by Jake Bowen and Chuck Myers. Produced by Jon Schmidt. Co- produced by Chuck Myers. "Love Story" written by Taylor Swift. "Viva la Vida" written by: Guy Berryman, Jonny Buckland, Will Champion, Chris Martin. Video Produced by Amenat Studios. Directed by Matthew Mclelland. Director of Photography Patrick Ryan Gass


Thursday, July 16, 2009

When I miss you.


Heart. Where it stays.
Love. Blooms always.
You. I do miss.
Posted by Picasa


Wednesday, July 15, 2009

Bersabarlah hati. Kuat selamanya.

Keputusan exam telah keluar, beberapa hari yang lalu. Tidak memeranjatkan. Aku telah jangka pun semua itu. Namun, walaupun telah menjangkakannya, aku tetap sedih. Pilu membusung di dada, kecewa membalut hati, aku bungkam. Bukan kerana aku, tapi sekali lagi, aku mengecewakan dua permata hati aku. Ayah dan mama. Maafkan adik.

Adik telah usaha, tidak mengapa, adik akan gandakan usaha.
Adik telah berdoa, tidak mengapa, adik akan terus berdoa.
Adik telah bertawakal, apakan daya, bukan sekarang kataNya.

Aku tidak putus semangat. Aku pun berharap dan berdoa agar kedua permata hatiku itu tidak putus semangat dengan aku. Doakan adik, ya.

Aku akan terus gali kejayaan itu. Aku tidak akan mengalah. Gagal bukan tradisi. Sungguhpun kejayaan itu bukan warisan, aku akan kejar untuk aku pahatkan dalam sejarah yang aku berjaya. Buat ayah dan mama, akan aku ukirkan senyuman kalian di dasar hati, kerana gembiranya kalian melihatkan kejayaanku nanti.

Ya Allah, sungguhpun Kau turunkan dugaan sebegini besar buatku, aku redha. Aku akan teruskan berusaha dengan doa yang tidak putus kehadratMu untuk mengmakbulkan doa hambaMu yang hina dina ini. Ya Allah, niatku untuk berjaya di dalam pelajaranku, dunia dan akhiratku, menjadi anak yang baik kepada dua ibubapaku, dan menjadi insan yang berguna pada insan lain. Ya Allah, aku pohon dariMu, permudahkanlah urusanku dan rakan-rakanku agar kami semua dapat merasai nikmat kejayaan di atas segala usaha yang telah kami lakukan.

Makbulkan lah permintaanku, Ya Rahman, Ya 'Aliyy, Ya Latiff...


Sunday, July 12, 2009

Lama tidak berblog.


Oh, tajuk itu sangat sesuai dengan entri ini, sebabnya, aku dah lama sangat tidak mem-blog-kan diri. Selalunya yang kita dengar, oh, lama tak jumpa. Kali ini, biasakanlah diri anda untuk dengar, oh, sudah lama tak berblog.

Aku sangat suka guna 'oh' sekarang ni.Oh...
Tidak lupa juga bunyi-bunyian seperti shhhhhh untuk mengelakkan mulut aku mengeluarkan perkataan shit atau pffffttt untuk fuck. Ya, aku tahu, nama aku sangat ayu tapi mencarut mengeluarkan kata-kata kesat. Bukan apa, semua ini kerana selalu sangat menonton cerita-cerita barat yang sememangnya banyak mempengaruhi vocabulary aku. Jadi, kurangkanlah menonton cerita-cerita yang tidak berfaedah itu ya, Nadia!

Aku tak buat pun movie marathon, malah kawan-kawan aku yang ambil movie dari aku. Mana taknya, koleksi movie aku dari 2 hard dics (yang pertama 80 Giga, yang kedua 300 Giga) dan bukan itu sahaja, malah koleksi simpanan cakera padat dari Ayie sahaja sudah bertingkat!Satu godaan yang besar buat kawan-kawan aku sebenarnya.

Hehehe...Okay, okay...enough babbling about the movies and shhhhhh.
Oppppss...it just slipped out. :P

First vacation in Egypt. I'll tell you soon. :D
Posted by Picasa


Saturday, July 11, 2009

When we are together...

When we are together, I can see everything.

When we are together, I can feel the air.

When we are together, I never feel more alive.

When we are together, I am who I am.

When we are together, we are a happy family...




I love Ayah, Mama, Kak Nurul and Suha very much.

p/s: I love you too, sayang. :)


Related Posts with Thumbnails