Sunday, December 27, 2009

Malas..salaM

Update! Update!


The wedding.

The movie.

The fat cat.

The flight...

Hai...begitu malas rasanya nak menaip, tetapi hati berkeras mahu membuat entri ini. Adoii...




Thursday, December 10, 2009

Utusan Kasih


Utusan Kasih Raja Sehari

Majlis Perkahwinan Nurul Ikhmar dan Khasrul Azam

19 Disember 2009
Sabtu

Jemputlah datang ye...

:)


When a question is not answered.

Who dare to answer? When no one have the answer? When the question should be asked years ago...? What if the answer, is something that we least expected? 


I don't have the gut to ask.

Not even to listen to the answer given.

I rather to stay like this. Like nothing happen. Like nothing should be asked. Seemed normal, but it hurts. 


Why do I expect for that?



Friday, December 04, 2009

Harga sebuah kasih sayang.

Harga sebuah kasih sayang, bagi aku tidak ternilai. Tidak ada nilai yang khusus boleh aku letakkan untuk membeli kasih sayang. Kasih sayang bukanlah sesuatu yang pelik didengari, tetapi apa pula dengan harganya? Pelikkan jika ada individu yang meletakkan harga pada sebuah perasaan yang bernama kasih sayang? Atau, boleh aku katakan sebagai kejam?

Kasih sayang itu hadir tanpa disedari. Ianya sebuah anugerah yang tidak ternilai. Anugerah dari Yang Maha Esa, Sang Pencipta Yang Maha Bijaksana. Bila anugerah perasaan itu dikurniakan kepada salah seorang hambanya, maka wujudlah keamanan kepada dunia. Tumbuhlah perasaan itu mekar di dalam hati. Berkembanglah bunganya menebarkan benih-benih debunga kepada dunia.

Bila debunga kasih sayang ini terbang di bawa angin, maka hinggaplah pula ia di suatu sudut hati manusia yang lain. Namun, tanpa izin Allah, debunga ini tidak akan membuahkan pucuk kasih sayang. Jika sebaliknya yang berlaku, maka, wujudlah perasan kasih sayang itu di dalam hatinya.

Kasih sayang ini adalah sebuah anugerah. Jika semua manusia di dunia ini mempunyai sifat kasih sayang, tiadalah perkataan kejam di dalam kamus manusia. Tiadalah perkataan sakit yang berbirat di kulit. Tiadalah perasaan-perasaan yang keji wujud di antara manusia. Tiada jenayah, tiada zalim, tiada tamak haloba, tiada hasad dengki, dan tiada bunuh membunuh.

Sungguhpun begitu, kasih sayang memerlukan banyak pengorbanan. Tidak kiralah dari segi apapun, kasih sayang memerlukan pengorbanan bersamanya. Tidak kira kecil atau besar pengorbanan itu, tetapi, pengorbanan itulah yang menjadi teman kasih sayang.

Demi melihatkan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna, kedua ibu bapa sanggup bergolok bergadai bermacam harta benda dan tenaga. Kadangkala, maruah juga terkorban...

Demi sayangkan isteri yang mengandung, yang berhajatkan mempelam muda, si suami sanggup pergi mencari di dusun buah, di kedai-kedai sehinggakan basah kuyup meredah hujan lebat.

Demi sayangkan adik yang hampir lemas meminta pertolongan, sang abang pula terkorban menyelamatkan si adik.

Demi sayangkan persahabatan yang telah lama terjalin, sanggup mendiamkan perasaan sendiri kerana takut cintanya tidak berbalas dan akhirnya melihat sahabat baiknya bersama lelaki lain.

Bermacam kisah tentang kasih sayang yang kita lihat di luar. Kadang-kala, berbekas di hati apabila kisah kasih sayang ini di akhiri dengan pengorbanan yang menusuk hati. Lebih parah, jika pengorbanan itu tidak di hargai...di remuk-remuk, di injak-injak...

Apa baiknya kalau kita tidak pandai menghargai kasih sayang? Apakan harimau pun sayangkan anaknya...inikan manusia yang punya akal dan fikiran...

Sementara masih ada yang sayang, hargailah sebaiknya, sayangilah seadanya, peliharalah umpama tiada lagi kasih sayang sehebat itu...peluang itu cuma datang sekali.

Related Posts with Thumbnails