| Orang ramai membuat rusuhan di Karachi pada 19 Mei yang lalu. |
CNN – Pakistan menghalang akses ke Youtube sehari selepas mereka menghalang sebarang akses di laman sosial Facebook sebagai tanda bantahan kepada satu kumpulan di laman tersebut yang menjemput orang ramai untuk melukis wajah Nabi Muhammad S.A.W.
Pakistan Telecommunication Authotity (PTA) mengarahkan semua operator untuk menutup/menghalang akses ke laman YouTube dengan kenyataan, “di sebabkan peningkatan pencabulan yang mencemarkan bahan suci di dalamnya” pegawai itu berkata.
PTA berkata, mereka telah mencapai kata sepakat itu pada hari Khamis selepas melihat semua jalan yang ada di dalam bidang kuasanya, termasuklah menggunakan saluran yang terdapat di Facebook dan Youtube untuk melancarkan protes, demi untuk mengelakkan penampakkan bahan-bahan penghinaan yang terdapat di laman web tersebut.
Facebook telah di halang aksesnya sehari sebelum “Hari Semua Orang Melukis Nabi Muhammad” yang telah dirancang oleh beberapa kumpulan di Facebook.
Kumpulan terbesar tidak dapat dikesan untuk beberapa jam pada hari Rabu dan Khamis.
Facebook berkata, “Terdapat isu teknikal yang kecil yang menyebabkan pengguna Facebook tidak dapat mengakses laman itu dan beberapa laman yang lain untuk beberapa jam,” dan Facebook telah membaik pulih masalah itu secepat mungkin apabila telah menyedarinya.
Pengarah Komunikasi Facebook, Debbie Frost berkata," Mungkin ada pihak membantah, tetapi Kumpulan dan Laman Facebook itu tidak mencabuli polisi kami.”
Laman yang tidak dapat diakses itu dapat dilayari seperti biasa pada pagi Khamis, masa Eastern.
Frost meluahkan rasa kecewanya apabila mengetahui laman Facebook di halang pengaksesannya di Pakistan.
“Kami sedang menganalisa situasi ini dan akan membuat pertimbangan yang sah dan akan mengambil tindakan yang sesuai. Mungkin akan membuat isi kandungan tersebut tidak boleh diakses oleh pengguna di Pakistan” katanya.
Khoram Ali Mehran, (PTA) berkata, “ini adalah berkaitan dengan material yang dibantah yang diletakkan di dalam Facebook.”
“Kami menghalang akses itu dalam waktu yang tidak ditetapkan. Kami hanya mengikut arahan kerajaan dan Mahkamah Tinggi Lahore. Jika kerajaan berniat untuk membuka akses, itu yang akan kami lakukan.” Katanya lagi.
Malah, mereka tidak mendapat sebarang bantahan atau komen dari pengguna internet tentang kumpulan Facebook itu.
Muslim merasakan adalah satu penghinaan untuk menggambarkan Nabi Muhammad.
Terdapat rusuhan yang berlaku sekitar 2005 sebagai tanda bantahan terhadap kartun Nabi Muhammad di dalam suratkhabar Danish, dan kedua-dua kartunis itu mendapat perlindungan daripada pihak polis sejurus gambar kartun itu dipaparkan.
Mimi Sulpovar, salah seorang yang memulakan kumpulan di Facebook itu berkata dia pernah terbaca tentang idea itu di sebuah blogslepas Comedy Central menyiarkan episod ‘South Park’ yang menyebut tentang nabi tersebut.
“Ini maknanya perlu diprotes,'”katanya.
“Ini telah lama saya rasakan. Pembulian oleh sebahagian orang Muslim tidak boleh di tolak ansur lagi di negara bebas,”kata Sulpovar, seorang Amerika.
Walaubagaimanapun, Ibrahim Hooper, jurucakap untuk Council on American-Islamic Relations berkata idea oleh kumpulan itu sangat kesat dan buruk.
“Islam melarang sebarang penggambaran terhadap mana-mana Nabi Allah. Isa, Musa, Muhammad, siapapun—kerana kami percaya ianya akan menyebabkan kes-kes pemujaan.
Belia menambah, “Hampir keseluruhan Muslim di dunia ini membantah sebarang penggambaran terhadap Nabi-Nabi Tuhan.”
Idea “Hari Melukis Muhammad” asalnya datang dari seorang pelukis menjauhkan dirinya dari melakukannya, kata Sulpover dan Hooper.
Kempen ini telah dibuat oleh orang-orang yang membenci dan takutkan Islam.
Sulpovar bagaimanapun menafikan beliau adalah seorang anti-muslim.
“Ini bukan setakat kebolehan melukis Muhammad,”katanya. “Jika ianya terlihat seperti penghinaan kepada kamu, tak mengapalah, tapi saya tidak merasakan ianya adalah betul untuk mengenakan kepercayaan kamu kepada orang lain dengan menakut-nakutkan.”
“Ini tiada kaitan dengan kebencian atau ketaksuban,”katanya. “Tiada siapa yang menghasut untuk keganasan atau menyebarkan kebencian secara terbuka kepada sebarang individu”
Sulpovar berkata, dia bukanlah seorang Islam, tetapi menambah, dia telah menerima ratusan emel dari orang yang ingin menerangkan perkara ini kepadanya.
Seorang ahli kumpulan berkata, dia melihat kemarahan dan ketakutan dari kedua-dua belah pihak tentang kontroversi ini, tetapi merasakan, sebarang ucapan tidak akan di kompromi lagi.
“Ini adalah topik hangat, seperti juga pengguguran haram, pendatang haram, perkahwinan homo, dan poliyik. Jika kita membenarkan walau sekecil kompromi untuk satu kumpulan, jadi ucapan untuk topik pengguguran haram, pendatang haram dan politik juga akan di sensor berdasarkan tuduhan yang mereka menimbulkan kebencian dan penghinaan.” kata Auntumn Meadows di CNN iReport.
“Ucapan kebencian adalah menginginkan sesebuah kumpulan itu di hapuskan, mendatangkan bahaya kepada fizikal atau kematian. Saya tidak rasa melukis Muhammad jatuh di dalam mana-mana kategori ini,”katanya lagi.
“Islam bukan di atas kritikan atau kartun. Saya percaya kepada kesamaan dan mensensor Muhammad dari dilukis di mana kita boleh melukis apa sahaja figur di dunia ini adalah bukan kesamaan,” belia menambah.
Sulpovar pula berkata, keputusan Pakistan untuk menghalang akses rakyatnya kepada Facebook adalah tidak masuk akal.
Kumpulan Sulpovar telah menarik lebih dari 9000 fan pada pagi Khamis manakala page yang hilang sementara waktu itu telah mempunyai lebih 80,000 fan.
Kumpulan yang membantah idea tersebut pula mempunyai 68,000 fan pada hari Rabu.
Facebook akan menyiasat helangan akses itu, kata Frost.
“Kami mahu Facebook menjadi tempat di mana orang ramai boleh secara terbuka membincangkan sebarang isu dang melahirkan pendapat mereka, di masa yang sama menghormati hak dan perasaan orang lain,” katanya pada CNN.”
“Kami kadang kala bertemu orang berbincang tentang topik kontroversi, tidak betul, atau menghina. Apabila semua ini di laporkan kepada kami menjadi satu serangan kepada sesiapa, termasuklah orang Islam, ianya akan di buang dan tindakan akan diambil kepada orang yang bertanggung jawab,” katanya lagi.
Aku kata: Ini adalah satu penghinaan besar kepada orang Islam. Sebagai orang Islam aku sedih melihat perkara ini berlaku pada Nabi kesayangan Allah.
Credit to: Orang yang hantar benda ni pada aku melalui Yahoo Messenger.
fatima azzahara: ilah amahirah: mYsaraH iiiman: Tomorrow is a very challenging day for Muslims around the world . . Because tomorrow on the INTERNET a few non Muslims are organizing a horrible event. . . Draw MUHAMMAD (S. A. W), day... So as Muslims we have to bycott this event. . . So tonight at "12am", just log off from all social sites such as: Orkut, Facebook, Twitter, Hi5, and many more. By doing this these people will face a heavy financal loss INSHAALLAH. . . Its time to show our LOVE and RESPECT for our NABI MUHAMMAD (S. A. W). Please forward this text to as MANY people as you can I hope we can do at least this much for our Prophet (S.A.W). If you don't believe just go to the CNN website
p/s: Harap-harap usaha aku menterjemahkan berita English ni kepada bahasa dapat memudahkan.
0 bebelan kamu!:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.