Saturday, June 12, 2010

Aku cuak, tak cukup udara untuk di sedut!

Here it comes. The day everyone fears most.

The exam day!!

Esok, kawan-kawan aku akan berperang dengan kertas soalan, dengan senjata-senjata yang ada di dalam otak mereka. Menyusun strategi-strategi agar serangan berjaya. Mengeluarkan semua jenis senjata perang di dalam otak mereka.

Hoho..semoga berjaya kawan-kawan!

Aku? Lagi dua minggu. Oh Tuhan! Aku rasa nak pengsan. Peperiksaan..peperiksaan...peperiksaaaaaannnn! Bapak cuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkk! Anxiety, tolonglah pergi. Go away, shooh!

Hari ni, aku akan masuk gear tiga. Semua sudah siap. Koleksi lagu aku telah update, buku-buku, set kertas soalan, alat tulis...aku dah letakkan di ruang tamu. Ini bermakna, mulai hari ini sehingga hari peperiksaan, insyaAllah...aku akan menghabiskan masa di ruang tamu, membuat persediaan terakhir. Aku perlu, aku mesti berjaya! InsyaAllah...biiznillah.

Ini juga bermakna, laptop akan ditinggalkan dibilik. Membiarkan ia terpasang bagi memudahkan aku mendapat update-update tertentu dari kawan-kawan tentang peperiksaan. Bagi memudahkan aku untuk menghubungi ahli keluarga di saat-saat aku mulai cuak. Hahaha.

Aku mahu mendapat mumtaz, aku mahu mendapatkan kejayaan. Aku mahu kecemerlangan. Aku mahu redha Illahi.

Petang tadi, selepas solat Asar sewaktu aku menanggalkan telekung, tiba-tiba perutku sakit. Umpama ada jarum besar menyucuk perut ku dari dalam. Aku tidak boleh menegakkan badan pun. Bergerak sedikit saja, perutku akan sakit kembali. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Aku hampir menitiskan air mata sewaktu menahan sakit itu. Cubaan untuk memanggil kawan-kawan serumah tidak dapat dilaksanakan, sebabnya, aku tidak berdaya.

Menarik nafas pun menjadi suatu perkara yang mustahil. Serius, aku tidak tipu kalau pada waktu itu aku hanya mengingat mati. Aku mendekati komputer riba, apabila melihat Ayie menghantar private message. Sampai di laptop, air mataku mengalir. Sakitnya...aku memberitahu Ayie. Dalam hatiku cuma mampu berzikir. Sejurus aku habis mengatakan aku sedang sakit...sakit itu hilang. Tiba-tiba saja.

Aku pergi ke bilik rakanku, menceritakan kesakitan itu. Dia meminta aku agar sentiasa dekat pada telefon bimbitku. Supaya, kalau terjadi lagi serangan itu, aku mudah memanggilnya untuk mendapatkan bantuan. Aku menanti, kira-kira serangan itu kembali. Alhamdulillah. Setakat ini tiada. Cuma sakit-sakit lain which I can still endure it.

Aku beritahu pada Ayie, jangan beritahu pada Mamaku. Aku tidak mahu Mama risau...I have to be strong until I the time for me to go home.

Ya Allah, Ya Tuhanku, pada saat-saat inilah aku memerlukanmu...di saat-saat keyakinanku belum terlihat dek mata hatiku. Kau kurniakanlah aku kekuatan dan kesabaran Ya Rabb. Kau permudahkanlah urusan kami semua Ya Allah. Sesungguhnya, kami berjihad di atas jalanMu, dan kami mohon keredhaan dariMu. Ya Allah, semoga kami memperolehi kejayaan...Ameen...







p/s: Semoga aku sihat di hari peperiksaan nanti.

0 bebelan kamu!:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails