Salam sejahtera.
Malam ni, aku menemani nenekku di rumah. Hanya terawikh dan tadarus di rumah. Yelah, takkan lah nak tinggalkan nenek seorang diri di rumah. Sudahlah nenekku tidak berdaya untuk berjalan sangat, lebih mudah kalau ada yang menolong betul tak?
Nenekku yang makin dimamah usia sangat comel. Gelak tawanya membuatkan hatiku berbunga-bunga. Apatah lagi, apabila melihatkan yang nenekku sangat berselera makan apabila aku sediakan roti putih yang ku oleskan sedikit jem dan mentega bersama dua keping lagi roti kismis serta air teh 'o. Walaupun beliau baru sekitar satu jam yang lepas menikmati makan malam yang mama sediakan, beliau cukup berselera!
Nenek sakit kaki. Esok, pak cik dan mama akan menghantar nenek ke hospital untuk check-up. After Eid, nenek akan menjalani satu pembedahan major juga. Kasihan nenek...bila aku melihat nenek sakit begitu, aku terfikir...muda itu hanya sekali. Hidup juga sekali.
Hargai masa muda sebelum tua. Itulah yang sering aku baca ketika melintasi sebuah dinding yang dihiasi mural.
Muda sebelum tua.
Sihat sebelum sakit.
Lapang sebelum sempit.
Hidup sebelum mati.
*okay, yang satu lagi aku tak berapa nak ingat...hehehe*
Muda sebelum tua. Apa yang kita patut buat sementara umur masih belum menginjak separuh abad? Joli? Ke kelab dangdut?
Fikir-fikirkanlah, kita hidup hanya sekali. Nikmat duniawi ini tidak sampai 1/10000 pun daripada nikmat yang Allah akan beri pada orang-orang mukmin di syurga nanti. Sebaik-baiknya, sewaktu muda inilah kita penuhi hari kita dengan amal ibadah. Dengan zikir dan munajat yang tidak putus-putus pada Khaliq. Melakukan solat-solat sunat untuk menampung ibadah fardhu kita yang mungkin terlolos dari kesempurnaan.
Ini tidak, kelmarin aku tonton 999 di TV3, seorang pakcik ditangkap berjudi, seorang lagi Atuk (64 tahun) di tangkap menghisap dadah, tu tak masuk lagi yang tertonggeng -tonggeng di kelab malam menogok botol arak tanpa segan silu di bulan Ramadhan.
Apakah tidak malu pada isteri? Anak dan menantu?
Sama-samalah kita jadikan semua itu sebagai iktibar dan pengajaran kepada kita. Malah sebagai peringatan kepada diri sendiri tatkala syaitan membisikkan kata-kata godaan yang mendorong kita melakukan maksiat. Semoga Allah sentiasa meletakkan hati kita dekat padaNya. Sentiasa rindu padaNya.
Aku juga perlu beringat-ingat. Sama-samalah kita saling nasihat-menasihati. :)
p/s: Semoga Ramadhan kali ini memberikan makna yang baru di dalam kehidupan kita semua...Ameen.
.

0 bebelan kamu!:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.