Kempunan. Itu saja yang boleh aku katakan.
Betul-betul kempunan kali ini. Sudahlah gathering yang lalu, aku masih lagi di Mesir, jadi memang tak dapat nak join gathering yang diadakan di Putrajaya tu. Kali ni, sudahlah diadakan di Shah Alam, aku pula jatuh sakit. Batuk yang makin melarat, diikuti pula dengan selsema dan demam.
Suhu badanku pada 28 Ogos yang lalu mencecah 39 darjah Celcius. Kepala yang berdenyut umpama mahu pecah, sendi-sendi sakit umpama mahu patah. Batuk yang tidak henti-henti seperti mahu membongkar isi di dalam dada.
Kalau aku pergi juga gathering Geng Blogger di Dataran Shah Alam itu, antara aku akan pengsan di tengah padang ataupun aku akan tidur di dalam kereta. Sedihnya tidak terkata. Aku sangka, dapatlah aku merapatkan hubungan dengan kawan-kawan blogger tegar yang mantap itu! Malangnya, aku terbaring layu di atas katil.
Mama melarang aku untuk pergi kerana khuatir akan kesihatan aku. Di sebabkan kepalaku yang memang berat, aku hanya mampu terbaring di dalam bilik. Esok malamnya, aku lihat gambar-gambar dari blog geng blogger yang hadir ke gathering geng blogger. Sungguhpun terkilan kerana tidak dapat pergi, tetapi aku tumpang gembira kerana gathering itu berjaya di laksanakan.
Aku juga ucapkan jutaan terima kasih pada Ayah dan Mamaku kerana menjaga aku sepanjang aku demam ini. Mama yang bersusah payah mencarikan aku air kelapa, membawa aku ke klinik, dan menjaga makan minumku. Kasihan mama...
p/s: Takpelah, mungkin lain kali baru ada rezeki, kan?
0 bebelan kamu!:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.