Halo. Ramadhan Kareem, salam semua.
Itu sahaja yang dapat ku katakan sejurus aku masuk ke dalam kawasan masjid. Aku yang menjenguk adikku yang sedang belajar di utara tanah air, menemaninya dan ayahku untuk mencari juadah berbuka di sebuah bazaar ramadhan terdekat.
Sudahlah bazaar tersebut di dalam kawasan masjid, yang terang-terangan mempunyai kemungkinan untuk mengotori kawasan masjid,ada pula pembeli wanita yang datang pula tidak segan silu masuk ke dalam kawasan masjid itu dengan berpakaian mendedahkan aurat.
Ketat, mendedahkan dada, betis, apatah lagi jutaan helaian rambut yang dipertonton kepada orang awam. Bukan itu sahaja, tidak pula segan-segan duduk di tangga masjid sambil berbual kosong. Itu belum masuk dengan solekan setabal 10 inci di wajah.
Apalah nak jadi dengan saudara-saudara kita sekarang. Walaupun kubur lain-lain, dosa sendiri-sendiri tanggung, silalah fikir 5-6-7 kali sebelum keluar rumah tu. Inikan bulan mulia, bulan Ramadhan. Semua umat Islam sama-sama berpuasa. Sama-sama perlu menjaga bukan sekadar lapar dan dahaga, malah mata, mulut dan telinga dari perkara-perkara lagha dan mengurangkan pahala berpuasa.
Apa salahnya, kalau iya pun tak mahu menyarung tudung, sekurang-kurangnya, pakailah pakaian yang longgar, menutupi dada, dan letakkan selendang di kepala tu. Masuk kawasan masjid kot...hormatlah sikit. Kalau tak malu pada manusia, malulah sikit masuk ke kawasan rumah Allah. Seganlah sikit. Ke memang tiada perasaan malu?
Berpuasa sekadar syarat tidak makan dan minum, tetapi tidak menjaga hak manusia lain? Tidak memelihara ibadah sendiri? Awak tak nak pahala tu, ramai lagi yang nak tau? Kita ni orang perempuan, biarlah nampak ada adab dan bersopan. Sungguhpun nak datang membeli juadah, hormatilah kawasan masjid, bulan ramadhan.
Isk...
Malu itukan sebahagian daripada iman. Kalau kita ada sifat malu, semua yang kita buat mesti kita tahu batas-batasnya. Takkanlah tak terlintas langsung dalam kepala tu, nak masuk kawasan masjid kena pakai macam mana? Em..
Di luar pun, sewaktu bulan Ramadhan ni, silalah pakai kain lebih sikit. Jangan tak cukup kain, tak berduit langsung ke nak kena beli baju elok sikit? Kalau beli handbag brand Gucci, LV, Chanel, banyak pulak duit. Beli baju menutup aurat sikit tak boleh?
Sedar-sedarlah, kita tak tahu bila kita nak 'pergi', bila-bila masa nama kita up on the list. Tup-tup dah bye-bye. Masa tu, jangan mimpi nak tutup dah. Memang dah kena tutup pun dengan kain kafan putih bersih tu. Taubat? Heh. Jauh sekalilah cik... Tunggulah munkar dan nakir soal-siasat awak, ye cik?
Kita ni sama-sama perempuan, tanggungjawab kita saling tegur menegur. Malulah, kalau kaum kita asyik dipersenda orang. Tengok sekarang ni, kes buang anak bersepah-sepah. Depan rumahlah, dalam paritlah, dekat bus stoplah, paling teruk, main campak dalam tong sampah. Ni semua sebab tiada sifat malu.
Nauzubillah...
Sedih tau fikirkan benda ni...malu tiada, semua benda jadi. Sila malu pada diri sendiri.
p/s: Naik meluat tengok orang tak tahu malu. Perasan model, asyik buat iklan shampu depan orang. Haish.
0 bebelan kamu!:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.