24 Julai 2010
Hari yang tidak aku sangka-sangka akan berlakunya satu peristiwa; keputusan Peperiksaan Akhir telah keluar.
Pada saat seleraku mula datang, aku pun dengan hati berbunga riang menuju ke dapur lalu menggoreng telur dadar. Aroma telur dadar sering membuatkan aku kalah. Lalu aku akan makan dengan nafsu yang bergelora. Hehehe...sedang aku menyuapkan suapan pertama ke dalam mulutku, tiba-tiba, aku menerima suatu message di Yahoo Messenger.
"Dyya, result dah keluar."
Mati. Nafsu makanku mati begitu sahaja. Aroma lazat telur dadar tidak lagi dapat kuhidu. Sebaliknya aku menggigil dan dadaku berdebar-debar. Aku menelefon pula seorang sahabatku lalu kukatakan bahawa keputusan peperiksaan telah keluar.
Walaupun aku tahu keputusan telah keluar, namun, aku masih belum punya kekuatan untuk membuka student link aku untuk kulihat keputusannya. Aku masih belum bersedia.
Kebetulan pula, pada waktu yang sama, mama telah membuka satu akaun Yahoo Messenger. Beliau menegur aku di Yahoo Messenger. Lalu aku beritahu bahawa aku sedang ketakutan kerana keputusan telah keluar. Mama meminta supaya aku banyak-banyak berzikir. Lalu aku mengikut nasihat mama, tetapi hatiku tetap juga tidak senang. Aku lalu berwudhu' dan memnita izin dari mama untuk menunaikan solat hajat.
Habis aku solat, airmataku merembes. Entah kenapa, aku terlalu cuak. Mungkin kerana rakan-rakan serumahku telah mengetahui keputusan peperiksaan mereka, dan yang paling penting, mereka semua : LULUS.
Cerita mereka begini, sewaktu Sarah mengetahui keputusan peperiksaannya, Aku masih BELUM menduduki peperiksaan. Fatima pula mendapat keputusan pada hari terakhir aku menduduki peperiksaan, dan Mizah pula mengetahui keputusannya sewaktu kami berdua berada di Kaherah.
Stress yang datang padaku bertingkat-tingkat. Mungkin sebab itu aku makin cuak.
Berbalik pada kisahku, nak dijadikan cerita...student link aku tidak dapat dibuka. Katanya, kata laluanku salah. Hatiku bertambah gusar. Di tambah pula dengan aku diberitahu bahawa beberapa orang temanku telas lulus naik ke tahun seterusnya. Aduh...
Malam itu aku tidak tidur. Tidak mampu melelapkan mata. Kalaupun aku tidur, bila bangun semula, air mataku mula berjejeran umpama empangan pecah. Aku tidak lalu makan, nasi yang aku sentuh tadi tidak terusik lagi. Aku cuma mampu memohon kepada Allah, meyakinkan hati sendiri bahawa Allah itu hanya menduga kesabaranku.
Keesokkan paginya, aku pergi ke Syuun Thulab (Pejabat Hal Ehwal Pelajar). Aku pohon kata laluan yang baru. Lalu aku pulang semula ke rumah untuk membuka link keputusan peperiksaanku. Belum sempat pun aku membuka tudung mahupun menukar baju, aku mohon izin Fatima untuk menggunakan komputer ribanya, memandangkan komputerku mempunya masalah untuk menguunakan Internet Explorer.
Alhamdulillah, langkah pertama menggunakan kata laluan baru, berjaya.
Menjawab survey. Aku mendapat tahu, kami perlu menjawab beberapa soalan survey sebelum dapat melihat keputusan peperiksaan. Jawab punya jawab...tiba-tiba...*refresh*
APEHALLLLL! *aku terkejut sebab tiba-tiba page tu refresh sendiri*
...dan...
2008-2009. Terpampanglah keputusan aku.
Aku lihat, ehhhhh. Kenapa macam ni? Aku mula mahu menangis. Tanpa disedari, jari aku skrol ke atas. Ehhhhh!! 2009-2010 lah! Inilah keputusan aku...!
ALHAMDULILLAH!!!! LULUS!
Dengan hati girang tak terkata, air mata kegembiraan merembes keluar, tertawa kesukaan, aku pun mengangkat takbir. Menunaikan sujud syukur, regardless of not using any proper sejadah.
Alhamdulillah...
Aku pun dengan girang gembiranya, menelefon ayah di Malaysia.
"Hello ayah, Assalamualaikum!"
"Hello adik. Waalaikumussalam."
"Ayah sihat? Ayah buiat apa tu?"
"Sihat...ayah dekat Penang ni. Hantar kakak."
"Ohh. Ayah, result exam adik dah keluar."
"Ye ke? Macam mana?"
"Ayah...adik... LULUS!!!!"
"ALHAMDULILLAH"
Sejurus ayah mengucapkan syukur, serentak aku dengan jeritan kecil tanda kegembiraan dari mama dan kakak. Mama sampai menangis kegembiraan. Gembiranya aku. Gembira tak terkata. Syukur pada Allah yang Maha Esa. Maha Kaya.
Tidak sampai 20 minit kemudian, aku sudah berada di Travco, mencari tiket penerbangan ke Malaysia pada tarikh yang paling awal.
28 Julai, penerbangan ke Malaysia, jam 3.30 petang, dan transit di Bahrain selama 2 jam sebelum 11 jam perjalanan seterusnya ke Kuala Lumpur International Airport. Malaysia, aku pulang.
Perjalanan seorang diri paling indah sepanjang tahun ini, akan akuy ceritakan dalam entri akan datang. InsyaAllah.
p/s: Indah itu datang semuanya daripadaNya.
0 bebelan kamu!:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.