Hari ni aku mahu cerita pula tentang penerbangan terindah sepanjang aku balik seorang diri. Sesiapa yang tidak tahu cerita, bolehlah membaca entri aku yang sebelumnya, tentang saat paling mencemaskan.
Kenapa aku katakan penerbangan ini yang terindah? Sepanjang pengalaman aku travel seorang diri dengan kapal terbang, ada saja yang tidak kena. Hatiku resah, mukaku sugul. Jiwaku kacau, wajahku suram. Berbagai-bagai perkara sibuk menendang dinding minda, minta di kaji dan di cari jalan penyelesaian. Walaupun semua perkara itu sendiri sedia maklum yang jalan penyelesaian itu tidak pernah ada, melainkan masa.
Namun begitu, Allah mudahkan segaka-galanya untukku. Alhamdulillah. Sejurus aku mendapat tahu keputusan peperiksaanku, semua urusan penting yang perlu dilaksanakan sebelum pulang telah dapat aku selesaikan dalam masa tiga hari. Walaupun pada awalnya hati berbelah bahagi untuk pulang, kini Allah tetapkan jalan itu untuk aku lalui.
Aku pulang pada 28hb Julai 2010 dengan penerbangan kelas ekonomi dari Kaherah-Bahrain-Kuala Lumpur. Tidak aku kisah dengan perkara lain, asalkan aku dapat pulang dengan selamat dan segalanya berjalan lancar. Dengan menjinjing beg tangan, gitar, sebuah beg kabin, dan sebuah beg berisi muatan lain yang hampir mencecah 40 kg, namun, check-in berjalan lancar. Tanpa banyak soal, aku diberikan boarding pass.
Selesai check-in sekitar jam 12.30 tengahari, aku masuk dan mencari tempat duduk. Malangnya, Terminal Dua di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah tidak mempunyai fasiliti seperti kerusi untuk duduk sementara menunggu masa untuk boarding. Jadi aku pun mengambil keputusan untuk duduk di satu-satunya kafe yang terdapat di dalam terminal itu.
Sambil membaca novel dan menikmati secawan hot chocolate dan sepotong kek Black Forest yang tidak memenuhi citarasaku, aku pun lepak di situ. Tidak ambil kisah dengan pandangan orang tempatan, aku meneruskan bacaan. Aku suakan panadol ke dalam mulut kerana kepalaku tiba-tiba berdenyut-denyut.
Jam hampir menunjukkan pukul 2.00 petang, aku pun bersiap-siap menuju ke gate yang sepatutnya. Masuk dan duduk. Aku terjumpa beberapa orang teman dari Mansoura, yang turut serta pulang ke Malaysia. Berbual kosong, akhirnya tiba masa untuk menaiki pesawat.
Setelah memasukkan semua barang-barangku, aku pun duduk di tempatku. Bersebelahanku, seorang wanita Palestin, usianya sekitar 40-an. Fasih juga bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Aku tidak banyak berbual. Disebabkan kepalaku yang berdenyut sakan, aku hanya tidur sepanjang perjalanan ke Bahrain.
Sesampainya aku di Bahrain, aku tidak makan atau minum tetapi aku hanya menunaikan hajat dan shopping chocolates untuk adikku. Duit habis, aku pun hanya lepak di tempat duduk sambil menunggu masa boarding.
Entering the plane, aku kali ini duduk bersebelahan dengan lelaki yang usianya sama baya dengan datukku. Datang dari Greece, beliau datang ke Malaysia atas urusan bisnes. Pada awalnya, kami tidak banyak berbual. Aku cuma tidur dan bangun untuk makan. Selepas makan meal yang pertama, aku tidak dapat tidur. Malah, mataku segar bugar bagaikan ada yang menyuruh aku berjaga.
Lampu kabin ditutup. Gelap.
Aku mulai bosan kerana keadaan yang gelap. Menonton cerita adalah bukan pilihanku buat masa itu. Jadi aku dekatkan mukaku ke cermin tingkap. Melihat langit gelap.
Terkelip-kelip aku melihat luar. Cahaya lampu yang datang dari pantri membuatkan pantulannya menghalang pandanganku ke luar tingkap. Lalu aku tutup seluruh kepalaku yang melekap di tingkap dengan bantal kecil.
Wahhhhhh....
Cantiknya...pertama kali aku lihat langit yang penuh dengan bintang-bintang. Berkelipan, dan bercahaya. Selalunya, aku hanya mendongak melihat ke langit tinggi mencari bintang-bintang yang sayup-sayup kelihatan.
Namun, kali ini bintang-bintang itu sangat besar dan aku tidak perlu mendongak untuk mencari mereka. Di atas awan putih yang indah itu aku lihat berjuta bintang separas mataku. Aku menikmati keindahan bintang-bintang itu sehingga aku terlena. Tidurku umpama tidur di atas awan putih yang beratapkan langit yang mengandungi berjuta bintang-bintang.
Sungguh. Walaupun aku telah banyak kali melihat ke luar jendela pesawat sewaktu penerbangan yang lepas-lepas pada waktu malam, namun inilah kali pertama aku menyaksikan keindahan sedemikian rupa. Jikalaulah ada bulan di waktu itu, pasti bulan itu akan dirasakan begitu dekat denganku.
Tidurku kemudian indah selama beberapa jam. Bila aku terjaga, matahari pula menerangi di ufuk timur. Membiaskan cahanya di wajahku. Terdapat sinar merah menghiasi bibir awan. Indahnya dunia.
Selepas breakfast, barulah aku dan Atok dari Greece berbual. Bermacam-macam tempat di dunia ini pernah dia tinggal. Malaysia, Mesir, US, UK, France, Filipina, Thailand, Hong Kong, Jepun, dan berbagai-bagai lagi tempat yang beliau pernah duduki. Kerjanya? Aku tidak ingat, tetapi beliau pernah berkhidmat dengan salah seorang menteri di Malaysia. Aku lupa siapa.
Akhirnya, 30 minit kemudian, aku selamat sampai ke KLIA. Senyuman meleret sepanjang perjalanan aku ke pintu Arrival.
Mama, I'm home.

0 bebelan kamu!:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.