Thursday, September 09, 2010

PRASANGKA : Mendedahkan kebodohan diri sendiri.

"EEEEIII!! Menyampah betul aku dengan diorang ni! Bulan-bulan puasa pun nak pegang-pegang tangan!"

Demikianlah kata-kata yang terhambur dari mulut seorang wanita awal 20-an yang lalu di sebelah sepasang suami isteri yang sedang melintasi jalan raya. Apa salah memegang tangan isteri sendiri? Berdosakah?  


Berstighfar, dan berprasangka baiklah kepada saudara sesama Islammu, sesungguhnya, hanya Allah yang berhak menghukum sesorang itu di atas kesalahannya. Jagalah lidahmu, lagi-lagi di bulan Ramadhan ini daripada kamu membuat dosa kering kerana melukai hati saudaramu.

Sesungguhnya Allah berfirman :


"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang ke sana ke mari menghambur fitnah. (Al-Qalam: 10-11)."

dan lagi amaran keras dari Allah :

"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat, ayat 11)

Jelas ayat di atas menunjukkan betapa Allah S.W.T tidak menyukai orang-orang yang suka mencela, dan cepat buruk sangka kepada orang lain. Apakah darjatmu sehingga kamu boleh mencela orang lain di atas perkara yang dilakukan mereka? Apakah hak yang ada pada dirimu sehingga kamu boleh mengadu domba tentang perkara orang lain?

Apakah kamu itu mengetahui perkara yang zahir dan batin itu sepenuhnya, ataupun sekadar membuta tuli meletakkan hukum kepada orang lain? Apakah tarafmu setara dengan Nabi-Nabi yang Allah turunkan wahyu melalui Jibril untuk mengetahui sesuatu hal?

Sungguhpun kita manusia adalah bukan ma'sum, tetapi bukanlah menjadi lesen buat kita untuk melakukan kemungkaran di muka bumi Allah ini. Kita tiada hak langsung untuk melakukan sebarang kerosakan, apatah lagi untuk memecah-belahkan kesatuan ummah di dunia ini.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Pada satu hari, Rasulullah S.A.W melewati sebuah kebun di antara kebun-kebun di Madinah. Tiba-tiba beliau mendengar dua orang diseksa di dalam kuburnya, lalu Nabi Muhammad S.A.W bersabda," Kedua-duanya diseksa padahal kerana bukan dosa yang besar. Yang pertama diseksa kerana tidak betul-betul bersih sesudah membuang air kencingnya, dan seorang lagi kerana suka mengadu domba."

Hadis Riwayat Al-Bukhari : lihat Fathul Baari, 1/317

Okay, mode bertukar. Seronok sangat eh mencela orang ni? Kalau ye pun awak nak buat amar ma'ruf nahi mungkar, tengok-tengoklah tempat. Jangan ikutkan hati je, kan dah tak pasal-pasal berdosa?

Kenapa tak pergi marah kawan-kawan kamu yang couple-couple balik tengah-tengah malam tak pergi sembahyang terawih? Kenapa tak tegur adik-adik kamu yang berpegang tangan dengan pakwe masing-masing walaupun masih bersekolah? Kenapa kamu sendiri tidak menunaikan kewajipan menutup aurat yang wajib ke atas kamu? Kenapa nak pakai baju pendek-pendek, seluar ketat-ketat? 

Kenapa tidak tegur sesuatu yang telah ketahui kemungkarannya? Kenapa mesti memfitnah?

Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dan bertaubat. Supaya Syawal yang bakal menjelang esok, membawa sinar baru kepada kita semua.

Maaf Zahir Batin.

Salam Eid Mubarak untuk semua.

p/s: Raya yeay! 




0 bebelan kamu!:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails