"Ma, adik rasakan..hidup adik ni susahlah. Apa yang adik nak, susah sangat nak dapat."
"Mungkin itu semua sebab Allah nak uji adik. Adik sebenarnya kuat hadapi dugaan, adik sukar mengalah. Kalau orang lain, mungkin orang tu dah menyerah kalah."
Air mata menitis di pipi adik. Tanpa sedar adik telah membuat mamanya turut mengalirkan airmata.
Menjadikan nasihat mama sebagai satu kunci kesedaran, adik berlalu kebilik dengan beristighfar di dalam hati sebanyak-banyaknya.
"Apalah aku ni, cakap macam tu pula, kan mama dah nangis. Mana tahu, rezeki aku mungkin di lain hari. InsyaAllah Allah tu kan Maha Pengasih dan Maha Pemurah."
Adik kemudian membuka lembaran-lembaran dari sebuah kitabnya. Lalu terpandang akan adik sebuah kisah tentang Nabi Musa yang meminta kepada Allah untuk menjadikannya sebagai salah seorang dari umat Nabi Muhammad.
Lalu Allah berfirman:
"Wahai Musa, telah Aku jadikan kamu orang yang terbaik dari kalangan umat yang terdahulu, maka hendaklah kamu bersyukur."
Nabi Musa kemudian bersyukur. Surah Al-A'raf ayat 144.
Adik mengimbas kembali kehidupannya lewat tahun-tahun ini. Sesungguhnya adik sedar, yang kurangnya dia mengucapkan Alhamdulillah di atas segala nikmat dunia dan ketenangan hati kepada dirinya walaupun hidupnya sedikit goyah dan di tawar pelbagai dugaan. Selepas satu menjelma, dugaan lain datang menimpa.
Namun adik terlupa, adik masih punya keluarga yang menyayanginya, nikmat anggota badan yang sempurna, fikiran yang waras dan hati yang tenang. Rezeki yang tidak putus dariNya, dan kemampuan berbakti pada keluarga. Adik terlalu memikirkan kesusahan dirinya, sehingga terlupa itu semua petanda kasih Allah padaNya. Allah mahu adik dekat padaNya. Meminta pertolongan dariNya.
"Ya Allah, ampunkan dosa adik. Adik khilaf. Adik jauh dariMu Ya Allah. Kini baru adik sedar atas alasan apa Kau uji adik sebegini rupa. Sebenarnya, Kau terlalu sayangkan adik. Subhanallah..."
p/s: Adik di dalam cerita di atas adalah penulis sendiri.
0 bebelan kamu!:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.