Thursday, December 02, 2010

Allah lebih kenal hatiku dari manusia ciptaanNya sendiri.

Salam alaykum semua,

Hari ni, aku tidak begitu sihat, tubuh badan sedikit lemah, di tambah pula dengan kepala yang berdenyut-denyut dan disusuli batuk dan selesema yang saling berlawan. Kuliah pula terpaksa aku tinggalkan, sungguh pun aku mencuba untuk bangun, malangnya kepala aku tidak mahu mengalah.

Walaupun aku tak pergi kuliah, but I did still attend the practical section okay? Antara lecture dengan practical section, section lebih penting. Bukan kerana kehadiran yang di ambil, tetapi kerana kita one-on-one  dengan lecturer. Apa saja soalan berkaitan boleh di ajukan dengan kefahaman yang lebih baik dan juga doktor boleh menerangkan dengan lebih tenang kerana tidak kesuntukan masa. 

Berbanding dengan lecture, doktor lebih kepada menerangkan secara menyeluruh dan perlu menghabiskan subtopik atau silibus di dalam waktu yang ditentukan. Jadi peruntukan masa untuk menerangkan kepada pelajar adalah minimal. Selain itu, sewaktu practical section, kita dapat melihat secara dekat segala jenis parasit, patologi penyakit, dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis ubat-ubatan.

Sungguhpun macam tu, aku cuma tidak datang kuliah tadi kerana tidak sihat, bukan saja-saja, okay? Kalau dari sekarang seorang bakal doktor tidak menerapkan disiplin dan istiqamah di dalam diri, macam mana nanti sewaktu menjadi houseman? Takkan tiap-tiap kali pun tak boleh endure? Betul tak?

Impian aku nak jadi doktor bukan sekadar impian. Kalau boleh aku nak tolong seramai orang yang boleh dengan ilmu di dada, sebaik-baiknya. Bukan sekadar boleh buka mata dan bercakap, tetapi sembuh rohani dan fizikal dari segala kerisauan mereka terhadap penyakit-penyakit itu. Mereka mungkin adalah ibu muda, yang mana punya anak kecil yang masih menyusu badan, masih memerlukan kasih sayang dari seorang ibu. Mungkin adalah seorang anak yang masih perlu menjaga orang tuanya, masih perlu berbakti pada mereka tika orang tuanya meniti sisa-sisa kehidupan, atau mungkin pesakitku nanti adalah seorang bayi kecil yang mana sewaktu besarnya nanti akan menjadi seorang ulamak yang membawa cahaya kepada orang sekelilingnya.

Semoga Allah permudahkan urusan kami, di dalam pelajaran kami, di dalam kehidupan kami.

Sekarang sudah musim sejuk di sini, pagi-pagi yang aku lalui sangat segar dan terasa sejuknya sehingga ke tulang hitam. Namun, walaupun di luar itu terasa sejuknya dunia, tetapi aku tahu ada hamba Allah di luar sana yang tidak senang dengan aku. Maaflah, hutang aku dengan kau dah lama langsai. Aku tak pernah sibuk dengan hal kau, jadi tinggalkanlah kehidupan aku dari gangguan 'keanak-anakkan' kau yang menjengkelkan itu. Get a life! If you do feel insecure, jadi berubahlah. Menjadi sahabat yang lebih baik, bukan sahabat yang mementingkan diri sendiri kerana kebodohan dan ego yang menggunung. Fikir-fikirlah, muhasabah diri tu sendiri. 

Allah lebih tahu hatiku. Begitulah aku memujuk diri sendiri. Memang benar, Dia yang menciptakan hati ini, walau apapun, Dia lebih kenal aku dari manusia ciptaanNya yang lain. :)

Aku dah betulkan niat aku sedari aku melangkah ke atas kapal terbang 8 Oktober yang lalu. Aku nak dapat MUMTAZ, nak dapatkan ilmu yang barakah, dan berikan kejayaan yang cemerlang buat kedua ibubapaku. 

Hubungan dengan kedua bapa, adik beradik, kawan-kawan dan orang sekeliling mestilah kita jaga, apatah lagi hubungan dengan Allah. Semua itu faktor untuk mencapai kejayaan, bukan sekadr pelajaran, tapi dalam kehidupan. :)

Bukan sekadar menasihati, tapi sama-samalah muhasabah diri. 


p/s: Aku bukan 'budak kecil' yang berumur seperti sesetengah manusia. :)




0 bebelan kamu!:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails