*Cough cough*
Ehem.
Salam alaykum sekalian. Semoga kalian sentiasa sihat dan dipayungi rahmat Allah sentiasa. :)
Aku tak sihat sangat hari ni, demam. Punca? Mungkin perubahan cuaca dan kebetulan pula, imunisasi badan sedikit lemah disebabkan beberapa faktor fizikal. Sungguh pun aku demam, aku rasa bahagia. Sebab aku rasa, Allah menduga aku dengan demam ini kerana sayangkan aku. Allah mahu aku berehat sementara cuti pada esok hari, (Jumaat). Kalau aku demam sewaktu hari kuliah, kan dah susah? Terpaksa ponteng pula. Huhu...
Dunia ini hanya pinjaman sementara. Apa sahaja yang kita punya di atas muka bumi ini adalah milik Allah sepenuhnya. Kita semua cuma meminjam sementara menunggu hari penentuan di akhirat sana. Maka, beringat-ingatlah bahawa jangan riak dan takabbur dengan apa yang kita miliki di dunia ini.
Harta, rupa paras, hatta udara yang dihirup saban waktu pun adalah milik Allah. Bragging tentang kekayaan sendiri ke, kecantikan sendiri ke, pujian orang lain terhadap diri sendiri ke, semua itu adalah riak semata. Janganlah sampai Allah ambil kembali apa yang dipinjamkanNya kepada kita sebagai hamba yang sebenarnya tidak punya apa-apa pun di muka bumi ini.
Sama-samalah bermuhasabah, mencari kesilapan sendiri di dalam menilai apa yang berlaku kepada kita. Bukannya saling mencari kesalahan dan akhirnya terputus silaturrahim. Dunia ini hanya sementara, yang kekal adalah akhirat sana. Dapatkah kita mengakhiri kehidupan di dunia ini dengan khusnul khatimah? Mungkinkah kita akan mati dengan melihat apa yang kita akan terima dari bawah sayap kanan Jibril?
Atau, adakah kita akan mati sewaktu sedang mengadu domba tentang orang lain?
Sewaktu memperlihatkan kekayaan pada orang lain?
Sewaktu sibuk mencari kesilapan manusia sedangkan diri sendiri tidak terjamin antara syurga atau neraka?
Fikir-fikirkanlah.
Orang tua cakap, rumah kata pergi, kubur panggil mari.
Pepatah sedemikian bukan hanya untuk orang-orang yang sudah lanjut usia, tetapi kita yang muda sepatutnya mengambil pepatah itu sebagai iktibar. Bukan tahu pun bila kita nak dijemput pergi, kan? Itu pun kalau di jemput...kalau direnggut nyawa ni? Kalau di sambar nyawa ni? Tak ke naya?
Wallahualam bila kita akan mengakhiri zaman 'hidup' dan memulai saat 'mati', jadi sementara masih bersambung roh dan jasad, tunaikanlah amanah Allah sebagai khalifah, sebagai anak yang soleh dan solehah pada kedua ibubapa, pelajar yang tekun dan rajin kepada guru-guru, dan jadilah manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Aku pun bukan manusia yang sempurna, tetapi aku sentiasa cuba berusaha mencari kesempurnaan itu dengan berusaha. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang masih di buai janji manis dunia. Saling mengingatilah. :)
Tak salah mencuba, biar lambat asalkan ada usaha. Betul tak? Yang penting adalah istiqamah dan perasaan ingin menjadi lebih baik di sisi Allah, bukan di mata manusia. Wallahualam.
p/s: Nak seribu daya, kalau tak nak? Tak cukup kertas nak tulis alasan.
0 bebelan kamu!:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.