Sunday, February 28, 2010

Homesick Tahap Dewa

Homesick~ Homesick~ *merangkak-rangkak disekitar bilik*

Rindu mama...mahu balik~ *air mata mengalir di pipi*

Rindu ayah...nak ayah~ *meraung-raung sambil menggigit tuala*

Homesick-nya...

Call rumah, dapat bercakap dengan mama 10 minit, dengan ayah 3 minit, dengan adik 2 minit~
Menangis dalam phone dan kantoi pula. Menangis sebab rindu pada semua. Rindu sangat!

Mama kata, "Nanti adik balik bulan 7 kan? Tak lama dah..sekarang dah nak masuk Mac, lepas tu, Mei, then June, lepas tu adik balik!"

3 bulan macam lama sangat...macam bertahun-tahun.

Kenapa homesick teruk begini? Mungkin sebab aku sendiri kali ini...kalau dia ada, dia akan temankan aku...bawa aku pergi makan cheese cake, atau makan dessert di Baron. Mungkin jalan-jalan sekitar Nil...sampai aku tidak sedih lagi...

Definitely, I miss him too.



:(


Friday, February 26, 2010

I can't sleep.

It's almost strike 4 am.

Meanwhile, I am trying hard to sleep. Useless. My eyes are wide open as is they want to pop out. However, my head is starting to ache. Dull pain, though. This is the 6th night.

I just done eating porridge. I watched Team Medical Dragon just now. Instead of watching some stupid movies, its better watching something that will push my motivational button! Right?

There is something wrong with me. Urgh! It's just I can not sleep. When I switched off the lights, I closed my eyes, and then, I felt that I was not sleepy!

Should I buy the sleeping pills? Should I take those pills?

I have piles of work I need to do. How am I going to get it done if I wake up late tomorrow?!
If he is around, I would have call him...listen to his voice. Telling him that I can't sleep. Then he would have sing me song, or just talk to me until I fall asleep. He would have just accompany me through the night, make jokes, and make me feel comfortable...

If he is around...

I want to sleep...I want to have sweet dreams. I want to wake up the next morning as fresh as I could!

...but he is far, far away...

I miss his voice.


Surat Untuk Mama

Mama...

Mama sihat tak tu? Mama baru balik dari Jakarta yeh? Mama, adik nak bagitau mama...tapi adik tak mahu mama risau, atau sedih. Mama..lutut adik ni sakit sangat...tak boleh bersila lama-lama...tak boleh berdiri lama-lama...tak boleh jalan laju-laju... Adik dah makan dah ubat glucosamine tu, tapi macam takde perubahan pun...makin sakit adelah. Die kate, "the result will be seen within a week," haish~

Ma, adik selalu sakit belakang. Kalau duduk, kene bersandar. Kalau tak sakit je belakang adik ni. Kadang-kadang rasa macam dicucuk-cucuk. Pedih ade, sengal ade. Huhuhu..adik tak nak bagitau mama. Adik tak nak mama sedih.

Adik tak nak bagitau mama banyak-banyak. Nanti mama risau. Mama, cat fleas tu dah takde kot. Dah takde dah die gigit-gigit. Adik vakum, adik spray, adik mandikan neno. Adik mandikan neno pakai dettol dengan air panas.

Ma, mama selalu cakap adik manjekan? A'ah...memang pun. Adik ni manje. Selalu rindu-rindu nak balik. Konon homesick...ma, mama jagelah kesihatan ye...adik sakit takpe...jangan mama atau ayah yang sakit...jangan suha atau kak nurul yang sakit. Adik kuat. Adik nak balik tengok semua orang sihat. Nak balik cepat-cepat. Nak habiskan degree cepat-cepat.

Mama...doakan adik kuat ye. Doakan adik dapat habiskan degree dengan cemerlang dan balik cepat-cepat. Lamanya nak tunggu habis peperiksaan. 4 bulan rasa macam lama sangat. Mama tahu, adik duduk dirumah je. Tak kemana-mana. Adik tak berani keluar seorang diri. Adik fobia. Adik ikut cakap mama, duduk di rumah.

Dekat rumah, adik tengok movie, baca buku, makan, tido. Lepas tu, bangun, buat benda sama lagi. Bagi neno makan, buang poopoo neno, mandi, panaskan lauk, makan, baca buku, tengok movie, tido. Menu adik 3 hari sekali tukar. Hari tu adik masak nasi ayam...hari ni adik masak bubur nasi. Masak sekadar hilangkan rasa kempunan.

Nasib baik hari tu mama bungkuskan adik cili api tu. Bile adik teringin makan masak lemak cili api, adik buatlah. Walaupun tak sedap macam mama punya, tapi ade rasa sikit. Hari tu, adik pun tak ingat bile, adik ade buat roti canai. Adik uli banyak-banyak, pastu adik canai. Dapatla dalam 30 keping. Adik simpan dalam freezer. Bile adik nak makan, adik goreng la. Makan dengan masak lemak cili api tu. Sedap...walaupun roti canai tu keras, tapi ade rase.

Mama, hari tu masa balik, tak sempat nak tidur dengan mama. Peluk mama. Huhuhu...rindu. Mama, adik akan cuba jadi anak yang baik kat sini. Adik akan buat yang terbaik dalam peperiksaan, lepas tu adik akan balik seawal mungkin! Adik nak tinggal kat rumah lama-lama.

Mama...jaga diri ya...kirim salam sayang pada semua...adik sayang mama. Adik sayang ayah. Adik sayang kak nurul dan suha. Mama, jangan nakal-nakal ya...?

Adik rindu nak balik...





*Sila abaikan bahasa rojak di dalam surat ini. Ianya memang disengajakan, khas untuk surat ini.*


Thursday, February 25, 2010

Hujan di Mansurah

Hari ini hujan. Tidak lebat seperti di Malaysia...tapi, hujan renyai-renyai...lama pula. Sudah dekat dua jam hujan. Terasa sangat nyaman mendengar rintik-rintik hujan jatuh ke bumi...terasa seronok terdengar desiran guruh yang sayup-sayup.

Jarang hujan begitu lama di Mansurah. Apatah lagi di waktu musim panas. Bertambah-tambahlah rasa sejuk tatkala hujan di musim sejuk ini. Azan Maghrib berkumandang di surau berhampiran, di tambah pula dengan renyai-renyai hujan, mengingatkan aku pada keluarga tersayang. Kalau hujan begini, kami akan beramai-ramai menonton televisyen sambil memakan jemput-jemput ikan bilis, kadang-kadang keropok ikan bersama air teh 'o panas. Untuk ayah pula, mama sediakan air teh susu kegemaran ayah.

Rindu pada mereka...

Hujan...turunlah setiap hari...aku suka kau turun begini...

Hujan, jangan berhenti, ya?


Thank you.

Thank you, friend.
I love it! :)
I accept it as a birthday present from you!

It has a big heart, like you.
*hugs and kisses*


Happy Anniversary, Prince and Princess.


Happy Anniversary Dear…

The 3rd anniversary of our relationship, today, engraved in the moment when you said, ‘I love you… and happy anniversary, dear.’

You make me happy.

You cherish my life.

You comfort me.

You wipe my tears.

You never leave me.

You walk with me.

You listen to my sluggish-nonsense talk.

You feed me ice-cream.

You smile when I piss.

You save me when I drown.

You bring me hopes when I lost.

You hold my hand when I sulk.

You are another half of me.

You are my star…

Happy Anniversary, sayang…

p/s: I heart you, deeper than ever.



Berbahasa London

Hello.

Adakah anda hebat berbahasa Inggeris?

Jika anda jawab ya, silalah memperbaiki ASAS TATABAHASA Bahasa Inggeris anda!

Ianya sangat teruk, okay?

Anda fikir anda bagus? Sila lihat kembali entri-entri anda, ya?

Semak buku Bahasa Inggeris anda semula.

Agak-agak kalau tidak pasti ada kesalahan atau tidak, sila draf dulu jurnal anda di dalam Microsoft Word. Jika anda terlihat hasil tulisan anda bergaris-garis dengan garisan merah, hijau atau biru, maka bermakna memang sah lah ada kesalahan di dalam tatabahasa atau ejaan di dalam bahasa Inggeris anda. Tidak percaya? Sila cuba sendiri.

Practice makes perfect, but if you do not improvise your knowledge and skill, you'll end up the same, or may be LOSER.


Ini adalah pesanan khidmat masyarakat buat diri sendiri dan sesiapa yang terasa panas biji mata di luar sana.

p/s: Sakit mata baca entri orang yang berlagak macam hebat cakap London.



Hair and Teeth

OH MY GOD.

I am soooooooooo jealous with my sister! She got to do rebonding!

Good for her though… The three of us very keen to have rebonding, you know. My elder sister, my baby sister and me! Though, we have not found a very suitable time to spend in the salon. Luckily, Suha got her chance while on vacation with mama in Jakarta.

*merajuk*

Hehehe… never mind then, I’ll get my time later. Yay! *trying to chill*

She is so lucky! 8 days of sweet vacation in heavenly shopping paradise, Jakarta. Living in a top class apartment, which I have been already, but only for 2 short days, and having mama on her side! I was hoping we got our time to go vacation last summer break, but, yeah…so much to do after Kak Nurul’s wedding. Catching up some works, cleaning, taking up some breath, and other stuffs, we ended not going anywhere, but I returned to Egypt. Alone.

I love my hair, but I want some bangs too. My bangs is not perfect, yet. Hmm…

Though I am wearing scarf, but still…hair is something important to women. Indeed. It’s something you proud of. The healthier your hair is, the more confident you’ll be. *macam iklan syampu pula*

Oh, one more.

When am I going to the dentist?! I need to wear braces!

p/s: Ayah, saya mahu pakai En. Braces. Bolehkan? *ayah mengangguk*

Yay!



Wednesday, February 24, 2010

Listen here, I am pissed.

Actually, these few days, I don’t have the feelings to write a new entry. However, there is something I wanted to write about. This is about something that pissed me off.

Hoi! Stop imitating me la, wey! I have held my patience these whole times!

May be some people may say, “Hey, chill. You must be proud of yourself you know. She makes you as her role model for fashions.”

Hello, girls…it might be okay if the one who makes you as the role model is not around you! It is really triggering me to blow! What I wear, what I have, what I buy, everything! Do you that kind of desperate to dress up?! Don’t you have your own personality or your own style? Why in the world you have to imitate me?

I’m so pissed! Annoyed!

Urgh!

Trying hard to dressing up, thinking you are better than me? Puh-lease!~

Hey, you should have seen yourself in the mirror, okay?

Just have somebody else to imitate. Not me.

Why?

It is because you are making a fool out of yourself. The style you are trying to show it is yours, doesn’t fit you at all. Seriously!

p/s: I do not proud of that, I pissed and annoyed as much as you think you are better than me.



Tuesday, February 23, 2010

When I feel empty...


When there's empty space in your heart, the one fills it best, is your Family.


Monday, February 22, 2010

Head, Back, and Ache

I am going to invent a new name of headache and back-ache : HEBACK-ACHE.

Hahaha!!! I am totally going crazy!

It is painful, though. I have had these backache for 4 days already, and the fifth day, it is accompanied by a headache?! It's dull, but sometime it is killing me.

I can't go to class like this. It is too painful for me to endure. How could I concentrate in class if my head is spinning like a yo-yo?

What is wrong with me...?



p/s: I really wanted to go to class today.


Sunday, February 21, 2010

Sometimes, I had it enough

I was blogwalking just now, just want to see the updates the bloggers did. Some posts are good, but some is tiring-to-be-read. Why? Here I will tell you why. A lot of reason may contribute to the constant number of reader to your blog. However, the most killing my eyes blog is, do you have to curse that much in your blog?!


"Babi, Sial, Jahanam, mother-fucker, pompuan jalang, bodoh, anak haram, bahalol, and stuff."


Hello, Mr./Ms. Cursing, it is so tiring to read your blog if in every sentence you have to express you anger/happiness by cursing! It's like having shots of arrows in my eyes! It's annoying!

Example:

1. Wei jahanam, ko takde keje lain ke selain menyundal je?! Anjing pun tau berhenti la, bodoh!

2. Gile babilaaaaa...mak aku cakap, die nak belikan aku ps3 siot...mesti si cilaka tu terdiam biledie tengok aku punye ps3 nanti!

3. Pompuan jalang tu memang tak sedar diri, dah la muka cam babi, tak tau malu nak kat pakwe orang! Mother fucker!

4. Fuckkkkkkk, I saw him just now and he is so handsome when he smile!!!!


You think that is cool? That is totally not cool at all! You get annoyed so much when you hear somebody cursing and swearing right? Well, we do too. We get annoyed that much that we may be think twice, (might be thrice) to blogwalking again to your blog.

It is okay just to curse, but can you just put a limit on it? I curse too, but not in every sentence, or in every paragraph. Okay, I know it can not be changed overnight, baby steps okay? If you curse 100 times per entry, why not you make it 75 times next time?

The reader of your blog can not stand that anymore. It's just too many, and too many sometimes is not good.

p/s: Cursing is sin too. *sigh*


Saturday, February 20, 2010

Lectur-ing Me, Bleed My Ears

Hello. I am super-happy!

Did you ever feel delighted when you were attending your first class when the school season started?

Well, I did. I think, almost everyone felt the same way!

I prepared everything the night before, so I wouldn’t be late the next morning. I ironed my clothes, I packed my books, I have my stationeries completed, and I even tidied up the room, so I don’t have to do it later!

I woke up early today, just to be sure that I didn’t arrive later than professor. I made it on-time! Hehehe…

Surprisingly, in the lecture hall, I didn’t even feel sleepy. I am proud of that. I attended Parasitology lecture from 12 pm until 4.45 pm! Haish~

I didn’t think it won’t be that long for the first timer! The last 1 hour, I felt so sleepy as if I could just sleep in front of the lecturer! Drooling~

Thank goodness I did make it to the last second! Yay!

When I reached home today, I have my self relaxed, and watched New Heart. This drama really caught me in the heart, also. Hahaha… It’s a story of thoracic surgeons in a well-known hospital in Korea. I like this drama so much! It is actually teaching me about a surgeon’s life, handling emergency cases, controlling your nervousness, and how to be a good surgeon.

Well, studying the third year’s subject now, hopefully helping me go through the examinations well, I mean, with flying colors. I don’t want to be sued on malpractice or anything involving my lack of skills and thus, I have to start now. I have to improve my skills, my knowledge, and my patience. Being a great surgeon doesn’t take a day. Baby steps, but practice more.

I have not yet decided what type of surgeon I want to be. At first, it may be something to do with OB, or gynecologist. However, now, I keep wondering what I will become. I’ll say, let the time decide.

I hope, I can endure all this hard time just to look a lot of smiles from the patients I saved in future.

I think, that’s all I want to share for today. I want to prepare for tomorrow lecture. I don’t want to be late for Pharmacology lecture!

p/s: Sayang, take care. Mama and Suha, have a great vacation. Ayah, I’ll text you so you won’t feel lonely when Mama and Suha are in Jakarta! Kakak and abang, cepat-cepatlah bagi adik anak buah!

Love you.



Esok Ada Kelas.

Hai! Saya begitu malas hendak menulis panjang-panjang kali ini.

Hari ini, tamatlah cuti musim sejuk kami. Tsk. Sedih.
Walau bagaimana pun, saya ada rasa sedikit gembira. Sebabnya, esok ada kelas! Bila ada kelas, saya tidak bosan lagi! Yay!

Saya berazam, saya mahu pergi semua kelas tanpa sebarang alasan. Melainkan kalau sakit tenat. :P

Tahun ini, walaupun saya hanya wajib menghadiri satu kelas sahaja, saya ada tanggungjawab besar tahun depan. Jadi, bagi mengurangi beban itu pada tahun hadapan, saya mahu belajar dengan lebih tekun! Saya mahu menjadi pelajar yang lebih cemerlang! Saya mahu menjadi doktor yang lebih bagus!

Walaupun perjalanan mungkin sukar, tapi saya boleh! Mama kata, "Adik mama, boleh!"

Doakan kejayaan saya. Saya mahu pulang cepat ke Malaysia dengan hati yang gembira!
Saya mahu cepat-cepat menjadi doktor. Saya mahu tinggal di Malaysia, bersama semua. Saya mahu dekat dengan mereka...

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berikanlah aku kekuatan untuk terus menimba ilmu di sini. Engkau Permudahkanlah urusan kami di sini.

Pertama sekali, saya ingin membetulkan niat saya sendiri. Mana tahu, ada sedikit terpesong. Tujuan saya datang ke sini adalah untuk belajar ilmu perubatan, dan menjadi pelajar yang cemerlang, dan pulang ke Malaysia sebagai doktor berkebolehan dan berbakat yang boleh berbakti kepada masyarakat.

Kedua, saya memohon maaf kepada sesiapa pun, andai kata saya ada melakukan sebarang kesalahan yang menyebabkan kalian terasa hati atau tersinggung dengan saya.

Ketiga, tulus dari hati saya, saya maafkan semua kesalahan dari siapa pun yang pernah melakukan sebarang kesalahan pada saya. Saya cuma manusia biasa, yang punya hati dan perasaan. Namun, demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat, saya meminta maaf, dan saya maafkan.

Hanya Allah yang berhak menilai kesalahan-kesalahan itu.

Saya mahu mulakan semester baru ini dengan tenang, dan akhirinya dengan kepuasan, dan tangisan kegembiraan.

Ayah, mama...doakan adik berjaya di sini. Maafkan adik, kerana selalu menyusahkan ayah dan mama...

Nadia, fighting!


Thursday, February 18, 2010

15 Days Younger and the Birthday Boy


Hi! I am Miss Happy Today!

I am so happy today because I speak on the phone with my buah hati for hours! Why?

Let me tell you why...

I knew a guy, few years ago. We were in the same class, but we never were friends. I sat in the front, but he always had chosen to sit in the back. He spoke to other girls, but he never said ‘hi’ to me.

I remember asking him his name, but his voice was so deep, and I didn’t hear him. That was the first time I talked to him. He seemed so quiet, but actually, I like his eyes. There is something about him…

After the final exam of 1st semester, we got our results. My name enlisted in the Dean List. I was so freaking happy! So, I’ll be attending the ceremony to receive the Dean List a few weeks after that. As a pre-treat-Dean-List-achiever, I asked my friends, who wanted to join me to the gym.

Then, I was surprised.

He asked if I would mind, if he want to join me.

I said, Okay!

A bit awkward at first, you know, being with him in the car alone. My heart was almost jumped out from my chest.

Then, we went to the gym, and we both didn’t talk that much. However, later that day…

I got a message from him!

Since that, we became closer and closer. So close that we realized, we have feelings for each other.

Well, that guy turned 23 today!

Duh, of course I was telling you about my boyfriend! Weee….

Birthday boy is old already! Yay!

The reality is, I am older than him by 15 days. How is that??? He always teased me, by calling me ‘kakak’. Everytime!

Though he is younger than me by 15 days, he is more mature than me, more independent than me, more responsible than me, more handsome than me and more fit than me! *me, handsome?*

Love, I am sorry that I couldn’t be there with you celebrating your 23th birthday. I am sorry that I didn’t make you a birthday cake this year. I am sorry that I gave your birthday present a few months early.

I promise you that I will be back as soon as possible. I will come home, so we can spend our time together. I promise you that I’ll cook for you when I’m home. Wait for me, okay honey?

Selamat Hari Lahir, sayangku Mohd Zulfadhli Mohd Zaki.

Semoga dikau sentiasa di dalam rahmatNya, dimurahkan rezeki, di panjangkan umur, dan semoga apa yang kau cita-citakan dalam hidup ini menjadi kenyataan.

Happy birthday, my only Star…

p/s: I love you.



Saturday, February 13, 2010

Best Actress Award Goes to...

Hello again.

I'm just filling up my time until 6.30pm by typing this new entry of the day. I have to go somewhere after this. Do not ask where, well, it's not like you know where the place, right? Okay, okay, I know...it's just a few blocks away. Don't worry, I'll be okay. (I hope so...)

Okay, back to the business, I'm not done yet with good movies and stuff. I just finished watching Glee 13 episodes. They are good! Well, I mean the part they sing, perform, and you know backing up each other as a team. It made me missing my dancers. When we used to do stuff and laugh out loud. When we were from different streams and courses, but yet, we hang out together like we knew each other since we were kid. We only knew each other for 3 months, and after performing in Putrajaya in 2003, we became bestfriends ever since. All of us had our own dilemmas and yet, when we were together, all are gone.

In some part of the school, we were isolated, but then one told me, "You know why you guys facing this? It's because, everyone in the school wanted to be like you guys badly. You have the spotlights on you, the respects, the talents, the bravery, you guys are like idols to them. They tried hard to be like one of you, but they can't. They can't because they are afraid to come out from their comfort zone."

To all my beloved dancers, I always love you guys! -

Well, not yet an end. Good movies sometimes strike you right in your heart. Lying, respect, caring, back-stabbing, and even competing...they teach you what to feel in the exact situation. My mama always say, " We hate the actor because they act that good as an antagonist..!" (and vice versa, of course.)

However, I don't think, it'll be good to apply that in your real life, mate. That's why we called it acting. Acting to be a real innocent child, to be a real good girlfriend, or acting to be a good damn friend are not showing what you really are. You think you can be a wife-material, you act in front of your boyfriend like you know how to clean the house, folding the washed clothes, but the real you, you don't even care if your kitchen is a total mess for weeks! You don't even care if your house stinks! You are just acting like one, because you don't want they know a real you. Hey, I bet they will leave you immediately if they don't love you.

I salute to who appreciate the trust given by their parents, by their boyfriends or who ever, by just be who you really are. What to lose? I bet, if you honest to yourself, you will get the honesty back from whom loved you.

If you are just a messed up girl, just be it. Don't be like, I-am-the-tidy-girl-at-home-type, when you are not.

If you don't know about something, don't fool yourself by pretending to know something.

If you are one of those daddy-innocent-girl, don't act like you are one of the bad girls. It doesn't fit you at all. I mean, AT ALL!

Be you.

I believe in myself that I am special. I don't mind if people look at me and said, "Datin Seri..."

I will just smile and say thank you. You know what, one day, I'll be Datuk Seri.

People will look upon me and said, "Once I called her Datin Seri, and laughed at her...but now, she is Datuk Seri..."

I'll be a damn good doctor, and a gynecologist (or may be a plastic surgeon or heart surgeon, well I don't really made up my mind yet.)

You just be you, but don't be a bitch. They will totally push you into the pool, because no one like a bitch.

Do some research about yourself, and think many times before you make any decision what you are going to be. A bitch, actor with no royalties, or just you.

p/s: I don't like bitch either. So you think, what am I voting for...? :)




Friday, February 12, 2010

Papadom is a masterpiece!

*Standing up and clapping my hand 1000x with tears of joy*

Congratulation, Afdlin!!!

OMG~ Papadom is a masterpiece!

I totally like it! There was not even a single moment I blinked, because I afraid that I would have miss anything! There was not a single moment I got bored watching Papadom.

The first time I watched the trailer when I came home for the last summer break, I said to myself, I have to watch it! This movie has it own power. This movie is different.

It totally nailed it!

Well, studying in Egypt make me actually craving for Malay movies, and I want it to be a good one. Real good. Not something you just play it on the television and fall asleep in the next two hours. Living together with Malaysians in Egypt is not the same like living in Malaysia itself.
That is why, when I watch any Malay movies I want it to be real good, as if I feel like I'm in Malaysia. Well, you made me feel like that Afdlin.

While watching Papadom, it made me cried, it made me miss my Ayah and Mama so much. It made me miss all my sisters, and my boyfriend too! :) Yes, the movie is that good.
I viewed you blog just now, and two thumbs up for you Afdlin, Papadom is being watched by Taiwanese!

Papadom is great! (and maybe, it is the greatest Malay movie I have ever watched!)
video

Thursday, February 11, 2010

I don't wanna friend you.

That is totally what we said back in childhood, when our friends stole something from us, or did not want to play along at the playground. "I don't want to friend you." That's what we said, hoping that they would return the stuff they took, or included us to play hide and seek.

However, they did not. They ran around the class, spreading the not-so-funny joke, laughed at us and said " She's going to cry! Hahaha!!!". Then, the whole class, who did not know anything what happened, laugh out loud together at us.

We felt embarrassed and cried alone in the corner of the class.




Sound familiar? Well, I called that a harmless memory.

What if, I repeat, WHAT IF, it happens now? In your 20s?

Then, I call that a pain-in-the-ass memory.

They are now toxic to us. Parasite. Read this.



It is happening to me and my boyfriend. With different people though.

Humiliation, done.
Backstabbing, always.
Betrayed, of course.

A lot more...well, they are just lack of self-confident I think. Using us, as their shield. Well, not anymore. People saw what you did, people are not stupid like *tutt*. Trust me, bitch...one by one of your friend will be avoiding you, because they sick of your shit. I don't want to curse, it just slipped away.

My life is far much better than yours, because I act like I'm supposed too, mature, non-clingy, not childish, not gedik, and you know what, I do have pride as a Muslim woman.

May Allah help you to change.


Apa Ada Dengan Nama

"Jangan perasan sangat, nanti kamu yang malu. Utamakan perasaanmu dahulu dari orang lain. Kehidupanmu banyak rintangan."

Itulah yang keluar apabila butang "Hantar" aku tekan. Ini adalah salah satu application di Facebook - Apa Ada Dengan Nama, yang di hantar oleh kakakku. Apa ada dengan nama, maka apa kaitan dengan namaku adalah ini.

Mengambil iktibar dari apa yang diperkatakannya, yang pertama, jangan perasan sangat, nanti kamu yang malu. Aku memang kadang-kadang suka perasan sendiri. Hahaha!!! Suka perasan yang aku ni okay bila sebenarnya, aku sudah separuh azab menahan sakit. Contohnya, apabila aku sebenarnya senggugut, seboleh-bolehnya aku buat muka cool, dan sedikit macho. Padahal, berdiri pun tidak berdaya. Kadang-kadang juga, aku suka perasan macam ada orang hendak merompak aku. Hahahaha!!! Jalan macam ada duit berjuta di dalam poket, tertoleh-toleh tengok sekeliling macam ada orang tahu yang aku pegang duit banyak sangat dalam beg. Padahal, pakcik kat belakang aku itu, asyik mengikut aku sebab nak bagi tiket parking aku yang terjatuh masa aku keluar dari kereta. Hahaha!

Keduanya, utamakan perasaanmu dahulu sebelum orang lain. Hmm, mungkin aku suka jaga perasaan orang lain dahulu sebelum aku sendiri? Okay, aku tidak akan mengutamakan perasaan orang lain sebelum aku. Heh? Apakah?! Buat ayah, mama, adik, kakak, abang ipar, si buah hati, BFFs, dan orang-orang tertentu, tentu-tentulah aku lebih utamakan perasaan mereka dari aku. Apalah sangat nilai perasaan hati aku ni dari kasih sayang mereka pada aku. Aku sedar, sudah banyak kali, perasaan aku diperkotak-katikkan oleh segelintir manusia, yang kononnya mendakwa aku tidak menghargai mereka, tidak pedulikan mereka, tidak itu, tidak ini, bla bla bla. Sekarang mungkin tiba masanya, untuk aku tidak lagi disakiti. Aku punya maruah dan harga diri jua. You had your chances, and now it's my time to tell you, you do not worth my time or attention.

Seterusnya, aku mula mengesan gelombang-gelombang rintangan ini sudah lama. Sudah terlihat sejak dari aku kecil, tetapi aku tidak kisah...aku tidak suka mengeluh, kerana bagi aku, Allah turunkan sebegitu banyak rintangan dariNya buat aku, kerana Dia tahu, aku hambaNya yang mampu menanggung ujian dan dugaan ini. Kakakku pernah memberitahu aku, tandatanganku sangat panjang dan banyak simpulan, maknanya banyak dugaan dan rintangan. Aku katakan tidak mengapa. Biarlah aku menanggung semua dugaan itu di bahuku, supaya ia tidak membebankan keluargaku. Hanya dengan kehadiran keluargaku, kekasih hati, dan kawan-kawan baikku, cukup untuk membuat aku terus berdiri dan maju kehadapan.

Aku tidaklah percaya keputusan yang terbit dari aplikasi itu, tetapi apalah salahnya kita jadikan iktibar pada sangkaan mereka bahawa ianya tidak begitu baik. Bagi aku, namaku yang diberikan oleh kedua ayah dan mama, cukup indah. Malah, aku bangga mempunyai nama Nurul Nadia binti Md Zin.

Apalah ada pada namaku, melainkan cahaya yang memulakan sesuatu dan kesetiaan.


Sunday, February 07, 2010

Reminiscing Sweet Memories of You and Me






By candid or on purpose, all of us had captured these sweet moments together...by far or near, all of you will remain in my heart forever.

Not even a second, you'll be apart from my heart. Not even a glance, you'll be washed away from my memory...

Always loving you, I will do.
Always be there for you, I will strive to.

May all of you, be blessed by Allah...
May all of us, live in peace and harmony for eternity.
Aminn...




Wednesday, February 03, 2010

23th Bornday and the 3rd February Tragedy

“Sayang, mane *** kite?” Tangan aku menggagau di dalam beg Elle kecil bewarna ungu muda itu.

“Sayang *** kite takde! Sayang ade simpankan ke? Please cakap ade dengan sayang! Please!”

“Mane ade dengan abang, sayang letak mane? Dalam pcket takde?” Ayie menarik tangan aku pergi ke kaunter penyimpanan barang di pintu masuk supermarket Spinneys. Kami memberikan kad kepada pekerja wanita berbangsa Arab itu dan apabila kami menerima beg tersebut kami terus mencari di dalam beg plastic bewarna putih itu. Tiada.

Aku hampir pitam. Badan aku mula menggigil. Aku memandang Ayie, “Sayang, *** kite hilang!!! Sayang tolong kite sayang…please sayang…itu ayah kasi kat kite…baru berape bulan kite pakai sayang..matilah kite! Matilah kite!”

Ayie memeluk aku. “Sabar sayang, sabar. Kite akan cari balik sampai dapat! Sayang jangan nangis…sabar sayang…”

Aku berlari-lari anak melalui semua jalan yang aku dan Ayie lalui sebelum kami ke Spinneys. Sementara itu, Ayie cuba sedaya upaya mengesan *** yang entah di mana diamnya. Setelah gagal, Ayie menghubungi dua orang kawan baikku, menerangkan situasi kami. Sewaktu sedang berusaha mencari *** yang hilang, air mataku mengalir umpama hujan yang mencurah-curah. Memikirkan betapa kecewanya nanti ayah dan mama jika mereka mengetahui apa yang telah berlaku.

Kami pergi ke TGI Fridays, tempat makan yang sebelumnya kami pergi bersama-sama. Aku hanya mampu menangis sementara Ayie yang berurusan dengan Pengurus kedai dan pekerja-pekerjanya. Ketika aku lihat Pengurus kedai makan itu menggelengkan kepalanya, air mataku berhamburan keluar. Esakku makin kuat. Ketika kami keluar dari TGI Fridays, kebetulan pula Didi tiba. Didi menenangkan aku, menyabarkan aku. Bila aku tidak menangis, aku seumpama orang gila yang tiada perasaan dan bila pilu itu dating kembali, air mataku berhamburan lagi.

Bermacam cara yang kami cuba lakukan. Malah, Fadhli dan Didi melaporkan kehilangan itu kepada pihak keselamatan pusat beli belah itu. Atas usaha Fadhli dan Didi, kami dibenarkan masuk ke CCTV Control Room untuk melihat seandainya kehilangan *** itu disebabkan kecuaian aku sendiri atau kami dapat menangkap si Jahanam itu jikalau ternampak wajahnya di CCTV.

Minit berganti jam, aku makin tidak tentu arah. Usaha kami sia-sia. Cuma yang kami pasti *** masih di dalam genggamanku sewaktu aku menuju ke TGI Fridays sebelum itu dan tiada yang cuba mengambil apa-apa daripada aku.

Kami keluar dari bilik kawalan dengan perasaan hampa.

Sewaktu sampai di rumah Abang Nasser dan isteri, aku seperti ibu kematian anak. Cuma mampu menangis dan menangis. Kesalku, apakah aku yang cuai atau memang apabila tiba hari ini, nasib malang silih berganti?

Aku tertidur di ruang tamu dalam esakan. Malam itu, Ayie berjanji padaku, yang kami akan pergi ke City Star esok untuk mencari ***. Sebelum itu, kami menemani Didi dan Fadhli ke Sarag Mall. Mencari barang-barang komputer. Masuk saja ke dalam pusat beli belah itu, air mataku bergenang lagi. Berpuluh-puluh jenis seperti *** membuatkan aku di dalam sendu. Hatiku menyumpah seranah orang yang mencuri *** daripadaku.

Sudah aku tahu, memang tidak akan ada peluang lagi untuk bertemu dengan ***. Walau kami berusaha sekuat mana pun, tanpa izin Allah. Tetap tidak akan berjumpa. Terima kasih yang tidak terhingga buat Didi, Fadhli, Fatimah dan Hanzala kerana membantu aku sewaktu di sana. Aku amat menghargainya.

Berbulan aku mencari ***. Berbulan aku fobia. Berbulan juga aku menyimpan rahsia. Aku nekad, mama dan ayah tidak boleh tahu tentang perkara ini. Aku mengumpul duit setiap bulan untuk membeli ***. Walaupun terpaksa mengikat perut, aku rela demi tidak mahu mengecewakan ayah dan mama. Bulan Ogos tahun 2009, aku membeli *** bersama Ayie. *** aku simpan di dalam beg, tidak berani mengeluarkannya walaupun sekejap.

Berminggu aku biarkan *** di rumah. Aku tidak membawa *** ke mana-mana pun. Biarlah *** selamat berada di rumah. Biar…

Selepas aku membeli ***, semangat aku umpama datang kembali. Aku yang terpaksa menduduki peperiksan bulan Ogos, berjaya meluluskan 4 pelajaran dari 5. Walaupun sedikit kecewa kerana tidak lulus semua, tetapi aku tetap bersyukur kerana Allah tidak membenarkan aku berputus asa padaNya.

Hari ini, 3 Februari 2010. Setahun telah berlalu dari kenangan pahit itu. Namun, bisanya masih mencengkam di hati. Kenangan sambutan hari lahirku yang di sambut di TGI Fridays setahun yang lalu masih segar di dalam ingatan. Sejak daripada itu, aku tidak pernah dan tidak akan menjejakkan kaki di TGI Fridays lagi. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Aku takut.

Mengikut laporan horoskopku, nombor bertuah aku pada hari ini adalah 0. Ada benarnya. Tiada sambutan, tiada kekecewaan. Tiada sambutan, tiada pembaziran. Tiada sambutan, tiada airmata.

Aku berharap, aku tidak mengalirkan airmataku di hari lahirku. Namun, apakan daya…Allah lebih mengetahui yang tersembunyi. Takdir memisahkan kami dengan benua dan lautan. Tiada keluarga, tiada kekasih hati. Kali pertama, kau tiada di sisiku. Cuma ucapan Selamat Hari Lahir dari jauh. Cuma dapat kusuakan rindu di hati dengan melihat wajahmu di kamera web. Aku menangis sepanjang malam…dan aku menangis lagi sekarang. Telah 3 tahun aku tidak bersama keluarga menyambut hari jadi. Telah begitu lama aku jauh di sini. Buat Ayah, Mama, Kak Nurul dan suami serta adikku yang tersayang, terima kasih di atas ucapan kalian. Adik sayang semua…

Buat kekasih hati tersayang, terima kasih di atas hadiah yang sangat istimewa ini. Akanku jaga seperti nyawaku sendiri. Aku sangat menghargainya. Sangat-sangat menghargainya. Doakan cepatnya masa berlalu, semoga kau dan aku tidak akan terpisah lagi…

Sejak dari semalam, berpuluh-puluh ucapan Selamat Hari Jadi yang aku terima di Facebook, khidmat pesanan ringkas dari Malaysia, mesej peribadi di Yahoo Messenger dan live dari dua orang sahabat baikku di bilikku sendiri. Terima kasih kawan-kawan…terima kasih semua. Aku sangat menghargainya. Aku sangat gembira dengan ucapan-ucapan itu. Walaupun, pada hari jadiku, aku hanya menghabiskan hampir tiga perempat hari ini di atas katil, aku masih lagi boleh tersenyum. Aku tahu, aku masih punya kawan-kawan yang sayang padaku. Terima kasih kepada Miza dan Dzura untuk hadiah yang sangat sedap itu! :)

Di kesempatan ini, aku ingin meminta maaf pada semua, pada ahli keluargaku,pada kekasih hati, pada sahabat-sahabatku jauh dan dekat, yang telah lama terpisah dan yang mungkin ada terasa hati denganku. Atas apa pun kesalahan yang aku lakukan, maafkan aku. Halalkan makan dan minumku. Andainya, nyawaku tidak panjang untuk memohon maaf, dan menebus kesalahanku, maafkanlah aku. Aku cuma insan biasa. Mungkin aku tidak sedar apakah kesalahan yang telah aku lakukan, jadi aku pohon, maafkanlah aku.

Hari ini aku genap berusia 23 tahun…mana tahu, esok lusa atau sekejap lagi, Allah ambil nyawaku, jadi aku meminta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki…

Aku cuma manusia biasa yang tidak punya apa-apa.

Selamat Hari Jadi, Nadia.

Semoga panjang umur dan murah rezeki.



Tuesday, February 02, 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ayah dan Mama

Buat kedua Ayah dan Mama tersayang, adik ucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 30, pada hari ini, 2 Februari 2010.

Semoga perkahwinan kalian, berpanjangan hingga ke akhirnya.
Berbahagia bersama-sama, menikmati kehidupan berdua.
Semoga Allah murahkan rezeki Ayah dan Mama, supaya pada tahun ini, Ayah dan Mama akan dapat menunaikan Haji di Mekah berdua.

Ayah dan Mama, maafkan adik jika selama ini adik ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan ayah atau mama, dan maafkan adik, kerana sehingga malam ini, 3 Februari, umur adik menjangkau 23 tahun, namun adik masih bergantung hidup dari Ayah dan Mama.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Ayah dan Mama di atas segala-galanya. Adik sentiasa mendoakan kesejahteraan Ayah dan Mama di dunia dan akhirat.

Ya Allah, lindungilah kedua ibubapaku dari sebarang malapetaka. Ya Allah, semoga mereka Kau letakkan hampir di sisi Mu, di mana Kau letakkan hamba-hambaMu yang soleh...
Ya Allah, murahkan rezeki kedua ibubapaku, panjangkan umur mereka Ya Allah...
Ya Allah, semoga kedua ibubapaku berbahagia melayari hidup berdua bersama kami, anak-anaknya...


Nadiaism - I rule my world.



I rule my world okay. I told you, it’s Nadia....wait for it....ism!! Bahahaha! ~


-ism definitions: brought to you by Wikipedia.

• It may be use for an action or result of a verb such as : baptism from baptise

• It may be use as suffix for a principle, belief or movement such as chauvinism which is coined after Nicolas Chauvin, conservatism from conservative, externalism, feminism, liberalism, Marxism from Karl Marx, masculism from masculus or in Latin, it’s male.

• It can be used as a form of prejudice or discrimination, either for or against a group like nationism, racism, religionism,sexism, heterosexism and ableism.

• OR, it can be used to define an attribute of a person or thing as heroism and Shakespeareanism

• Though, it can be something like a disorder – autism.





So, the Nadiaism that I want to introduce to you is something like my principles, my actions, my rules and my court. Something in me, how I dress, how I talk, how I shop, how I care, how I do everything!

I don’t like to be hypocrite. Cakap besar, but yet, hampeh! OR, have the face, but then, tiada otak. You wonder why people have an idol; it is because their idols have two things, looks and brilliant.

What do I mean by looks and brilliant?

I don’t mean by having plastic surgery to have the look. It is enough by just have a good image of you. Good looks come from how you present yourself to people. How you dress yourself, how you make your friends comfortable with you and how you actually are among your friend without having the ‘look’ from people around you. Then you should use you gifted brain to:

CHOOSE – The first principle, choose your attire wisely. What you wear, is what you are. In fashion, general rule: only 3 colors are allowed on you. You don’t want to have the ‘look’ when you walk around wearing blue hat, pink scarf, white shirt, green jacket, purple pants and yellow shoes. It’ll be nice to look at you when you actually plan how to dress up. Tengoklah pula pada jenis acara, kasual atau formal. Rasa-rasa kalau baju sudah bercorak-corak, biarlah tudung plain tanpa corak. Agak-agak kalau hendak pergi ke majlis perkahwinan, janganlah pakai kasut boot. May be you’ll say, who cares? Well, people do care. They will laugh at you. Duhh~

CONFIDENT – After you have chose your attire for the day, for example; white plain shirts, blue jeans, black leather jacket and abstract design of scarf which is blue and white, you NEED to walk confidently. Janganlah jalan malas-malas atau macam budak-budak. Terkedek-kedek macam itik. Walk like an adult. Heads up! Open your shoulder! Orang pandang pelik dengan manusia yang jalan tergedik-gedik, atau mengada-ngada perasan ingat umur masih lingkungan kanak-kanak.

COOL – I supposed all of human being love to see a person that is cool. Tidak menggelabah ayam, atau tidak perasan macho. There is no necessary for us to talk loudly in open air, okay? Unless, if your friend is deaf, then it is okay! Seriously, who does talk loudly like that??! Orang yang kamu ajak berbual itu hanyalah setengah meter di hadapan kamu. Perlukah mengganggu privasi orang di sekelililing kamu? Bukan benda penting pun, Cuma nak cerita,“TU LA PASAL DOWH, ADA ABANG NI BELANJA AKU MAKAN KAT MAMAK SIMPANG TU!!!” Ada orang kisah ke kalau kau makan ke tak? Please…!


Sometimes, you should actually think first before you do anything. Though not everything need to be think of, but sometimes, you need to be a little more matured than your age is. Janganlah umur sudah masuk 25 tetapi perangai macam umur 15. Berjalan tidak perlu gunakan otak, tetapi bila hendak mula berjalan, bila perlu berhenti berjalan, we call that common sense people. Orang gila pun tahu berhenti kalau tengok kereta laju sewaktu melintas.

Tuhan anugerahkan kita semua dengan akal dan fikiran. Gunalah sebaiknya, bukan buat hiasan dalam kepala otak anda. Akal dan fikiran itu kalau kita guna sebaiknya, orang sekeliling kita pun akan senang berkawan dengan kita. Memanglah hidup ini, suka hati kitalah hendak buat apa pun, tetapi jangan lupa, apa yang buruk itu semua datang dari kita. Soal diri kita sendiri, kenapa orang tidak suka berkawan dengan aku? Kenapa orang pandang aku macam itu?

Sebelum kita hendak marah atau maki hamun orang, fikirlah balik. Kalau kita tidak suka orang pandang kita macam itu, sebab kita sendiri. Siapa yang suka dengar orang dewasa berumur 20-an cakap macam budak umur 3 tahun di tempat awam dengan kuat? Atau, siapa yang tidak malu bila berkawan dengan orang yang sudah boleh kahwin, tetapi di tempat terbuka, menghentak-hentak kaki sebab tidak dapat apa yang diingini. Orang meluat, okay? Bukan suka…

Jadi, fikirlah kembali. Bukan buat lagi. People hate you because sometime you act like ________.

Find the answer, and think repeatedly. Why?



Related Posts with Thumbnails