Thursday, April 29, 2010

Main Politik atau Belajar?


Approach every challenge with a level head and unwavering determination...all your horizons will be bright. To find out more about this Focus Motivational Poster click here Pictures, Images and Photos

Hello.

Hari ni, tercapai juga hasrat untuk 'mengerjakan' Neno. Uish, bunyi ganas betul! Hehehe...bukanlah. Hari ni mandikan Neno, lepas tu trim bulu dia yang dah macam bebola benang dah aku tengok. Neno siapa? Oh...Neno tu sejenis seekor haiwan berkaki empat. Berbulu lebat, bermata dua, jantina tidak dikenalpasti. Hoho...apa? Beruk? Salah...bulu Neno warna kelabu asap. :D

Neno tu kucinglah...

Okay, pagi ni aku nak sentuh sikit bab politik dan belajar. Ini sekadar pendapat yang mengambil tempat di dalam otakku di tatkala aku sebenarnya tidak punya idea untuk menulis. Terjahan idea ini datang bila laman sosial Facebook aku buka. Amboi-amboi...rajinnya si polan ni meng'update' status di Facebook pada jam 2 pagi waktu di Mesir, (bermakna jam 8 pagi di Malaysia). Kalau setakat update cakap nak tidur ke, nak study ke, apa ke, tak lah idea ni menerjah otak aku.

Ini update pasal politik di Malaysia.

Okay, mungkin ada yang tidak faham. Baca rapat sikit apa yang aku nak tulis ni.

 Sekarang sedang musim peperiksaan final di Universiti Mansoura, Mesir. Secara khususnya, semua- aku ulang, semua pelajar jurusan Perubatan Konvensional sedang menduduki peperiksaan akhir. 


Bukan apa, bukan aku kisah sangat pun. Kalau ikutkan lantaklah! Kau punya exam. Kau tak boleh jawab, kau yang tanggung. Masalahnya, ada spesis manusia yang kadang-kadang tidak menggunakan kebijaksanaan yang  diberi dengan mensia-siakan peluang emas yang ada.

Peluang untuk menjadi yang terbaik ada di dalam tangan. Apa salahnya kita buktikan pada dunia di luar sana yang kita boleh menjadi doktor setaraf dengan doktor - doktor kelahiran Barat? Kenapa tidak kita hujamkan persepsi manusia skeptik yang menganggap kita tidak mampu untuk mengungguli arena perubatan di Malaysia?

Ini tidak. Kau sibuk berdebat tentang politik yang kau sendiri tidak pernah ada di dalamnya untuk kau hukumi. Kau sibuk menjadi hakim arena politik sedangkan kau sendiri tidak layak untuk mempersoalkan hukum-hukum negara. Sedarlah, umurmu belum pun boleh dikira matang untuk bertikam lidah dengan fakta-fakta.

Apalah susahnya kau belajar rentak dunia? Kau dapatkan dulu ijazah segulung kepada negara? Bila telah capai waktunya, barulah kau berperang dengan ilmu didada. Kau percaya, kau terlalu arif dengan permainan ini kan? Percayalah, satu pertiga pun kau belum kenal apa itu politik.

Pada aku, biarlah belajar sehingga berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dulu. Jangan main cakap pung pang pung pang. Padahal, diri sendiri pun bengkang bengkok lagi. Kalau dah jadi doktor nanti, terserah. Kau nak jadi ahli politik, atau kau nak jadi doktor.

Lagi-lagi kalau kau ni pelajar tajaan. Amboi...seronoknya dunia kau. Sedar sikit, kau tidak ada hak untuk bermain-main okay? Duit tajaan yang kau dapat bukan setakat mak ayah aku, seluruh rakyat Malaysia yang bayar cukai tiap-tiap tahun tau? Kalau kau salah guna, maknanya dosa kau pada semua rakyat Malaysia. Ha...nak main politik sangat.

Biarlah penuh ilmu kita togok tiap-tiap hari. Bukan benda bukan-bukan. Politik semua tu, letak tepi dulu. Kau ambil jurusan perubatan, bukan politik dunia. Stop talking crap in you Facebook. It doesn't bring anyone else any benefit pun. Menyemak lagi ada.

Dah kerja, dah confirm kau jadi doktor, itu time, lantaklah kau. Kau nak tidur dengan bendera parti kau pun aku tak hairan!

Cuma dalam waktu ini, berusahalah untuk menjadi seorang doktor yang tidak mensia-siakan harapan orang tua, agama, dan parti politik kau negara. Okay?

Fokus sikit! Subjek yang kau ambil tahun ni bukan besar kacang lagi dah, besar tembikai ada kot!









p/s: Orang Melayu mudah lupa.

Wednesday, April 28, 2010

Tag Issued II

Rules: It’s harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real, nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any words twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.

What is your name: Nadia

A four Letter Word :  Neat

A boy’s Name : Nasser Uma

A girl’s Name : Nurul, Nasuha
An occupation : Neonatologist

A color : Navy Blue, Napien Green


Something you’ll wear : Nike's Apparel
A type of food : Nutella Spread

Something found in the bathroom : Nyamuk (seriously, banyak nyamuk dalam bathroom!)
A place : Netherland
A reason for being late : Nape encik tanye? Encik nak ngorat saya eh? 
Something you’d shout : Nannnnnntiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! Saya nak order lagi! Hehe!
A movie title :Night at the Museum - Battle of the Smithsonian
Something you drink : Neslo
A musical group:  N'Sync

An animal :  Nightingale - it's a type of chicken

A type of car :  Nissan
A type of fruit : Nervosa - Genus of Poteria campechiana and family of Sapotaceae
5 person yg di-tag :

1. Neno
2. Nur Fatima Azzahara
3. Nur Hamizah 
4. Nadzura
5. Nani Yunho




Ha...kan dah cukup semua! :D Yay! Terima kasih lagi adikku Nasuha! Nak 'N' jugak! Hahahahaha!





Tag Issued.

ulysselhy suhaa: Baru perasan di tag haha



1. Adakah anda rasa anda HOT???
- Hot and spicy! Idamanku selalu! Em...tak?

2. Upload gambar kegemaran anda

3. Cerita pasal gambar
-Saya dan Ayie bersiar-siar di atas lori :D



4. Bila kali terakhir anda makan pizza
Last Friday. At Wadat's place, Dzura's treat.

5. Lagu terakhir anda dengar
PCD- When I grow up

7. Selain nama sendiri anda di panggil nama apa?
Dyya, Adik, Nad, (yang lain terpaksa di censored kan atas alasan terlalu manja! :DDDD)

8. Tag lagi 8 orang :
Mr. Solis, Neno, Jimmie, Dzura, Tima, Mizah, Sarah, and Kashah.
 
9. Siapakah orang no.1 kepada anda
Boleh saya cakap dia pengarang jantung saya? :D

10. Kata sesuatu mengenai orang no. 5
Izzul Izzat. :DDD

11. No. 3 ada hubungan ngan siapa
Dengan adik saya!

12. Bagaimana pula dengan no. 4
Super Junior? Gu Jun Pyo? :))))

14. Kata-kata cinta tok no. 2
Neno bucuk tak mandi! Apapun, dikau tetap kusayang! :P

15. Adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?
Dua-dua kuat merajuk? Hahaha...dan kuat makan!

16. Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda
-Kuat menangis.
-Suka pizza, suka jeans, suka beg, suka apa yang saya juga suka.
-Pandai simpan rahsia.
-Kepalanya pernah berdarah akibat terlanggar gate di rumah saudara dan dikenakan beberapa jahitan.
-Mintak pada mama untuk panggil dirinya kakak, dan saya adik. :D

17. Persamaan antara kambing ngan lembu?
Dua-dua meragut rumput bukan menghirup jus. :DDDD
 
18. Perasaan anda buat tag ini.
 Terasa muda semula main tag-tag.

19. Adakah anda tahu si razman itu sengal?
Tidak, tapi mungkin dia tahu?

20. GAY or LESS??
Biseksual. Tidak mahu mengaku. Hahahahaha! Saya stret! (Straight, okay? Saya tidak minat kaum sejenis. Jadi apa guna saya STALK kaum sejenis?) Bahahahahahaha! Saya suka soalan ini.


Adikku, terima kasih sebab mengisi masa lapangku! :D


Tuesday, April 27, 2010

Esok Ada Date. Aku curang?

Esok ada date. Date dengan seseorang yang amat aku cintai. Amat aku sayang.

Pagi-pagi esok, kena bangun awal. Kena siap-siap dan kemudian call date partner saya.

Tadi pun ada call dia. Oleh kerana ada orang datang, terpaksalah dia undur diri. Dia kata, "Esok kita date okay?"

I said, "Okay! I love you! Assalamualaikum..."

Apa? Curang? Janganlah tuduh aku sebarangan. Aku setia orangnya. Bukannya aku bercakap tidak berpaksi. Hahaha...

Tadi, selepas aku berchatting dengan kekasih hati, aku kebosanan yang menular di dalam otak. Disebabkan sibuk dengan assignments dan beberapa masalah, aku tidak mahu mengganggunya. Aku pun termangu sendiri.
Lantas, nombor si dia aku dail.

Kami berbual. Aku ceritakan beberapa masalahku, sementelah dia sendiri yang bertanya. Sedang aku bercerita, terdapat pula dua orang sahabat baikku datang, memulangkan mikroskop yang di pinjamnya, sebuah buku Parasitologi yang aku beli dan sebungkus coklat Cadbury sebagai hadiah. Hadiah apa? Aku pun tidak tahu...anyways, thank you babes...

Sedang aku menjemput Xety dan Farah masuk, dia berkata, "Takpelah, layan tetamu adik dulu okay? Esok pagi-pagi adik call mama okay? Mama nak tidur dulu..."

Yup. It was my mama. My beloved mother. I have a date with her tomorrow. :) Yay!

See, kan aku dah bagitahu, I will never cheated on my boyfriend! :D
Hehehe...saja nak buat suspen.






p/s: Ouch. Perut sakit. :(

Monday, April 26, 2010

Happy Birthday Sugarpie!


To my beloved sister...
May Allah grant you happier life ahead...
May Allah grant you longevity...
May Allah bless you in everything you do...
May Allah take away your burden...

Sister,
You are like nobody else...
You are special to us...
Nobody can replace you in our lives..

Sister,
On your 29th birthday,
I hope you have the blast with your beloved husband...
I hope you feel the happiness we see in you.

Semoga Allah panjangkan umurmu...
Murahkan rezekimu...
Kurniakan dirimu anak-anak soleh dan solehah...
Menjaga dirimu dari sebarang malapetaka...

Kakakku,
kami sayangkan mu...

Selamat Hari Jadi...

Okay, sekarang versi rock and roll!!!

Happy burfday to YOU!
Happy burfday to YOU!
Happy burfday happy burfday happy burfday!!!
Happy burfday tooooooooooo YOUUUUUUUUUUUUUU!!!!!


:)) 


Hahahaha!!!


Aku Menangis...


video
Aku menangis saat aku menonton video ini. Saat perlahan-lahan lelaki itu sujud menyembah Illahi...saat lelaki itu sendiri tidak sedar bahawa dia telah pergi. Saat nyawanya ditarik Malaikat Maut dari tubuh badannya sendiri.

Aku menangis melihat dia sujud kepada Illahi, sedangkan masih orang tidak menyedari bahawa nyawanya sudah tiada lagi. Aku menangis mengenangkan, bahawa kematiannya itu di dalam mengerjakan ibadah, di dalam masjid dan sesungguhnya aibnya terpelihara oleh Allah. Tiada laungan kesakitan, tiada racauan kegilaan, tiada anggota badan yang hilang atau pun terluka.

Sesunguhnya. Allah telah menjaga aibnya walaupun dia telah tiada.

Aku terfikir, aku sendiri tidak tahu bila nyawaku akan dicabut Malaikat Maut. Adakah pedih? Sakit tak terkata?

Adakah waktu itu aku sedang mengerjakan ibadah sepertimana orang lelaki tadi?
Atau...

Ah! Tidak sanggup aku berprasangka buruk. Namun, siapalah aku untuk mendapat semua itu sekiranya aku sendiri masih terkapai-kapai mencari redha Illahi? Masih tergoda dengan bisikan dunia? Masih terikut-ikut dengan mata yang menipu?

Acapkali aku membayangkan, aku di dalam tubuh badan yang lain. Aku suka, namun, tiada upaya untuk mengubahnya? Bukan. Aku tidak bersedia? Mungkin. Aku lemah? Ya. Aku terlalu lemah. Terlalu mudah terpesona dengan dunia sementara.

Bila agaknya akan aku temui kekuatan itu? Bila aku akan temui hatiku yang putih bersih sumpama baru?

Terlalu banyak titik hitam yang telah menggodam hatiku. Perlu aku kikis setiap hari dengan zikir-zikir dan ayat-ayat suci Al Quran. Perlu aku rendam setiap hari dengan wudhu'. Perlu aku lap setiap hari dengan ilmu-ilmu bermanfaat supaya lebih sihat hatiku ini.

Aku sakit kerana hatiku sakit. Ia kelaparan. Ia kehausan. Ia kesakitan.

Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku jalan menemui redhaMu. Ya Allah Ya Tuhanku, sememangnya aku takut dengan azabMu, namun siapalah aku untuk SyurgaMu. Ya Rab, kau permudahkanlah jalanku dalam menemukan aku dengan hatiku yang bersih dari tompokan hitam Ya Allah. Kuatkanlah semangatku...







p/s: Aku cuma insan biasa yang tidak ma'sum. Apatah lagi sempurna.

Lapar tapi tiada selera.

Seharian aku tak menjamah nasi. Sejak dari malam semalam.

Mulanya, aku bercadang hari ini nak kemas-kemaslah kononnya, nak masak-masak...tapi, mood tiada. Aku bersekongkol dengan tilam aku untuk menjayakan misi tidur.

Haish...

Nak kata takde mood, tak jugak. Nak kata tak selera pun tak jugak. Susah juga...kan aku dah cakap, aku seorang yang sangat sukar diduga? Semalam happy-happy, hari ni? God knows...

Bukan barang nak masak takde, tapi mood tu yang takde. Come on Nadia, what happened? I don't know. Macam-macam yang aku plan, satu pun tak menjadi hari ni. Kasihan Dzura dan Eya...aku dah seumpama berjanji hari ni, nak bawakan kuih Apam Lenggang, tapi ke katil juga aku.

Aku okay je sebenarnya, cuma, entahlah...tak boleh nak explain. Tak reti.

I wish there is pintu suka hati. Boleh lari ke sana, ke mari. Boleh release tension sikit. Kononnya...

Aku perlu di 'distract' dari permainan ini. Game yang gila. Gila yang membantutkan.

Macam-macam aku nak makan, tapi tiada satu pun yang membolehkan badan aku berusaha mendapatkannya. Aku tengok Tima makan KFC, aku nak juga, tapi aku tak nak dalam masa yang sama sebab aku takde selera. Alih-alih, aku minum air kosong beberapa cawan. Kenyang perut dek air...

Aku teringin nak makan kari ayam yang mama buat...atau nasi lemak yang mama masak...atau ikan goreng dengan sayur sawi goreng...tapi...mana nak dapat?

Nak masak bubur nasi pun aku malas. Sebab aku tiada selera. Pagi tadi, mama mesej, mama kata mama rindu. I miss her too. Sorry ma, I was sleeping...

Aku ingat aku nak pergi main squash esok. Mungkin jogging-jogging...atau mungkin aku pergi gym untuk work-out. I wish there is Yoga class in Egypt. Haish...or dancing class. It'll help me cope with my mood. I guees I won't be around tomorrow. I want to do some physical activity that I don't decide yet...

I am not lying, and I am not craving for attention. This is me, and I don't know what is wrong with me! Bullsh*t.

Something turned me off. They pushed the wrong button. However, I don't know what turned me off.

I want to go home and hug my mama...she knows what to do.



I wish, I could run into her arms...










p/s: You want to mess with my life? I think, you are a pathetic dwarf who incapable of reaching high standard of people ways of thinking because you are actually lack in growth hormones. That's why you act childish and look like 5 years old kid who is suffering ADD. Attention Deficient Disorder!

Sunday, April 25, 2010

Mission Mumtaz

Perancangan (konon-kononnya) untuk menempuh peperiksaan bertulis Biokimia yang hadirnya lagi satu bulan dan dua puluh hari. Yup, you read it right. 1 month and 20 days till my next paper. Then, peperiksaan oral datang dua minggu kemudian.

Aku rasa bertuah pun ada, sebab dalam masa yang sangat panjang ni, ada satu je fokus aku. Biokimia.

Semoga masa yang ada aku gunakan sebaik mungkin! Amin~~

Antara yang aku rancang sepanjang 'cuti' ni adalah:

1. Habiskan baca buku Biochemistry dari kulit ke kulit. Paling kurang pun, dua kali.
2. Buat past years questions sampai habis. Then baca semula 3-4 kali.
3. Hafal semua cycle than structure.

Harap-harap berjalan lancarlah plan aku ni. Mission Mumtaz.

Selain dari tu, aku kena buat persediaan mental dan fizikal juga. Untuk apa? Nanti aku bagitahulah yang tu... :)

Hari ni hari Ahad. Hari Ahad kat Malaysia weekend, tapi di sini, Ahad permulaan setiap minggu. Macam Isnin. So, technically, I hate Ahad. Hahaha...kadang-kadang, bile balik Malaysia, aku pun jadi confuse bila semua orang breakfast sama-sama, baca paper kat living room on Sundays. Hehehe...rupa-rupanya, weekend la! :)

Memandangkan hari ni hari Ahad, dan kebetulannya, exam aku telah tamat. Aku nak kemas rumah! Yay! Aku nak kemas dapur, nak kemas ruang tamu, nak kemaskan mandikan Neno serta sarang sangkarnya, nak basuh bilik air! :D

Dan yang paling utama, aku nak buat sesuatu dengan bilik aku. Supaya jadi lebih selesa dan sesuai untuk projek Mission Mumtaz aku tu. Kalau tak silap, kawan aku nak mintak aku ajarkan dia Biochemistry. Jadi, nanti bile dia datang, taklah bilik aku ni macam entertainment room! :))

Mama dan Suha cakap bilik aku macam sebuah rumah dah. Ada mini living room, ada walk-in closet, ada kitchen, ada tempat study. Hehehe...aku sebenarnya bukan apa. Seganlah, kalau orang datang bilik, duduk atas lantai. Kalau boleh, kalau takde sofa pun, biarlah nampak proper kan? Ada meja comel, ada karpet untuk duduk.

Jadi, hari ini, sekali lagi bilik aku akan diperluaskan dan diubahsuai menjadi tempat yang lebih convenient!

Sebenarnya, idea menulis banyak, tapi bila jari ni menekan kekunci keyboard ni, macam buih je idea tu hilang. Em...




p/s: Terjumpa dengan manusia yang pandai nak claim dari orang. Kalau nak claim dari kau memang haram...berjanggut pun tak dapat-dapat.

Saturday, April 24, 2010

Oh Crap!!

Oh crab!!!
(that is obviously seorang mamat arab yang sedang bercakap! Hoho!)

Isk.

Oh crappy crapped crap!
Tomorrow is my next exam and I am here diving (instead of surfing) the internet! No, I didn't. I just blogging!
Hehehe, what ever.

I have sheet exam tomorrow, for Biochemistry of course, and the exam involves 5 cases and another 4 subtopics to be read by 8.00 am tomorrow morning. Technically, it's today. Hahahahahahaha! (I've gone this crazy since yesterday. Yes, yesterday.)

Oh yes, talking about yesterday, which is 22nd April 2010. Aha, the day I had my Practical Exam, Alhamdulillah. I think, I did a good job. (I don't want to use 'great job' because it seems over confident). Though at first it was a pretty messy, where I couldn't find my seat number because the numbering system were quite confusing, but at last I felt pretty amazing that I did all the experiments perfectly right. :)

Alhamdulillah...if not because of Him, I might not be able to perform. However, it is still too early to say that I did a good job. Biiznillah, InsyaAllah I will pass the exams with flying colours. Just a little bit more to push! Go Dyya!

I slept at Wadat's house with Dzura. Accompanying Wadat while Ja is not around. We watched a horror movie, The Uninvited. I screamed like hell! Hahaha!! We ate pizza, Kek Batik (I made it), and before that we studied for almost 2 hours! Yay!

This morning, when I woke up, Wadat and Dzura were making a delicious breakfast! Yummy! Then, I studied a little and Wadat were cooking for lunch! The Mee Bandung was deliciouuuuuuuussss! They played PS2, and then we took a nap.

Around 5.00 pm, Dzura and I walked home.

I was sitting at the same spot since I came back, studying. Ouch~

Okay, now I really have to go. I have a few more to read, then I am done! Yay! I have to perform well! I have to get 'Mumtaz' this time. I have to, and I want to.

After exam tomorrow, I have another 1 month and a half, which I don't want to waste before my written paper and oral exams. I want to study hard and smart, I want to pray hard, I want to be Mumtaz!

I want to be a very excellent (Gynaecologist/Cardiologist/Neurologist)! More to come, if I can not face this, how can I face the next challenge?

Oh, and of course...I want to be as soon as possible to be with my beloved family again. ( and him too! ;) )







p/s: A lot of delivery tomorrow!

Thursday, April 22, 2010

Lelaki perasan, wajarkah?

Okay, esok aku exam dan sekarang aku sedang bergurindam jiwa di blog aku ni. Apa hal...?

Ha..sekarang aku nak tanya, berapa ramai pernah yang pernah korang jumpa lelaki perasan? Ini bukan perasan macho atau perasan bagus, ini perasan yang korang (perempuan sahaja) suka kat diorang?

Aku jumpa ramai gilaaaa...okay, terlebih sudah.

Kadang-kadang, aku perasan diorang ni ingat kita yang perempuan suka tegur-tegur diorang ni sebab suka kat diorang. Padahal, setakat bertanya khabar je kot. Tak perlulah perasan sangat. Haish...lainlah kalau si perempuan ni menggedik ayam pada korang ke, atau pun tiba-tiba cakap ''I suka you lah, you suka I?'' dengan pipi yang tiba-tiba blushing.

Em...tak faham aku.

Ada pula yang ingat aku stalk dia?! What the fish? Aduh...tak larat aku nak tengok gelagat orang macam ni.

Nak berkawan kata suka, kang aku putuskan persahabatan kata aku lupakan kulit. Bila tanya khabar, buat-buat sarcastic dengan aku. Ini sudah lebih...

Tau lah, yang aku ni lagi tinggi dari kau, tak sesuai.
Malah, kalau jalan dengan kau macam jalan dengan adik aku sendiri. *aku mana ada adik lelaki!*
Tambahan lagi aku ni boyish sikit. Gelak "HAR HAR HAR!"
Kalau jalan bergegar rumah, sebab aku ganas ye, bukan sebab aku overweight. Hohoho...
Malahan (lagi sekali), aku lagi teror martial art dari kau. Kau mane pernah belajar martial pon?!

Tu yang kau guard diri kau sampai terperasan yang aku boleh tangkap leleh dengan kau tu eh?

Aku pun dah ada yang punya...buat apalah aku nak stalk kau? Lagi-lagi nak bermain kayu api tiga dengan kau? Tak mainlah kayu-kayu ni...aku boleh kutip kayu-kayan dekat belakang rumah atuk aku. Saya setia orangnya. Okay?

Lepas ni, malas dah aku nak cakap apa-apa. Aku tak faham apa sebenarnya yang kau nak. Aku buat macam ni salah, aku buat macam tu salah. Nasib baik aku tak buat macam three lagi. Kalau aku buat, kau kata aku gila pulak. Kalau kau marah kat aku, cakap. Jangan nak main dolak-dalih. Masing-masing belajar tinggi, takkan lah benda cenonet macam ni nak jadi gaduh-gaduh.*tak pernah bergaduh pun sebenarnya*

Orang rock dengan aku, aku pun rock la.
Orang sopan dengan aku, aku pun santun la.

Takkan orang mengembek dengan aku, aku nak mengaum kot?

Mungkin aku kenal kau tak lama, tapi aku tahu satu perkara. Kau tak pernah macam ni?

Kau marah dengan aku? Kau tak pernah mengaku. Apa-apalah...asalkan kau bahagia, kawan... Bila kau marah dengan aku, dengan sepantas kilatnya kau hilang. Pergi mana? Aku pun tak tau...lepas tu, hilang berzaman-zaman...haish...

Okaylah, tu je aku nak tulis malam ni. Saja gatal tangan nak menaip. Bukan kau baca pun blog aku. Kau mana pernah baca blog aku. Apa-apa pun, aku nak tahu, kalau aku ada buat anything wrong.






p/s: Perempuan pun ingat aku stalk dia. Adoii...aku bukan biseksual stalker lah! Membazir masa okay? :)))

Tuesday, April 20, 2010

Bilamana...


Bilamana...

Bilamana sesuatu berlaku didepan mata...yang sayu? yang sakit hati? yang geram? yang sedih?

Bilamana kempunan itu datang...aku pun siap sedia mencari bahan. Mencari resepi diinternet, mengumpul bahan-bahan dan terjun ke dapur. Jadi tak jadi, belakang kira, asalkan kempunan aku terisi.

Jadi, bila kawan aku kempunan nak makan kuih bakar, aku pun buatlah. Mana yang seorang lagi kempunan ayam masak merah, pun dah dapat. Sekarang, bilamana yang seorang lagi kempunan donut lah pulak, aku pun rasa nak makan jugak(lagi!)


Bilamana malas itu datang...aku pun pergi mandi lama-lama. Mendapatkan mood rajinlah kononnya. Fikir-fikir nak buat apa lepas mandi. Bila dah dapat idea, mulalah padat balik jadual aku yang tak serupa jadual ni.

Jadi, bila exam itu tiba, malas pun menjadi-jadi. Mana yang nak baca, mana yang nak ingat. Sekarang, bilamana exam itu makin hampir, mulalah cuak tak terkata.

Bilamana pakcik zibalah tak datang-datang...mulalah sampah berlori-lori terkumpul dalam rumah. Entah bila punya pun aku tak tahu. Bukan tak di bayar, dah dibayar, dia pulak tak datang.

Jadi, bila sampah dah bertingkat, aku pun mulalah naik hangin. Mana yang berplastik aku letak luar rumah bagi pakcik tu nampak sikit! Bilamana dalam hati aku kecut jugak sebab baba dah warning jangan letak sampah luar rumah!

Bilamana menu tak berubah-ubah...lauk yang sama aku hadap 3 hari atau lebih. Aku kisah ape. Aku yang makan. Hahaha...sekarang masih lagi menu asam pedas! :D






p/s: Pernah aku makan sup ayam je sampai seminggu!

STORE AQURA IS NOW OPEN!

Website Aqura Mansoura kni beroperasi!
Hehehe...

Hi!

Semalam aku telah berjaya menyiapkan satu laman web untuk produk sabun Aqura! Aqura Mansoura kini telah aktif beroperasi di Mansoura. Baru je siap, so aku takdelah nak expect sale terus mencanak naik. Walaubagaimanapun, aku nak ucapkan terima kasih pada 3 pembeli pertama, iaitu kawan aku sendiri! Hehehe...

Pembelian korang sangatlah aku hargai! Dan tentunya menaikkan semangat aku lagi!

Pembelian seterusnya di buat apabila laman web dan Facebook Fan telah dilancarkan. :) Alhamdulillah...

Lagi satu, kredit to Wadat sebab dia telah menolong aku forwardkan tentang sabun ni pada Manchester's students. Thank you so much Wadat! * because I don't expect that people would care to forward the message to their friends! Huhuhu...*

Tadi adalah buat delivery sikit. InsyaAllah, dengan niat nak membantu kawan-kawan dan diri sendiri dalam menghadapi exam, sebab tu lah aku jual sabun ni. Saja isi masa lapang. Macam lah aku ni free sangat! Hoho...

Ada sikit pembaharuan, satu page STORE AQURA aku dah letak kat atas tu. So, kalau berminat nak usha-usha, sila lah ye! Nak terus beli pun boleh! Kalau korang luar dari Mansoura tu, susahlah sikit...*ni yang kene cari agen ni!* Huhuhu...tapi, aku cubalah kan..mane yang mampu...

Ramai yang tanya, "Akak dah cube ke? Effektif ke?".

Aku dah cuba dah. Malah nak kata effektif tak effektif, korang baca cerita aku ni...

Aku langsung tak tidur satu malam tu...dalam pukul 9.00 pagi keesokkan harinya baru aku tidur. Lepas tu, ada lah customer buzz aku kat Yahoo Messenger dalam kul 11.30 pagi, dengan terpisat-pisat bangun aku pun balas lah pertanyaan customer aku tu. Then, aku mandi sebab nak gi faculty. Masa mandi, aku pun apply lah sabun tu.

Ambik kau...sampai pukul 9.00 malam tadi mata aku terang je...Tak rasa mengantuk langsung! Menguap tak, letih pun tak! Woaahhh!

Dahsyat jugak sabun ni...Alhamdulillah..supaya aku dan kawan-kawan aku bolehlah belajar tanpa mengantuk lagi lepas ni! InsyaAllah..semua tu pun kehendak Allah kan. Lain orang, lain result dia...

Ha, dah boleh tahan ngantuk, jangan pulak korang buat ubat tahan tidur. Kita tetap manusia yang perlukan rehat, ini cuma salah satu ikhtiar. Jadi janganlah seksa tubuh badan korang dengan tak dapatkan rehat yang mencukupi. Okay? Aku memang dah kena biasakan rehat tak cukup ni...nanti bila buat houseman, takdelah lari tulang temulang aku ni. Huhu...walau apa pun, rehat mesti rehat, makan mesti makan, tidur itu wajib! Hehehe...

Okay, sekarang aku nak study. Exam tinggal berape hari je lagi nak start. Bisnes, bisnes jugak. Study itu priority! Semoga semua usaha kita akan membuahkan kejayaan, biiznillah...

Ada apa-apa soalan? Jangan segan silu bertanya! Aku akan cuba jawab secepat mungkin!





p/s: Silalah berkunjung ke fan page Aqura Mansoura di Facebook sekarang!

Sunday, April 18, 2010

20 Fakta April dan Cairo.

:)friends(:


Bila di dalam kesedihan itu, aku rasakan ada kedamaian dari mereka yang ku gelar sahabat...


1. Mood swing yang teruk sepanjang awal April hingga 16 April yang lalu benar-benar menghujam diri aku ke satu tahap yang tak pernah aku duga. Aku tidak pernah mengalami stress seperti itu. Namun, Allah lebih mengetahui apa nikmat yang aku akan rasakan nanti. Jadi, redha itu lebih afdal dari mempersoal kehendak-Nya.


2. Aku punya keluarga dan soulmate yang benar-benar memahami aku. Alhamdulillah, rasa stress itu kian pudar bila aku ikuti nasihat-nasihat mereka. Hari paling teruk, 16 April 2010, sebelum keluar makan bersama kawan-kawan, aku sangat down, namun...Allah telah kurniakan aku dia sebagai tempat aku mengadu kerengsangan hati ini yang dari apa puncanya, aku sendiri tidak mengerti. Aku mula bernafas kembali.


3. Sahabat-sahabat yang sangat mengambil berat sangat membuatkan aku terharu. Tidak putus-putus bertanyakan kenapa, okay ke, nampak pucat, ada masalah ke, membuatkan aku rasa mereka adalah sahabat prihatin yang benar-benar ikhlas berkawan. Sungguhpun aku cuba juga untuk bergelak ketawa, tapi kawan yang sebenar seperti mereka dapat mengenali keadaan hati aku yang ribut.
When a friend makes you smile.


4. Aku menemani kawan-kawanku ke Cairo pada 17 April, salah seorang daripada mereka akan pulang ke Malaysia di atas sebab-sebab tertentu. Sepanjang perjalanan, aku dapat rasakan segala ribut taufan yang melanda fikiran dan hati aku, seumpama tercampak-campak ke luar tingkap kereta menyebabkan aku rasa ringan dan tenang.
Don't worry Ja, we will look after your beloved Wadat while you are gone. :)


5. Walaupun beberapa masalah di alami sepanjang perjalanan, seperti pakcik driver yang lambat datang, (jadi, lambat bertolak), kemudian tayar pancit sebelum satu pertiga lagi perjalanan tamat, kami berempat tetap gembira!


Friends make you laugh out loud too!
No matter what we do, friends will be there!
6. Nikmat yang Allah kurniakan buat aku pada hari itu sangat berharga. Sewaktu sampai di rumah Kak Batta, (sahabat pada Ja dan Wadat), aku rasa sangat homey dan welcome. Kak Batta yang sedang sarat mengandung masih lagi menggunakan tulang empat keratnya untuk menjamu kami dengan hidangan yang sangat sedap! (Kami dah cakap pada Kak Batta tak perlu susah-susah, tapi Kak Batta tetap nak buat jugak! Huhuhu...)


7. Sewaktu berbual dengan Kak Batta, aku sangat rasa bersemangat untuk menamatkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan aku, apabila mengetahui bahawa Kak Batta sedang membuat housemanship di salah sebuah hospital di Cairo. Beliau adalah lepasan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti AinShams.


8. Aku katakan pada Kak Batta, yaang aku rasakan wajahnya dan adiknya Aisyah sangat familiar dan selalu aku lihat. Rupa-rupanya, Kak Batta adalah senior aku di Sekolah Kebangsaan SS19 di Subang Jaya, dan adiknya Ain Zubaidah adalah kawanku! (Sewaktu itu Zubaidah atau nama panggilannya Bedah masih belum pulang.)


9. Bedah, berkawan dengan Ja dan Wadat untuk perniagaan Scarfamarfa mereka. International woo...UK, Malaysia dan Egypt. Mereka baru berkenalan dalam dua atau tiga bulan yang lalu, kerana kawan Ja di UK adalah kawan kepada Bedah. Oh, Bedah juga study di UK.


10. Aku sangat adore pada adik Kak Batta, Aisyah. Dia sangat lembut dalam percakapannya dan sentiasa tersenyum. Sewaktu dia turun menemani kami yang sedang menunggu pakcik driver, dia memakai jubah hitam dan niqab (purdah). Pada mulanya, aku tidak percaya, namun, itulah hakikatnya. 'Amiyahnya juga sangat bagus. Pada umur 16 tahun, dia telah jumpa keindahan Islam itu.


11. Sewaktu di City Stars, aku cuma membeli chocolates, kerana harganya murah sedikit, dan lebih banyak pilihan. Aku sempat juga membeli Mc Flurry dan Milkshake Strawberry untuk melepaskan kempunan anak tekakku. Mc Donald tidak wujud di Mansurah.


12. Aku sangat kasihan pada Ja kerana tidak menjamah pun Donut Factory yang dia, Wadat dan Dzura beli. Walaupun pada awalnya, dia yang sangat teringin hendak memakan donut sedap tersebut. :(


13. Aku ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat si kekasih hati yang sudi mententeramkan hati aku yang di rundung pilu walaupun dia sendiri masih belum sihat sepenuhnya dari demam.
Friends don't lie, kan korang?


14. Pada Dzura, Mizah, Tima, Syeila dan Ieqa, Wadat dan Ja, Sarah dan Kashah, thank you very much for all the concerns, and thank you for making my day better! Sangat terharu, walaupun dengan satu pertanyaan...


The smiles that will not fade.
15. Parcel dari ayah dan mama dah pun sampai. Malah dah ada 3 sales! More to come, InsyaAllah.


16. Passport pun dah settle, Alhamdulillah.


17. Looking forward to pass my exams with flying colours!


18. Mahu pulang ke Malaysia dengan cepat dengan keputusan yang cemerlang itu dan naik ketahun seterusnya dan terus capai kecemerlangan sehingga tahun akhir untuk menjadi dokturah yang dapat membantu masyarakat sekeliling!


19. Nadia yang optimis akan terus berusaha menjadi lebih baik! Ini adalah aku yang dulu...dan akan menjadi lagi seperti itu lagi sekarang!


20. April dan Cairo mengajar aku, dunia tidak berakhir walaupun kita dirundung kesedihan, kerana selagi Allah mendengar doamu, mungkin Allah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk mu di masa depan, cuma sekarang mungkin belum waktunya. Alhamdulillah...



Weeehoooo!

p/s: Thanks to you, love. You made me remember who am I used to be. :)


Friday, April 16, 2010

Cara Mengenal Pasti Si PEMBOHONG dan Perasan DIVA

x
How to detect lies - body language, reactions, speech patterns - StumbleUpon

Okay, perasan diva tu exxagarated sikit.
Pembohong, pemutar belit, penipu, dan seribu macam lagi sinonim untuk watak antagonis ini.

Hari, aku tidur sangat awal, pukul 11 malam aku dah kiok, lepas tu pukul 2 pagi, mata aku dah terkebil menatap syiling yang putih bersih tu. Takpelah, at least my cycle is starting to be normal again.

Okay, back to the topic, detecting a lie.

Kalau kita nak kenal pasti orang yang berbohong ni, ada bermacam-macam cara. Cara yang aku jumpa ni adalah cara yang di gunakan oleh pihak polis untuk semasa soal siasat.
Amaran keras: Mungkin tidak peduli itu lebih bagus, sebabnya, lepas tahu cara-cara ini, kita mungkin akan lebih sakit hati lepas tahu yang sebenarnya kita selalu dibohongi.


Tanda-tanda Pembohongan Mengambil Tempat:

Gerak tubuh si Pembohong
  1.  Ekspresi tubuh badannya akan lebih terbatas dan kaku. Pergerakan tangan dan kaki kepada tubuh badan sendiri menjadi kurang dan tidak natural.
  2. Si pembohong akan mengelak dari memandang terus kepada mata orang yang di bohongi. 
  3. Tangan si Pembohong ni akan merayap-rayap menyentuh mukanya, leher dan mulutnya. Sementara hidung dan telinganya akan digaru-garu. Entah apa yang gatal di situ, aku pun tak tau...

Kontradiksi Emosi si Pembohong
  1. Masa yang di ambil dan waktu emosi itu diekspresikan tidak sama. Penunjukkan emosinya lambat, lama dan boleh berhenti secara tiba-tiba.
  2. Contohnya: si Pembohong mengatakan, "Oh, cantiknya!" dan tersenyum SELEPAS menerima hadiah, berbanding dengan naturalnya, kita akan mengatakan "Oh, cantiknya!" dan tersenyum dalam masa yang sama!
  3. Ekspresi dan percakapan tidak serasi. Contohnya: "Aku cinta kamu." sambil membuat muka.
  4. Ekspresi wajah terhad kepada mulut sahaja, berbanding dengan penggunaan seluruh wajah apabila tersenyum! Bandingkan dengan orang yang di rasuk tersenyum dengan baby comel tersenyum?
When we are smiling naturally, our eyes will be squished and our cheeks will pushing our eyes up!

Interaksi dan Reaksi
  1. Orang yang bersalah menjadi sangat defensif.
  2. Tidak selesa memandang orang yang menyoal, membelakangkan penyoal.
  3. Pembohong biasanya dengan tidak sedar meletakkan sesuatu di antara dirinya dan penyoal. Contohnya: buku, cawan.
Isi Percakapan dan Cara Bercakap
  1. Si Pembohong AKAN GUNAKAN ayat anda semula untuk menjawab pertanyaan anda. " Kau makan ayam yang aku simpan tadi ke?" Pembohong akan jawab, "Tak, aku tak makan ayam yang kau simpan tadi."
  2. Pembohong akan mengelak dari 'berbohong' lagi dengan tidak membuat kenyataan. Mereka lebih gemar mengelak dari menjawab dari terus menidakkan sesuatu.
  3. Orang yang bersalah akan bercakap lebih dari biasanya dengan menambah-nambah isi-isi yang tidak perlu kerana tidak selesa dengan suasana yang sunyi.
  4. Mereka akan bercakap dengan nada monotone.
Aku ada lah jumpa beberapa orang yang suka gila berbohong ni. Malah, bergelen-gelen dah penipuan yang di buat, tapi tak sedar-sedar lagi. Dah tau salah, buatlah macam orang bersalah. Ni nak jadi sangat defensif konon. Tolonglah wey...orang dah muak tengok drama mangsa keadaan kau tu.

Get a life!

Testimonial Untuk Kes Perasan Diva.

Testimonial 1:
Kau tu, sebenarnya macam bola. Semua orang dah muak dan jelek dengan sikap kau tu. Orang kat sana tak nak kau, kat situ tak nak kau, kat sinun pun tak hingin kat kau.

Testimonial 2:
Kau ingat kau diva ke? Suka hati kau je nak serang-serang orang. Please lah wey, jangan nak perasan orang stalk kau boleh? Ergh~

Testimonial 3:
Apa masalah kau hah? Kurang kasih sayang eh? Tak de orang nak bagi perhatian kat kau? Nak tahu kenapa? Sebab perangai kau macam haram!~

Testimonial 4:
Is that her?! Is that her?! Oh, I tak perasanlah...*sebab kau kurang menarik perhatian, jadi, silalah sedar diri.*


Semua testis testimonial ini adalah koleksi basi yang dah berkulat. Masalahnya, yang kau pergi panaskan balik dalam microwave tu buat ape?! Orang biasa je, kau pulak panas kecacingan apasal? *aku saja nak tukar cacing kepanasan tu*



p/s: Buat cerita, menipu, act victim, memang kau punya specialty kan, pembohong?
p/s/s: Nak muntah aku tengok kau punya sense of fashion! 



Thursday, April 15, 2010

Tiger. Rawr~



*I want a tiger too!*





Plain Blood.

My blood isn't red. It's not blue. It's not even green!
It's colourless.
Almost invisible. I can't tell if I'm bleeding.

Walking on the corridor and step on a rusty nail. I feel pain, but I can't see any blood. It hurts but I can't see where the wound is.

It is damn hurt.

I'm so careless with my self.

I keep getting my self hurt and bleed, but I don't know where to treat the wound. I don't see any.


Accident.

Got hit by a car.

I feel so much pain, but they can't tell.
I scream like hell, but they confused.
So many wounds, a lot of blood loss.
But they couldn't see.
I'm crashing, but there's no doctor who could help me.

Why can't anybody see my blood?

My blood pressure is going down...rapidly.

However, no one realize it...

...until...





 I'm dead.


Just because of the plain blood, they can not tell what am I suffering of.


Plain blood.
Seems interesting, but suffering.



p/s: Being different sometime seems cool, however, that's why people don't get your jokes.


We planned so much, but Allah knows.

We planned so much for a happy endings, but only Allah knows what it will become.

Worse, better, or may be just as we planned.

We planned to go picnic at a beach, with some friends, sandwiches, orange juices, apples, and may be some chocolates.

We planned perfectly a few weeks before, so that nothing can hold back the trip we looking forward too. We were so happy, that we smiled through the weeks though there were some bad news patching up the walls. We were having good night sleeps, though we were crying before that. Just for the picnic we planned.

However, the weather forecast man forget to report today's weather.

We ended up having the picnic in a car, which later end up in some mamak's stalls because we were running out of mineral waters and some of us need to pee.

Everyone's faces were actually looked frustrated, but there were no deals with Him. He decided that today will rain heavily, and only there, the beach we were planning to go. He decided that the forecast man forgot his duty, He decided that, today is not a good day.

We then packed up, and go back and sleep.

I didn't sleep.

I made some cheesy homemade bread-pizza, I thought that it will make me feel somehow better inside, but it didn't work too. I was too sad, but yet who am I to ask? He is powerful, capable of doing anything He thinks best, and I am just a powerless servant.

Uncapable of doing anything, and don't have the right to ask...

I thought it could be feel more homey...I guess, it is not.

May be not yet time?

I don't know.

Different beach, different experiences. Maybe delightful, or may be just another wasting of time.





p/s: Mood swing day 10. It's better not to put any hope in the very beginning.

Tuesday, April 13, 2010

Murtad Itu Membunuh Akal

Nauzubillah.

Terpinga aku sekejap bila aku baca beberapa buah blog ni, yang terang-terangan mengajak umat Islam murtad. Bukan itu saja, sudahlah mengajak Muslim untuk murtad, malah tidak segan silu menggunakan website-website yang sudah pasti tidak di akui kesahihannya, yang maklumatnya boleh ditukar-tukar.

Sudahlah awak tu murtad, masih boleh menukar pelbagai fakta Islam dan memutar belit segala-segalanya!

Ya Allah, tunjukkanlah jalan yang benar untuk mereka ini...

Murtad, keluar dari agama Islam, dengan niat menyekutukan Allah, malah tidak mengakui Nabi Muhammad itu Rasul Allah.

Murtad, dosa yang tidak akan di ampunkan Allah.

Argggh! Sesak dada aku bila mereka ini berbangga dengan menjadi seorang murtad!





Ya Allah Ya Tuhanku, padaMu aku memohon perlindungan. PadaMu aku mohon ditetapkan imanku, iman kedua ibubapaku, iman kedua beradikku, iman bakal suamiku dan keluarganya, iman seluruh keluargaku, iman sahabat handaiku, dan iman semua umat Islam. Bantulah kami Ya Allah demi mendapatkan keredhaanMu. Bantulah kami Ya Allah, sesungguhnya kami hamba yang lemah. Semoga kami semua terus beriman di jalanMu...

Sunday, April 11, 2010

Differences.


Sakit kepala.
Bangun dari tidur, kepala rasa berat dan berdenyut-denyut.

Waktu tidur yang tidak menentu.
Waktu tidur yang tidak tetap.
Susah untuk lena.

Nafsu makan bertambah.
Nafsu makan ada, tapi selepas makan rasa mahu muntah

Dada berdebar.
Dapat rasa degupan jantung walaupun dalam keadaan tenang.

Susah bernafas.
Bernafas menjadi pendek-pendek dan sukar.

Rasa lemah.
Rasa tak bermaya seumpama demam.

Mudah marah.
Tak boleh menahan marah, atau berfikir secara tenang.

Tidur yang tidak lena.
Mudah terjaga sewaktu tidur.

Gelisah.
Tidak boleh menumpukan perhatian untuk membuat satu-satu kerja.

Mengantuk.
Walaupun baru sahaja bangun, dan sesudah mandi, mata menjadi sangat berat dan mengantuk.

Mengurung diri.
Tidak mahu keluar dari bilik/rumah kecuali ke tandas.

Sakit dada.
Dada sakit seperti ditekan-tekan.

Sensitif.
Tak boleh salah cakap, nanti emosi.

Kurang bercakap.
Hanya bercakap bila perlu.


p/s: I want to talk to somebody.


Hari ke enam.

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina...

Hari ke enam.

Aku rasa, aku bukan lagi mood swing, tetapi jauh dari mood swing.
I think it's worse.
It is not PMS, it is not related to hormonal changes.
Somehow, I think, I need a professional advice.

I think, I know what am I supposed to do.
Pour it out.
Cry it all out.
Lepaskan semua.

Itulah yang selalu aku akan buat.
Setiap kali aku merasakan mood aku buat perangai, itulah yang aku buat.
Aku cuba kawal, but it'll never stop.
I was thinking of something.

No.

I won't.

That's not me.

It doesn't worth it.



Aku berserah.


p/s: I need to let it out...


Six Years Old. Enam tahun la!

1993.
Subang Jaya.

Ayah, 36 tahun.
Mama, 33 tahun.
Kak Nurul, 12 tahun.
Baby Suha, 1 tahun.

Adik, 6 tahun.
Adik tersengih.

Suatu hari, adik ingat lagi, kita semua kemas barang-barang. Rumah kita kosong. Semua barang kena angkat, masuk dalam lori. Masa tu, baby kecik sangat. Tak boleh jalan. Mama pegang baby. Adik pegang tangan kak nurul.

Kita pergi tempat baru.
Adik tak tahu kat mana, sebab adik tertidur dalam perjalanan.
Bila bangun, kita semua ada depan rumah warna krim dengan coklat.
Rumah tu cantik. Rumah baru.


Adik pun masuklah dalam rumah cantik tu.
Adik nampak ayah duduk atas sofa hitam. Bau sofa tu bau kedai.
Ayah tengah cakap-cakap dengan orang cina.
Adik tak faham.

Lepas tu, lori besar sampai.
Rupanya-rupanya, lori yang ada banyak barang kita tadi!
Ada orang angkat semua barang-barang tu masuk dalam rumah.

Adik ingat, adik naik atas.
Masuk satu bilik besar.
Dalam bilik tu ada bilik air.
Fuiyoo...bestnya bilik ni!

Lepas tu, ada orang pasang katil besi, cantik!
Ada corak-corak.
Lepas tu, baby nangis.
Bila baby nangis, Kak Ju kenalah bawak baby kat mama.
Adik pun ikut turun.

Tapi, adik sempat intai bilik lain.
Ada dua bilik lagi.
Ada katil besi cantik jugak!
Lepas tu, bilik air dia boleh tembus masuk dua-dua bilik!
Wah...! Seronoknya!

Tangga dia pusing-pusing.
Pening kepala adik.


Malam tu, kita semua tidur kat situ.

Adik ingat lagi, ada orang cina pasang kayu kat semua bilik, kat dapur, kat bawah tangga!
Rupa-rupanya, orang cina tu pasang almari.
Almari besaaaaaaaaaaaaar!
Adik boleh main sorok-sorok dengan kak nurul dalam almari tu!
Baby tak boleh main, sebab nanti baby tak boleh nafas.

Semua bilik ada. Kecuali bilik bawah dengan bilik tetamu.
Almari tu tinggi sampai kena kat syiling.
Cantik sangat!
Oh ye, ayah ada buatkan meja belajar untuk adik dengan kak nurul!
Best!
Luas, ada banyak laci!
Ada lampu meja!
Seronok!!

Dapur pulak ada banyak sangat temapt letak barang.
Almari bawah, mama letak pinggan cantik-cantik.
Almari atas, mama letak makanan.
Sebelah almari, ada peti ais!
Peti ais baru!
Besar!

Semua baru!
Meja makan baru.
Sofa baru.
Almari baru.
Peti ais baru.

Rumah baru!!

Seronok sangat!

Duduk rumah baru ada taman permainan.
Ada padang kecik, ada padang besar.
Ayah dengan mama selalu tak kasi pergi padang besar sebab kena lintas jalas besar.
Takpe, padang kecik pun best!

Adik ingat lagi, petang-petang selalu tengok cerita cina ke, cerita melayu ke kat TV3.
Semua ada kat rumah.
Kadang-kadang ada bai roti lalu, adik dengan kak nurul mesti lari keluar tahan bai roti tu.
Sebab nak beli roti sedap.
Ayah pulak nak roti krim.
Baby selalu dapat cekedis.

Adik ingat lagi, ayah ada belikan adik alat permainan doktor-doktor.
Ada macam-macam.
Adik selalu main operate-operate ayah.
Hehehe...
Baby pulak dapat bear banyak!
Baby tak boleh main benda keras-keras, ayah tak kasi.
Nanti tercekik, ayah kata.

Baby duduk dalam walker.
Baby baru nak pandai jalan.
Baby ada rambut trojan.
Rambut baby lurus lepas tu tegak-tegak!
Baby selalu minum susu dengan hisap puting.
Kalau tarik puting, baby nangis.
Puting baby banyak sangat!
Ada kuning, ada biru, ada hijau.

Baby sukaaaaaaa sangat gigit puting baby.
Sebab tu selalu tukar!
Puting botol susu baby pun sama jugak!
Hoho..

Kak nurul dengan adik selalu buat misi berbahaya.
Di samping selalu kemas rumah bersama-sama.
Kita kemas rumah cepat-cepat sebelum mama balik dari kerja.
Ingat tak?
Kemas laju-laju!
Spray porch kereta, sapu rumah.
Basuh pinggan dalam sinki.
Kemas bilik.
Kita kemas sambil pasang radio kuat-kuat.

Kadang-kadang, kita main tangkap-tangkap gambar!
Lepas tu, kita mintak ayah cucikan filem.
Bila gambar siap, kita letak dalam album!
Seronoknya!
Kak nurul selalu bagi adik tidur lama-lama.
Kak nurul siapkan semua.
Bila adik bangun, semua dah siap kemas!
Lepas tu, kita sarapan sama-sama.
Kan?

Adik ingat lagi, satu hari lepas mandi.
Adik naik atas baca buku.
Lepas tu, mama buat adik terkejut!
Mama intai adik dari dalam toilet.
Mama cakap," Rajinnya anak mama ni...baca buku ape tu?"
Mama senyum je pandang adik.

Mama selalu masak kuih.
Kuih yang mama buat semua sedap-sedap.
Mama selalu bawak adik dengan kak nurul dengan baby pergi Sunway Lagoon.
Mama selalu  suapkan adik dengan baby makan tiap-tiap hari Sabtu masa tengok cerita Hindustan.
Mama selalu masak apa saja yang adik mintak.
Semua sedap-sedap!

Mama selalu telefon rumah dari tempat kerja.
Lepas tu buat suara macam orang cina.
Hehehe...mama selalu buat adik tertipu.
Hehehe...

Tiap-tiap malam ada cerita P.Ramlee kat TV1.
Adik dengan ayah selalu tengok sampai habis.
Kadang-kadang, tak sempat habis, adik dah lentok dah.
Tau-tau, esoknya adik dah ada dalam bilik.
Rupa-rupanya ayah angkat adik sampai bilik.

Kalau ada wrestling pun adik tengok dengan ayah.
Kita tengok sambil makan kacang cap jari.
Kalau ada cerita hantu, ayah gelak-gelak tengok adik takut-takut.
Kalau takde letrik, ayah selalu pasang lampu kereta.
Kita akan lepak kat luar sambil makan kacang jugak.
Tengok-tengok bintang.
Dengar radio dari kereta.

Ayah pernah selamatkan adik dari kena langgar kereta.
Masa tu, adik nak pergi kat ayah.
Adik tak tau kereta tu tengah reverse.
Lepas tu, tau-tau adik dalam pelukan ayah.
Habis adik kena marah.
Hehehe...

Ayah dan Mama tercinta...

Adik nak waktu itu.
Waktu adik umur 6 tahun.
Waktu adik tak tahu apa-apa.
Cuma tahu bermanja dengan semua...

Ayah, Mama, Kak Nurul, Baby Suha...

Kak Nurul dan baby suha...


Adik sayang kamu semua.
Adik tak boleh hidup tanpa kamu semua.
Adik tak mampu.
Walaupun mama cakap, adik kena terima qada dan qadar...
tapi adik tak kuat.
Tak kuat langsung.

Dengan hanya satu soalan, boleh buat adik menangis.

Kamu semualah kekuatan adik.
Kamu semua pelengkap hidup adik.
Jangan tinggalkan adik.


Jangan sekali...
Please...


Related Posts with Thumbnails