Monday, August 30, 2010

DEMAM : Kempunan ke Gathering Geng Blogger (Buka Puasa)

Kempunan. Itu saja yang boleh aku katakan.

Betul-betul kempunan kali ini. Sudahlah gathering yang lalu, aku masih lagi di Mesir, jadi memang tak dapat nak join gathering yang diadakan di Putrajaya tu. Kali ni, sudahlah diadakan di Shah Alam, aku pula jatuh sakit. Batuk yang makin melarat, diikuti pula dengan selsema dan demam.

Suhu badanku pada 28 Ogos yang lalu mencecah 39 darjah Celcius. Kepala yang berdenyut umpama mahu pecah, sendi-sendi sakit umpama mahu patah. Batuk yang tidak henti-henti seperti mahu membongkar isi di dalam dada.

Kalau aku pergi juga gathering Geng Blogger di Dataran Shah Alam itu, antara aku akan pengsan di tengah padang ataupun aku akan tidur di dalam kereta. Sedihnya tidak terkata. Aku sangka, dapatlah aku merapatkan hubungan dengan kawan-kawan blogger tegar yang mantap itu! Malangnya, aku terbaring layu di atas katil.

Mama melarang aku untuk pergi kerana khuatir akan kesihatan aku. Di sebabkan kepalaku yang memang berat, aku hanya mampu terbaring di dalam bilik. Esok malamnya, aku lihat gambar-gambar dari blog geng blogger yang hadir ke gathering geng blogger. Sungguhpun terkilan kerana tidak dapat pergi, tetapi aku tumpang gembira kerana gathering itu berjaya di laksanakan.

Aku juga ucapkan jutaan terima kasih pada Ayah dan Mamaku kerana menjaga aku sepanjang aku demam ini. Mama yang bersusah payah mencarikan aku air kelapa, membawa aku ke klinik, dan menjaga makan minumku. Kasihan mama...

p/s: Takpelah, mungkin lain kali baru ada rezeki, kan?

Friday, August 27, 2010

25 OGOS: Kita cuma hidup sekali.

Salam Alayk.

Salam sejahtera.

Malam ni, aku menemani nenekku di rumah. Hanya terawikh dan tadarus di rumah. Yelah, takkan lah nak tinggalkan nenek seorang diri di rumah. Sudahlah nenekku tidak berdaya untuk berjalan sangat, lebih mudah kalau ada yang menolong betul tak?

Nenekku yang makin dimamah usia sangat comel. Gelak tawanya membuatkan hatiku berbunga-bunga. Apatah lagi, apabila melihatkan yang nenekku sangat berselera makan apabila aku sediakan roti putih yang ku oleskan sedikit jem dan mentega bersama dua keping lagi roti kismis serta air teh 'o. Walaupun beliau baru sekitar satu jam yang lepas menikmati makan malam yang mama sediakan, beliau cukup berselera!

Nenek sakit kaki. Esok, pak cik dan mama akan menghantar nenek ke hospital untuk check-up. After Eid, nenek akan menjalani satu pembedahan major juga. Kasihan nenek...bila aku melihat nenek sakit begitu, aku terfikir...muda itu hanya sekali. Hidup juga sekali.

Hargai masa muda sebelum tua. Itulah yang sering aku baca ketika melintasi sebuah dinding yang dihiasi mural.

Muda sebelum tua.
Sihat sebelum sakit.
Lapang sebelum sempit.
Hidup sebelum mati.

*okay, yang satu lagi aku tak berapa nak ingat...hehehe*

Muda sebelum tua. Apa yang kita patut buat sementara umur masih belum menginjak separuh abad? Joli? Ke kelab dangdut?  

Fikir-fikirkanlah, kita hidup hanya sekali. Nikmat duniawi ini tidak sampai 1/10000 pun daripada nikmat yang Allah akan beri pada orang-orang mukmin di syurga nanti. Sebaik-baiknya, sewaktu muda inilah kita penuhi hari kita dengan amal ibadah. Dengan zikir dan munajat yang tidak putus-putus pada Khaliq. Melakukan solat-solat sunat untuk menampung ibadah fardhu kita yang mungkin terlolos dari kesempurnaan.

Ini tidak, kelmarin aku tonton 999 di TV3, seorang pakcik ditangkap berjudi, seorang lagi Atuk (64 tahun) di tangkap menghisap dadah, tu tak masuk lagi yang tertonggeng -tonggeng di kelab malam menogok botol arak tanpa segan silu di bulan Ramadhan.

Apakah tidak malu pada isteri? Anak dan menantu?

Sama-samalah kita jadikan semua itu sebagai iktibar dan pengajaran kepada kita. Malah sebagai peringatan kepada diri sendiri tatkala syaitan membisikkan kata-kata godaan yang mendorong kita melakukan maksiat. Semoga Allah sentiasa meletakkan hati kita dekat padaNya. Sentiasa rindu padaNya.

Aku juga perlu beringat-ingat. Sama-samalah kita saling nasihat-menasihati. :)


p/s: Semoga Ramadhan kali ini memberikan makna yang baru di dalam kehidupan kita semua...Ameen.
. 


Saturday, August 21, 2010

Malu : Sila Masuki Kawasan Masjid dengan Menutup Aurat Anda.

Halo. Ramadhan Kareem, salam semua.

Astagfirullah.

Itu sahaja yang dapat ku katakan sejurus aku masuk ke dalam kawasan masjid. Aku yang menjenguk adikku yang sedang belajar di utara tanah air, menemaninya dan ayahku untuk mencari juadah berbuka di sebuah bazaar ramadhan terdekat.

Sudahlah bazaar tersebut di dalam kawasan masjid, yang terang-terangan mempunyai kemungkinan untuk mengotori kawasan masjid,ada pula pembeli wanita yang datang pula tidak segan silu masuk ke dalam kawasan masjid itu dengan berpakaian mendedahkan aurat.

Ketat, mendedahkan dada, betis, apatah lagi jutaan helaian rambut yang dipertonton kepada orang awam. Bukan itu sahaja, tidak pula segan-segan duduk di tangga masjid sambil berbual kosong. Itu belum masuk dengan solekan setabal 10 inci di wajah.

Apalah nak jadi dengan saudara-saudara kita sekarang. Walaupun kubur lain-lain, dosa sendiri-sendiri tanggung, silalah fikir 5-6-7 kali sebelum keluar rumah tu. Inikan bulan mulia, bulan Ramadhan. Semua umat Islam sama-sama berpuasa. Sama-sama perlu menjaga bukan sekadar lapar dan dahaga, malah mata, mulut dan telinga dari perkara-perkara lagha dan mengurangkan pahala berpuasa.

Apa salahnya, kalau iya pun tak mahu menyarung tudung, sekurang-kurangnya, pakailah pakaian yang longgar, menutupi dada, dan letakkan selendang di kepala tu. Masuk kawasan masjid kot...hormatlah sikit. Kalau tak malu pada manusia, malulah sikit masuk ke kawasan rumah Allah. Seganlah sikit. Ke memang tiada perasaan malu?

Berpuasa sekadar syarat tidak makan dan minum, tetapi tidak menjaga hak manusia lain? Tidak memelihara ibadah sendiri? Awak tak nak pahala tu, ramai lagi yang nak tau? Kita ni orang perempuan, biarlah nampak ada adab dan bersopan. Sungguhpun nak datang membeli juadah, hormatilah kawasan masjid, bulan ramadhan.

Isk...

Malu itukan sebahagian daripada iman. Kalau kita ada sifat malu, semua yang kita buat mesti kita tahu batas-batasnya. Takkanlah tak terlintas langsung dalam kepala tu, nak masuk kawasan masjid kena pakai macam mana? Em..

Di luar pun, sewaktu bulan Ramadhan ni, silalah pakai kain lebih sikit. Jangan tak cukup kain, tak berduit langsung ke nak kena beli baju elok sikit? Kalau beli handbag brand Gucci, LV, Chanel, banyak pulak duit. Beli baju menutup aurat sikit tak boleh?

Sedar-sedarlah, kita tak tahu bila kita nak 'pergi', bila-bila masa nama kita up on the list. Tup-tup dah bye-bye. Masa tu, jangan mimpi nak tutup dah. Memang dah kena tutup pun dengan kain kafan putih bersih tu. Taubat? Heh. Jauh sekalilah cik... Tunggulah munkar dan nakir soal-siasat awak, ye cik?

Kita ni sama-sama perempuan, tanggungjawab kita saling tegur menegur. Malulah, kalau kaum kita asyik dipersenda orang. Tengok sekarang ni, kes buang anak bersepah-sepah. Depan rumahlah, dalam paritlah, dekat bus stoplah, paling teruk, main campak dalam tong sampah. Ni semua sebab tiada sifat malu. 

Nauzubillah...

Sedih tau fikirkan benda ni...malu tiada, semua benda jadi. Sila malu pada diri sendiri.


p/s: Naik meluat tengok orang tak tahu malu. Perasan model, asyik buat iklan shampu depan orang. Haish.


Sunday, August 15, 2010

Ramadhan : Kumpul dosa, pahala atau berlapar sahaja?

Bulan Ramadhan kini telah masuk hari ke 5. Sungguhpun begitu, cuba fikir-fikirkan, apakah pahala puasa kita itu sempurna sifatnya?

Dalam kita menunaikan kewajipan berpuasa, apakah pekerjaan yang kita lakukan seharian itu membawa faedah kepada diri kita? Adakah kita hanya berlapar semata-mata? Atau, menerima imbalan pahala yang banyak di atas keikhlasan kita menunaikan kewajipan seorang muslim di bulan Ramadhan?

Kita lihat dari awal pagi kita bangun untuk bersahur. Kenangkan kembali, apakah kita ambil peluang di bulan suci ini untuk bangun 1 jam awal atau sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu bersahur untuk berqiamulail? Setidak-tidaknya, kita gagahkan diri bangun di sepertiga malam untuk mengerjakan Sunat Tahajud. Sesudah itu, barulah kita bersahur, dan seterusnya menunaikan solat Subuh.

Tahukah anda, bahawa Solat Tahajud itu besar fadhilatnya? Apatah lagi jika ambil peluang dan keberkatan Ramadhan ini yang hanya singgah sekali setahun.

Menunaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain pada waktu siang hari. Di sini kita boleh mengambil beberapa aspek dari kehidupan seharian kita. Pertama sekali nafsu. Mata, mulut dan telinga, nafsu yang zahir mengajak kita melihat apa yang bukan hak kita, menjemput kita mengumpat dan mengata, serta mendengar perkara-perkara aib orang lain.

Di katakan syaitan itu dibelenggu di bulan Ramadhan ini, jadi siapakah yang menggoda kita untuk melakukan semua perkara lagha tersebut? Jawapannya, diri sendiri. Kalaulah kita sendiri tidak dapat menjinakkan nafsu yang ada pada diri kita, maka sia-sialah.

Boleh kita guna pakai satu amalan sepanjang kita hidup di dunia ini, bukan sekadar di bulan mulia ini iaitu basahkan bibir kita dengan istighfar. Selalulah beristighfar, sesungguhnya, setiap kali kita beristighfar, hilanglah satu tompokan hitam di hati kita yang hitam kelam ini.

Bila kita beristighfar, kita rasa rendah diri pada pencipta kita. Rasa malu kerana kita lalai dalam menunaikan hakNya. Menunaikan kewajipan dan meninggalkan apa yang di larang.Sungguhpun kita ini manusia biasa yang bukan ma'sum (yakni terpelihara daripada perbuatan maksiat) tetapi, adalah wajib bagi kita menunaikan seluruh perintah Allah S.W.T dan meninggalkan semua laranganNya.

Aurat, bagi kaum hawa pula, sempurnakah? Adakah menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan tapak tangan? Adakah pakaian kita itu longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh? Adakah hijab yang dipakai menutup dada?

Masih belum sampai seru. Boleh jadi, tapi hormatilah bulan Ramadhan ini dengan cuba berpakaian yang lebih sopan. Sekadar menyarung tudung di kepala, tetapi menampakkan belahan di dada? Menutup seluruh badan, tetapi kain jarang memperlihat susuk tubuh?

Seringkali kita lihat di bulan-bulan puasa ini, pembaziran sering berlaku walaupun pada hakikatnya ianya adalah bulan berpuasa! Memberli pelbagai juadah yang akhirnya tidak terusik pun selepas berbuka, kerana kekenyangan. Malah, akhirnya menjadi isi tong sampah! Kenang-kenangkan kembali, insan-insan yang tidak ada kemampuan untuk menikmati kesenangan itu seperti kita, mungkin kita akan lebih waras ketika membeli juadah berbuka atau ketika menyediakan juadah.

Solat terawikh yang menjadi trend pada awal-awal Ramadhan telah banyak kita lihat di serata tempat. 1 Ramadhan, penuh jemaah di surau. Masuk hari ke 5, sudah tinggal separuh jemaah yang muncul. Tidak rugi kalau kita istiqamah menunaikan solat sunat terawikh di bulan mulia ini, walaupun sekadar 8 rakaat! Jika tidak berdaya menunaikan sebanyak 20 rakaat, 8 itu sudah lebih dari memadai. Tetapkan niat, kuatkan hati untuk beribadah. Sedarkah kita, kiranya, masih bernafas kita pada Ramadhan akan datang?

Tadarus Al-Quran, ataupun mengaji sendirian di rumah? Cuba kita ambil naskhah Al-Quran yang sudah berhabuk di atas almari itu, yang terselit di celah buku, yang sekadar menjadi perhiasan di dalam almari itu...Cuba kita baca ayat-ayat Al-Quran itu. Kita hayati maknanya...mungkin bukan sekadar pahala menjadi ganjarannya, malah pengetahuan dan kelembutan hati untuk terus istiqamah menyahut seruan untuk menunaikan ibadah secara ikhlas dan khusyuk.

Marilah kita sama-sama mengambil peluang ini. Sesungguhnya, kita tidak tahu kalau-kalau kita tidak lagi ada di dunia ini untuk Ramadhan akan datang...semoga di panjangkan umur kita untuk menemui Ramadhan tahun hadapan... :)


p/s: Tahun ni puasa penuh di Malaysia, yeay! :) Alhamdulillah~~~

Friday, August 13, 2010

Penerbangan Seorang Diri Yang Terindah.

Hello. Salam Alayk.

Hari ni aku mahu cerita pula tentang penerbangan terindah sepanjang aku balik seorang diri. Sesiapa yang tidak tahu cerita, bolehlah membaca entri aku yang sebelumnya, tentang saat paling mencemaskan.

Kenapa aku katakan penerbangan ini yang terindah? Sepanjang pengalaman aku travel seorang diri dengan kapal terbang, ada saja yang tidak kena. Hatiku resah, mukaku sugul. Jiwaku kacau, wajahku suram. Berbagai-bagai perkara sibuk menendang dinding minda, minta di kaji dan di cari jalan penyelesaian. Walaupun semua perkara itu sendiri sedia maklum yang jalan penyelesaian itu tidak pernah ada, melainkan masa.

Namun begitu, Allah mudahkan segaka-galanya untukku. Alhamdulillah. Sejurus aku mendapat tahu keputusan peperiksaanku, semua urusan penting yang perlu dilaksanakan sebelum pulang telah dapat aku selesaikan dalam masa tiga hari. Walaupun pada awalnya hati berbelah bahagi untuk pulang, kini Allah tetapkan jalan itu untuk aku lalui.

Aku pulang pada 28hb Julai 2010 dengan penerbangan kelas ekonomi dari Kaherah-Bahrain-Kuala Lumpur. Tidak aku kisah dengan perkara lain, asalkan aku dapat pulang dengan selamat dan segalanya berjalan lancar.  Dengan menjinjing beg tangan, gitar, sebuah beg kabin, dan sebuah beg berisi muatan lain yang hampir mencecah 40 kg, namun, check-in berjalan lancar. Tanpa banyak soal, aku diberikan boarding pass.

Selesai check-in sekitar jam 12.30 tengahari, aku masuk dan mencari tempat duduk. Malangnya, Terminal Dua di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah tidak mempunyai fasiliti seperti kerusi untuk duduk sementara menunggu masa untuk  boarding. Jadi aku pun mengambil keputusan untuk duduk di satu-satunya kafe yang terdapat di dalam terminal itu.

Sambil membaca novel dan menikmati secawan hot chocolate dan sepotong kek Black Forest yang tidak memenuhi citarasaku, aku pun lepak di situ. Tidak ambil kisah dengan pandangan orang tempatan, aku meneruskan bacaan. Aku suakan panadol ke dalam mulut kerana kepalaku tiba-tiba berdenyut-denyut.

Jam hampir menunjukkan pukul 2.00 petang, aku pun bersiap-siap menuju ke gate yang sepatutnya. Masuk dan duduk. Aku terjumpa beberapa orang teman dari Mansoura, yang turut serta pulang ke Malaysia. Berbual kosong, akhirnya tiba masa untuk menaiki pesawat.

Setelah memasukkan semua barang-barangku, aku pun duduk di tempatku. Bersebelahanku, seorang wanita Palestin, usianya sekitar 40-an. Fasih juga bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Aku tidak banyak berbual. Disebabkan kepalaku yang berdenyut sakan, aku hanya tidur sepanjang perjalanan ke Bahrain.

Sesampainya aku di Bahrain, aku tidak makan atau minum tetapi aku hanya menunaikan hajat dan shopping chocolates untuk adikku. Duit habis, aku pun hanya lepak di tempat duduk sambil menunggu masa boarding.

Entering the plane, aku kali ini duduk bersebelahan dengan lelaki yang usianya sama baya dengan datukku. Datang dari Greece, beliau datang ke Malaysia atas urusan bisnes. Pada awalnya, kami tidak banyak berbual. Aku cuma tidur dan bangun untuk makan. Selepas makan meal yang pertama, aku tidak dapat tidur. Malah, mataku segar bugar bagaikan ada yang menyuruh aku berjaga.

Lampu kabin ditutup. Gelap.

Aku mulai bosan kerana keadaan yang gelap. Menonton cerita adalah bukan pilihanku buat masa itu. Jadi aku dekatkan mukaku ke cermin tingkap. Melihat langit gelap.

Terkelip-kelip aku melihat luar. Cahaya lampu yang datang dari pantri membuatkan pantulannya menghalang pandanganku ke luar tingkap. Lalu aku tutup seluruh kepalaku yang melekap di tingkap dengan bantal kecil.

Wahhhhhh....

Cantiknya...pertama kali aku lihat langit yang penuh dengan bintang-bintang. Berkelipan, dan bercahaya. Selalunya, aku hanya mendongak melihat ke langit tinggi mencari bintang-bintang yang sayup-sayup kelihatan.

Namun, kali ini bintang-bintang itu sangat besar dan aku tidak perlu mendongak untuk mencari mereka. Di atas awan putih yang indah itu aku lihat berjuta bintang separas mataku. Aku menikmati keindahan bintang-bintang itu sehingga aku terlena. Tidurku umpama tidur di atas awan putih yang beratapkan langit yang mengandungi berjuta bintang-bintang.

Sungguh. Walaupun aku telah banyak kali melihat ke luar jendela pesawat sewaktu penerbangan yang lepas-lepas pada waktu malam, namun inilah kali pertama aku menyaksikan keindahan sedemikian rupa. Jikalaulah ada bulan di waktu itu, pasti bulan itu akan dirasakan begitu dekat denganku.

Tidurku kemudian indah selama beberapa jam. Bila aku terjaga, matahari pula menerangi di ufuk timur. Membiaskan cahanya di wajahku. Terdapat sinar merah menghiasi bibir awan. Indahnya dunia.

Selepas breakfast, barulah aku dan Atok dari Greece berbual. Bermacam-macam tempat di dunia ini pernah dia tinggal. Malaysia, Mesir, US, UK, France, Filipina, Thailand, Hong Kong, Jepun, dan berbagai-bagai lagi tempat yang beliau pernah duduki. Kerjanya? Aku tidak ingat, tetapi beliau pernah berkhidmat dengan salah seorang menteri di Malaysia. Aku lupa siapa.

Akhirnya, 30 minit kemudian, aku selamat sampai ke KLIA. Senyuman meleret sepanjang perjalanan aku ke pintu Arrival. 


Mama, I'm home.




Saturday, August 07, 2010

Menerima Keputusan Peperiksaan Akhir: Saat Paling Mencemaskan

24 Julai 2010

Hari yang tidak aku sangka-sangka akan berlakunya satu peristiwa; keputusan Peperiksaan Akhir telah keluar.

Pada saat seleraku mula datang, aku pun dengan hati berbunga riang menuju ke dapur lalu menggoreng telur dadar. Aroma telur dadar sering membuatkan aku kalah. Lalu aku akan makan dengan nafsu yang bergelora. Hehehe...sedang aku menyuapkan suapan pertama ke dalam mulutku, tiba-tiba, aku menerima suatu message di Yahoo Messenger.

"Dyya, result dah keluar."


Mati. Nafsu makanku mati begitu sahaja. Aroma lazat telur dadar tidak lagi dapat kuhidu. Sebaliknya aku menggigil dan dadaku berdebar-debar. Aku menelefon pula seorang sahabatku lalu kukatakan bahawa keputusan peperiksaan telah keluar.

Walaupun aku tahu keputusan telah keluar, namun, aku masih belum punya kekuatan untuk membuka student link aku untuk kulihat keputusannya. Aku masih belum bersedia.

Kebetulan pula, pada waktu yang sama, mama telah membuka satu akaun Yahoo Messenger. Beliau menegur aku di Yahoo Messenger. Lalu aku beritahu bahawa aku sedang ketakutan kerana keputusan telah keluar. Mama meminta supaya aku banyak-banyak berzikir. Lalu aku mengikut nasihat mama, tetapi hatiku tetap juga tidak senang. Aku lalu berwudhu' dan memnita izin dari mama untuk menunaikan solat hajat.

Habis aku solat, airmataku merembes. Entah kenapa, aku terlalu cuak. Mungkin kerana rakan-rakan serumahku telah mengetahui keputusan peperiksaan mereka, dan yang paling penting, mereka semua : LULUS.

Cerita mereka begini, sewaktu Sarah mengetahui keputusan peperiksaannya, Aku masih BELUM menduduki peperiksaan. Fatima pula mendapat keputusan pada hari terakhir aku menduduki peperiksaan, dan Mizah pula mengetahui keputusannya sewaktu kami berdua berada di Kaherah.

Stress yang datang padaku bertingkat-tingkat. Mungkin sebab itu aku makin cuak.

Berbalik pada kisahku, nak dijadikan cerita...student link aku tidak dapat dibuka. Katanya, kata laluanku salah. Hatiku bertambah gusar. Di tambah pula dengan aku diberitahu bahawa beberapa orang temanku telas lulus naik ke tahun seterusnya. Aduh...

Malam itu aku tidak tidur. Tidak mampu melelapkan mata. Kalaupun aku tidur, bila bangun semula, air mataku mula berjejeran umpama empangan pecah. Aku tidak lalu makan, nasi yang aku sentuh tadi tidak terusik lagi. Aku cuma mampu memohon kepada Allah, meyakinkan hati sendiri bahawa Allah itu hanya menduga kesabaranku.

Keesokkan paginya, aku pergi ke Syuun Thulab (Pejabat Hal Ehwal Pelajar). Aku pohon kata laluan yang baru. Lalu aku pulang semula ke rumah untuk membuka link keputusan peperiksaanku. Belum sempat pun aku membuka tudung mahupun menukar baju, aku mohon izin Fatima untuk menggunakan komputer ribanya, memandangkan komputerku mempunya masalah untuk menguunakan Internet Explorer.

Alhamdulillah, langkah pertama menggunakan kata laluan baru, berjaya.

Menjawab survey. Aku mendapat tahu, kami perlu menjawab beberapa soalan survey sebelum dapat melihat keputusan peperiksaan. Jawab punya jawab...tiba-tiba...*refresh*


APEHALLLLL! *aku terkejut sebab tiba-tiba page tu refresh sendiri*

...dan...

2008-2009. Terpampanglah keputusan aku.

Aku lihat, ehhhhh. Kenapa macam ni? Aku mula mahu menangis. Tanpa disedari, jari aku skrol ke atas. Ehhhhh!! 2009-2010 lah! Inilah keputusan aku...!

ALHAMDULILLAH!!!! LULUS!

Dengan hati girang tak terkata, air mata kegembiraan merembes keluar, tertawa kesukaan, aku pun mengangkat takbir. Menunaikan sujud syukur, regardless of not using any proper sejadah.

Alhamdulillah...

Aku pun dengan girang gembiranya, menelefon ayah di Malaysia.

"Hello ayah, Assalamualaikum!"
       "Hello adik. Waalaikumussalam."
"Ayah sihat? Ayah buiat apa tu?"
       "Sihat...ayah dekat Penang ni. Hantar kakak."
"Ohh. Ayah, result exam adik dah keluar."
        "Ye ke? Macam mana?"
"Ayah...adik... LULUS!!!!"
        "ALHAMDULILLAH"


Sejurus ayah mengucapkan syukur, serentak aku dengan jeritan kecil tanda kegembiraan dari mama dan kakak. Mama sampai menangis kegembiraan. Gembiranya aku. Gembira tak terkata. Syukur pada Allah yang Maha Esa. Maha Kaya.

Tidak sampai 20 minit kemudian, aku sudah berada di Travco, mencari tiket penerbangan ke Malaysia pada tarikh yang paling awal.


28 Julai, penerbangan ke Malaysia, jam 3.30 petang, dan transit di Bahrain selama 2 jam sebelum 11 jam perjalanan seterusnya ke Kuala Lumpur International Airport. Malaysia, aku pulang.


Perjalanan seorang diri paling indah sepanjang tahun ini, akan akuy ceritakan dalam entri akan datang. InsyaAllah.



    p/s: Indah itu datang semuanya daripadaNya.

Thursday, August 05, 2010

Hello Malaysia!!!

Oh lord. Giggles.


Lamanya tak update blog! It's been a few weeks already!

First of all, I want to apologize for not updating this blog quite a while. Though the hard phase of every year is over (which is final exam), but yet I couldn't find any suitable time to stay put on the couch and blogging.

I'm deeply sorry. :)

However, I have so many good stories to tell you. Thus, I am so grateful to the Mighty Lord Allah to let me be part of those good stories and news. Alhamdulillah...

For my dearest readers, I am now safely at home sweet home, Malaysia. It's been a week since I arrived from Egypt. I had to take the earliest ticket flight available in that week because of...nothing! I was just too excited to come home as early as I could. So, I just bought the ticket without have to think twice.

Why didn't I hesitate anymore to buy the flight ticket? It's all because I passed in my final exams!!!! Hooray!
Alhamdulillah...that's the first good news I think. :D

I'll let you know how do I feel about the result in the next post.

Coming home is a bless. Seronok sangat sampai tersenyum meleret dari flight landing, sampailah hari ni.

Hehehehe...the first thing I had it done was my  No Objection Certificate (NOC) application. Alhamdulillah, everything went well. Though the result is still unknown. Hopefully, Allah will help me. :)

Then, we all went to kampung. Seriously, I had a really good time at kampung, with my aunts and uncles, with my beautiful cousins, and not to forget, my dearest grandpa and grandma. I think, that's the best moment I had in this year with them. Soon to meet again in Eid Fitri, love ones. :D

Coming back from kampung, I told my parents that I would like to take a sewing class. Well, I used to designs a lot of clothes, but yet I didn't have any basic in sewing. So I decided to take sewing class. Perhaps one day I'll be a doctor who have her own boutique with her own brand. :D Ameen...

So I did take the sewing class. Alhamdulillah...2 hari pergi kelas, baju kurung dah siap pun! Tinggal buat kain baju kurung tu je! :D After that, mama offered me to buy me, my own sewing machine!! Yayyyyy!!!! I like! :))))

Thank you, mama!

Mama siap tempah baju kurung 10 pasang bila dapat mesin jahit tu nanti! Hehehehe...bukan mama seorang je, 10 pasang setiap seorang untuk kak Nurul dengan Suha! Belum masuk saya punya lagi? Hahaha...

I hope soon that I can sew many clothes with different designs! Ameen...

:D

Okay, soon to be updated again, *pinky promise*

See you lat- aahhhhh!!!

Related Posts with Thumbnails