Wednesday, September 15, 2010

RAYA DAN CERITA HANTU

Salam Syawal. :)

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!

Walaupun sudah masuk raya keenam, aku nak jugak wish Selamat Hari Raya kat semua!

Masih Syawal kan? Apa salahnya, betul tak?

Aku perasanlah kan, dari raya pertama, sampailah raya ke enam ni, tak habis-habis cerita hantu di tayangkan kat tv. Dari yang latest, sampailah yang lama. Semua ada.

Ingat lagi suatu ketika dulu, masa aku kecik-kecik, malam raya je cerita hindustan, sebulan raya maka sebulanlah cerita hindustan.

Ini trend cerita hantu pulak?

Adoi.

Aku ni dah lah penakut. Heh.

Agak-agaklah kan, hantu-hantu yang dah kena lepas tu, tengok tak cerita hantu? Aku sure punya diorang semua dah boring. Malah siap jelous lagi dengan jenis hantu lain. Sebab asyik-asyik hantu yang tipikal masuk tv.

Keh keh keh.

Rambut panjang warna putih atau hitam.

Lepas tu tutup muka.

Takpun, muka buruk macam ape je, sampai buat aku menjerit-jerit ketakutan.

Baju warna putih, dan boleh terbang-terbang.

Mengilai dan mata warna merah.

Hahaha.

 

Hantu cina je yang lompat-lompat, pakai baju colourful dan muka masih gebu dan putih. Keh keh keh.

Apa kata bila raya siarkan cerita-cerita yang boleh buat kita muhasabah diri. Bukan buat tak boleh tidur malam…

Betul tak?

 

p/s: Aku dapat baaaaaaaaanyak duit raya! :)) Seronok seronok! Ngeh ngeh ngeh.



Monday, September 13, 2010

Sewing Machine : Beli atau Tidak?

Confused. Dilemma.

Nak beli atau tidak? 

Patut belikah?

Kalau beli patut bawakah ke Mesir?

Ke, tak patut beli?

Tapi dah belajar?

Macam mana ni?

Tolong bagi cadangan yang munasabah!! 

:((

Omma!~

Tak mahu balik sana!!!!! :(


Thursday, September 09, 2010

PRASANGKA : Mendedahkan kebodohan diri sendiri.

"EEEEIII!! Menyampah betul aku dengan diorang ni! Bulan-bulan puasa pun nak pegang-pegang tangan!"

Demikianlah kata-kata yang terhambur dari mulut seorang wanita awal 20-an yang lalu di sebelah sepasang suami isteri yang sedang melintasi jalan raya. Apa salah memegang tangan isteri sendiri? Berdosakah?  


Berstighfar, dan berprasangka baiklah kepada saudara sesama Islammu, sesungguhnya, hanya Allah yang berhak menghukum sesorang itu di atas kesalahannya. Jagalah lidahmu, lagi-lagi di bulan Ramadhan ini daripada kamu membuat dosa kering kerana melukai hati saudaramu.

Sesungguhnya Allah berfirman :


"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang ke sana ke mari menghambur fitnah. (Al-Qalam: 10-11)."

dan lagi amaran keras dari Allah :

"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat, ayat 11)

Jelas ayat di atas menunjukkan betapa Allah S.W.T tidak menyukai orang-orang yang suka mencela, dan cepat buruk sangka kepada orang lain. Apakah darjatmu sehingga kamu boleh mencela orang lain di atas perkara yang dilakukan mereka? Apakah hak yang ada pada dirimu sehingga kamu boleh mengadu domba tentang perkara orang lain?

Apakah kamu itu mengetahui perkara yang zahir dan batin itu sepenuhnya, ataupun sekadar membuta tuli meletakkan hukum kepada orang lain? Apakah tarafmu setara dengan Nabi-Nabi yang Allah turunkan wahyu melalui Jibril untuk mengetahui sesuatu hal?

Sungguhpun kita manusia adalah bukan ma'sum, tetapi bukanlah menjadi lesen buat kita untuk melakukan kemungkaran di muka bumi Allah ini. Kita tiada hak langsung untuk melakukan sebarang kerosakan, apatah lagi untuk memecah-belahkan kesatuan ummah di dunia ini.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Pada satu hari, Rasulullah S.A.W melewati sebuah kebun di antara kebun-kebun di Madinah. Tiba-tiba beliau mendengar dua orang diseksa di dalam kuburnya, lalu Nabi Muhammad S.A.W bersabda," Kedua-duanya diseksa padahal kerana bukan dosa yang besar. Yang pertama diseksa kerana tidak betul-betul bersih sesudah membuang air kencingnya, dan seorang lagi kerana suka mengadu domba."

Hadis Riwayat Al-Bukhari : lihat Fathul Baari, 1/317

Okay, mode bertukar. Seronok sangat eh mencela orang ni? Kalau ye pun awak nak buat amar ma'ruf nahi mungkar, tengok-tengoklah tempat. Jangan ikutkan hati je, kan dah tak pasal-pasal berdosa?

Kenapa tak pergi marah kawan-kawan kamu yang couple-couple balik tengah-tengah malam tak pergi sembahyang terawih? Kenapa tak tegur adik-adik kamu yang berpegang tangan dengan pakwe masing-masing walaupun masih bersekolah? Kenapa kamu sendiri tidak menunaikan kewajipan menutup aurat yang wajib ke atas kamu? Kenapa nak pakai baju pendek-pendek, seluar ketat-ketat? 

Kenapa tidak tegur sesuatu yang telah ketahui kemungkarannya? Kenapa mesti memfitnah?

Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dan bertaubat. Supaya Syawal yang bakal menjelang esok, membawa sinar baru kepada kita semua.

Maaf Zahir Batin.

Salam Eid Mubarak untuk semua.

p/s: Raya yeay! 




Wednesday, September 08, 2010

COMMON : Saya bukan golongan ini.

Halo. Halo.

Salam alaykum semua.

Ramadhan Kareem...

Adik saya sudah pulang! Hoyeah! :D Walaupun belum sempat berbual panjang bersamanya yang tiba seawal jam 6.15 pagi di rumah kelmarin, kami sempatlah gosip-gosip dan update perkembangan tubuh badan masing-masing. Hehe..!

Adikku yang maintain dari kecil badannya tetap jua sekeping macam biskut lemak itu mengatakan aku dan kakakku sudah berisi. Heh! Tak payah cakaplah...memang lemak-lemak di badan ni sangat produktif untuk beranak-pinak saban hari. Bukan setakat beranak-pinak, siap ada komuniti lemak-lemak di kawasan yang biasa seperti perut, lengan, pipi apatah lagi. Boleh buat kedai tayar dah ni. Huahuahua.

Tapi, biarlah. Buat sementara waktu ni, perkembangan saiz badan aku sendiri tidak dapat nak dihentikan. Bukan sebab apa, sebabnya, setiap tahun pun kaki seluar aku akan menjadi senteng, baju-baju akan menjadi singkat, lengan baju dah macam baju pinjam saja rupanya. Umpamanya, tulang-temulang ni tak berhenti-henti membesar.

Buktinya, saiz telapak tangan aku, dan kaki aku membesar dari tahun ke tahun. Pagi tadi, kakakku menekap telapak tangannya ke atas tapak tanganku, dan terbuktilah bahawa tanganku lebih panjang dan besar darinya. Dekat 1 inci panjang nya jari-jemariku dari kakak. Adoiyaiiii~

Saiz kasut pulak tak payah cerita. Kena cari special made for wide feet. Omma!!~

masa ni masih tembam tembun lagi. T_T
Tu belum masuk bab ketinggian, lebar bahu, kaki, dan figura badanku yang sedikit menyerupai kaum Adam. Bila lebaran tiba, bab paling aku benci bila baju raya aku tidak di siapkan oleh tailor jadi terpaksalah cari baju raya yang sudah siap. Susah bukan kepalang, labuh baju dah okay, tangan pula senteng, labuh kain dah cantik, baju pula yang senteng. Sudahnya, belilah aku baju-baju yang tidak sesuai dengan tubuhku.

Apa pun, tahun ni, aku dah sediakan back-up baju raya. Walaupun tak gemerlip macam lampu lip lap, tapi sudah memadai untuk aku menyambut lebaran. Tahun ni nak bergaya mengikut kemampuan, bersederhana tetapi menawan. :)

Walaupun kita badan saiz XXXXXXXXXXXL pun, tapi kalau pandai bergaya mesti nampak cantik tau! Jangan merendah diri okay, (walaupun kadang-kadang fed -up jugak cari baju yang sesuai!) yang penting kita tak perlulah membazir, sampai 10-15 pasang baju raya. Ikut kemampuankan? :)

Kasut raya, check.
Tudung/Scarf raya, emm..
Baju raya 1, check.
Baju raya 2, check.
Handbag raya, emm...
Baju raya 3, 4, 5, :))))
Make-up, ada dua tiga barang lagi nak beli.
Accessories, more to come. :D

Apapun, walaupun saya bukan golongan ordinary (saiz S/M/L) tapi saya tahu saya di kalangan orang-orang special yang sama cantik! :D No worries, Nadia! It's all gifts from Allah S.W.T. Alhamdulillah.



p/s: Jangan takut untuk bergaya, tapi mesti ingat...berpada-pada dan besederhanalah! Tahun depan, insyaAllah panjang umur, kita raya lagi! :D

I ain't just an ordinary lady.

Friday, September 03, 2010

MISSION UNTUK NEXT RAYA : Raya kali ini dah terlambat.

Adoiii...benci benci benci.

Berat badan ni makin tahun makin naik. Nak diet malas. Nak bersenam lagilah malas. Nak makan ubat kurus, menjengkelkan. Aku malas nak buat semua tu...!

Orang cakap aku berat tulang, tapi aku tak percaya. Sebabnya, takkan calcium kat tulang aku ni bertambah setiap tahun? Omma!~

Benci.

Pergi jumpa doktor pasal sakit perut yang suspected ada gall stone kali lepas, membuktikan yang aku ada masalah baru iaitu, Irritable Bowel Syndrome (IBS) dan juga hati saya sudah menunjukkan tanda-tanda deposition of fat. :((

Dua penyakit ini MENYEBABKAN aku TERPAKSA untuk berdiet, dan bersenam. (lagi...)

Kalau dulu, berjogging tanpa henti selama 45 minit adalah perkara mudah bagi aku, namun begitu sekarang tidak lagi. Lutut dah la sakit, nak jogging macam orang muda remaja adalah perkara yang sikit sulit. Eh, aku belum tua lagi pun, tapi dah sakit lutut ke? Aku pernah injured di lutut. Jadi sebab itulah aku kurang sikit exercise these days. Walau bagaimana pun, aku kena mula exercise semula.

Kalau aku tak mulakan sekarang, possibility untuk lemak ni beranak-pinak, dan membuat sarang di hati aku adalah SANGAT tinggi. Nanti itu lagi satu penyakit pula yang aku kena hadapi. Bukan itu je, produktiviti aku pun makin lambat, dan pembelian baju-baju di Mega Sale pun aku terencat kerana tidak punya saiz. Omma!~

Nehi. Nandeskaaaa...?!

Mungkin aku kena masuk steamed-bath setiap hari sampai lemak aku cair. Wahahahaha!

Okay, marilah kita sama-sama berdiet, dan bersenam tahun ini ya? Demi untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik untuk next raya, dan juga penampilan yang lebih menawan. Miahahahaha!!!~

Mission for next Raya :
1. Mengurangkan berat badan.
2. Mengurangkan jumlah lemak.
3. Mengurangkan jumlah kalori yang di ambil.
4. Mengurangkan perbelanjaan ke atas pembelian makanan.
5. Mengurangkan apa-apa kaitan antara aku dengan makanan!!

:P

Memandangkan kena mula sekarang, tadi aku tak makan nasi pun! Cuma minum air ribena, makan satu ayam percik, dan juga dua ketul tauhu sumbat. Oh ye, dan juga sedikit kuih-muih. Hehehe.

Esok sahur pula, nak makan ayam percik, kalau ada lagi tauhu sumbat nak makan sikit, lepas tu nak minum air yogurt dan minum air herba. :) Nak nak nak! :P

Oh Tuhan, berilah aku kekuatan. Kalaulah aku tak berdiet, kesihatanku akan menjadi makin teruk. :(

Okay, mari diet. Marilah! :DD

Related Posts with Thumbnails