Saturday, December 18, 2010

16 Disember 2010 : Majlis Sambutan Hari Asyura 1432 H

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat juga Majlis Sambutan Hati Asyura 1432 Hijrah dijayakan dengan sempurna. Walaupun agak mengejut, namun Alhamdulillah, masih berjaya terlaksana.


         Ini adalah sambutan Hari Asyura yang julung kali di sambut di Mansurah, Mesir. Semuanya atas inisiatif Kelab  UMNO Mansurah dan Kelab 1 Malaysia Mesir yang memberikan ide untuk menyambut hari yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri di dalam kalendar Islam.

10 Muharram kelmarin, telah disambut secara bersederhana dengan menghidangkan bubur lambuk Asyura yang telah dimasak oleh chef jemputan dari Dirasat, yang kami panggil Mamu. Sebelum masuk waktu berbuka lagi, telah ramai para pelajar yang datang untuk sama-sama membantu bahagiaan penyediaan. 

Sejurus waktu berbuka, kami berbuka bersama-sama dengan makanan ringan seperti buah-buahan limau dan kurma dan penegerusi majlis memulai acara dengan doa dan ucapan daripada Pengarah Program Mohammad Muihaimin Pathi, dan Pemerhati bagi Kelab UMNO Mansurah yang juga selaku Pengerusi Kelab 1 Malaysia Mesir Muhammar Amin Abdul Yasin. Setelah itu, kami pun berganjak ke acara utama iaitu menjamu selera dengan bubur lambuk Asyura yang telah siap terhidang.

        Alhamdulillah sekali lagi, atas kerja sama semua pihak, bubur lambuk yang berjumlah tiga kawah semuanya berjaya dibahagi-bahagikan kepada para pelajar hinggalah titisan bubur yang terakhir. Rasa puas menyelubungi diri apabila melihat senyuman dan kegembiraan di wajah-wajah yang hadir untuk menikmati bubur Asyura. Walaupun tidaklah sesempurna yang terjangka difikiran dari segi penyediaan kerana sedikit masalah teknikal pada malam sebelumnya, namun di akhir majlis tetap rasa keseronokan dan kegembiraan kerana dapat bersama-sama membantu dan menyediakan makanan untuk tetamu yang  hadir.

Tahniah buat KELAB UMNO MANSURAH dan KELAB 1 MALAYSIA MESIR!!

Jutaan terima kasih juga buat rakan-rakan yang membantu sepanjang penyediaan majlis, dari perancangan, penyediaan dan pelaksanaan majlis! You all the best lah!

Ayat-ayat aku kat atas tu dah macam ayat laporan rasmi untuk rekod kelab je. Hahaha. Apa-apa pun, aku seronok sangat dapat join sambutan Hari Asyura hari tu. Rasa gembira je...tak rasa penat langsung! Alhamdulillah...Allah memberi pinjaman kudrat dan kekuatan untuk kita menjayakan acara-acara Islamik seperti ini. :)

Terbayang-bayang kesedapan bubur lambuk Asyura hari tu... -.-''

Lapar~ Hahahahahaha.

p/s: Buat kawan-kawan yang tak sempat nak menjamu bubur lambuk asyura tu, maaflah ye. :P




Wednesday, December 08, 2010

Blood.

There's blood. 
From my nose.
Perhaps my internal body temperature is at its peak.

My nose is bleeding.

Maybe, I should go to the doctor.


Man...I hate to see the doctors here.
 :(


Thursday, December 02, 2010

Allah memberi dunia hanya sebagai pinjaman...

*Cough cough*

Ehem.

Salam alaykum sekalian. Semoga kalian sentiasa sihat dan dipayungi rahmat Allah sentiasa. :)

Aku tak sihat sangat hari ni, demam. Punca? Mungkin perubahan cuaca dan kebetulan pula, imunisasi badan sedikit lemah disebabkan beberapa faktor fizikal. Sungguh pun aku demam, aku rasa bahagia. Sebab aku rasa, Allah menduga aku dengan demam ini kerana sayangkan aku. Allah mahu aku berehat sementara cuti pada esok hari, (Jumaat). Kalau aku demam sewaktu hari kuliah, kan dah susah? Terpaksa ponteng pula. Huhu...

Dunia ini hanya pinjaman sementara. Apa sahaja yang kita punya di atas muka bumi ini adalah milik Allah sepenuhnya. Kita semua cuma meminjam sementara menunggu hari penentuan di akhirat sana. Maka, beringat-ingatlah bahawa jangan riak dan takabbur dengan apa yang kita miliki di dunia ini.

Harta, rupa paras, hatta udara yang dihirup saban waktu pun adalah milik Allah. Bragging tentang kekayaan sendiri ke, kecantikan sendiri ke, pujian orang lain terhadap diri sendiri ke, semua itu adalah riak semata. Janganlah sampai Allah ambil kembali apa yang dipinjamkanNya kepada kita sebagai hamba yang sebenarnya tidak punya apa-apa pun di muka bumi ini.

Sama-samalah bermuhasabah, mencari kesilapan sendiri di dalam menilai apa yang berlaku kepada kita. Bukannya saling mencari kesalahan dan akhirnya terputus silaturrahim. Dunia ini hanya sementara, yang kekal adalah akhirat sana. Dapatkah kita mengakhiri kehidupan di dunia ini dengan khusnul khatimah? Mungkinkah kita akan mati dengan melihat apa yang kita akan terima dari bawah sayap kanan Jibril?

Atau, adakah kita akan mati sewaktu sedang mengadu domba tentang orang lain?
Sewaktu memperlihatkan kekayaan pada orang lain?
Sewaktu sibuk mencari kesilapan manusia sedangkan diri sendiri tidak terjamin antara syurga atau neraka?

Fikir-fikirkanlah.

Orang tua cakap, rumah kata pergi, kubur panggil mari.

Pepatah sedemikian bukan hanya untuk orang-orang yang sudah lanjut usia, tetapi kita yang muda sepatutnya mengambil pepatah itu sebagai iktibar. Bukan tahu pun bila kita nak dijemput pergi, kan? Itu pun kalau di jemput...kalau direnggut nyawa ni? Kalau di sambar nyawa ni? Tak ke naya?

Wallahualam bila kita akan mengakhiri zaman 'hidup' dan memulai saat 'mati', jadi sementara masih bersambung roh dan jasad, tunaikanlah amanah Allah sebagai khalifah, sebagai anak yang soleh dan solehah pada kedua ibubapa, pelajar yang tekun dan rajin kepada guru-guru, dan jadilah manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Aku pun bukan manusia yang sempurna, tetapi aku sentiasa cuba berusaha mencari kesempurnaan itu dengan berusaha. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang masih di buai janji manis dunia. Saling mengingatilah. :)

Tak salah mencuba, biar lambat asalkan ada usaha. Betul tak? Yang penting adalah istiqamah dan perasaan ingin menjadi lebih baik di sisi Allah, bukan di mata manusia. Wallahualam.


p/s: Nak seribu daya, kalau tak nak? Tak cukup kertas nak tulis alasan.

Allah lebih kenal hatiku dari manusia ciptaanNya sendiri.

Salam alaykum semua,

Hari ni, aku tidak begitu sihat, tubuh badan sedikit lemah, di tambah pula dengan kepala yang berdenyut-denyut dan disusuli batuk dan selesema yang saling berlawan. Kuliah pula terpaksa aku tinggalkan, sungguh pun aku mencuba untuk bangun, malangnya kepala aku tidak mahu mengalah.

Walaupun aku tak pergi kuliah, but I did still attend the practical section okay? Antara lecture dengan practical section, section lebih penting. Bukan kerana kehadiran yang di ambil, tetapi kerana kita one-on-one  dengan lecturer. Apa saja soalan berkaitan boleh di ajukan dengan kefahaman yang lebih baik dan juga doktor boleh menerangkan dengan lebih tenang kerana tidak kesuntukan masa. 

Berbanding dengan lecture, doktor lebih kepada menerangkan secara menyeluruh dan perlu menghabiskan subtopik atau silibus di dalam waktu yang ditentukan. Jadi peruntukan masa untuk menerangkan kepada pelajar adalah minimal. Selain itu, sewaktu practical section, kita dapat melihat secara dekat segala jenis parasit, patologi penyakit, dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis ubat-ubatan.

Sungguhpun macam tu, aku cuma tidak datang kuliah tadi kerana tidak sihat, bukan saja-saja, okay? Kalau dari sekarang seorang bakal doktor tidak menerapkan disiplin dan istiqamah di dalam diri, macam mana nanti sewaktu menjadi houseman? Takkan tiap-tiap kali pun tak boleh endure? Betul tak?

Impian aku nak jadi doktor bukan sekadar impian. Kalau boleh aku nak tolong seramai orang yang boleh dengan ilmu di dada, sebaik-baiknya. Bukan sekadar boleh buka mata dan bercakap, tetapi sembuh rohani dan fizikal dari segala kerisauan mereka terhadap penyakit-penyakit itu. Mereka mungkin adalah ibu muda, yang mana punya anak kecil yang masih menyusu badan, masih memerlukan kasih sayang dari seorang ibu. Mungkin adalah seorang anak yang masih perlu menjaga orang tuanya, masih perlu berbakti pada mereka tika orang tuanya meniti sisa-sisa kehidupan, atau mungkin pesakitku nanti adalah seorang bayi kecil yang mana sewaktu besarnya nanti akan menjadi seorang ulamak yang membawa cahaya kepada orang sekelilingnya.

Semoga Allah permudahkan urusan kami, di dalam pelajaran kami, di dalam kehidupan kami.

Sekarang sudah musim sejuk di sini, pagi-pagi yang aku lalui sangat segar dan terasa sejuknya sehingga ke tulang hitam. Namun, walaupun di luar itu terasa sejuknya dunia, tetapi aku tahu ada hamba Allah di luar sana yang tidak senang dengan aku. Maaflah, hutang aku dengan kau dah lama langsai. Aku tak pernah sibuk dengan hal kau, jadi tinggalkanlah kehidupan aku dari gangguan 'keanak-anakkan' kau yang menjengkelkan itu. Get a life! If you do feel insecure, jadi berubahlah. Menjadi sahabat yang lebih baik, bukan sahabat yang mementingkan diri sendiri kerana kebodohan dan ego yang menggunung. Fikir-fikirlah, muhasabah diri tu sendiri. 

Allah lebih tahu hatiku. Begitulah aku memujuk diri sendiri. Memang benar, Dia yang menciptakan hati ini, walau apapun, Dia lebih kenal aku dari manusia ciptaanNya yang lain. :)

Aku dah betulkan niat aku sedari aku melangkah ke atas kapal terbang 8 Oktober yang lalu. Aku nak dapat MUMTAZ, nak dapatkan ilmu yang barakah, dan berikan kejayaan yang cemerlang buat kedua ibubapaku. 

Hubungan dengan kedua bapa, adik beradik, kawan-kawan dan orang sekeliling mestilah kita jaga, apatah lagi hubungan dengan Allah. Semua itu faktor untuk mencapai kejayaan, bukan sekadr pelajaran, tapi dalam kehidupan. :)

Bukan sekadar menasihati, tapi sama-samalah muhasabah diri. 


p/s: Aku bukan 'budak kecil' yang berumur seperti sesetengah manusia. :)




Related Posts with Thumbnails