Salam alayk...
Seperti biasa, pertengahan April atau seawal Mei, kami di sini akan menerima jadual peperiksaan akhir untuk sesi akademik untuk tahun tersebut. Pada sesi akademik 2010/2011 kali ini, kami 'dikejutkan' dengan kehadiran jadual peperiksaan akhir kami.
Apabila jadual peperiksaan akhir telah dikeluarkan, ini bermakna bermulah sesi peperangan emosi dan fizikal. Batin dan zahir terhadap segala dugaan dan gangguan yang boleh menggangu-gugat kestabilan emosi dan kesihatan tubuh badan.
Menyiapkan diri dari pelbagai aspek. Samada pengetahuan dan keyakinan diri.
Peperiksaan kali ini sedikit berbeza dari peperiksaan aku sebelumnya. Dari jumlah subjek, memang sama, tetapi dari jumlah paper yang ada pada setiap subjek yang perlu di ambil ada sedikit pertambahan. Sekurang-kurangnya satu paper esei di tambah. Maksud aku di sini ialah, bukan di tambah bermula pada tahun ini, tetapi memang ada. Dulu kami cuma mengahadapi satu paper esei setiap subjek. Kali ini ada dua paper berat, yang ada dua atau tiga paper esei setiap satu.
Aku harap, pada tahun ini kami semua akan lulus dengan cemerlang untuk naik ke tahun seterusnya. Aku mahu cepat-cepat habiskan degree. Bawa pulang segulung Ijazah pada kedua mama dan ayah sebagai tanda balasan budi dan jasa mereka padaku, walaupun ijazah itu hanya membalas sekelumit jua. Pengorbanan mereka terlalu besar buat aku. Tak dapat aku gambarkan....
Graduate saja, aku mahu terbang pulang. Aku sudah berjanji untuk menjaga mama dan ayah sementelah aku mula berkhidmat di negara aku sendiri. Aku mahu dekat dengan mereka. Sedekat-dekatnya.
Seperti biasa, pertengahan April atau seawal Mei, kami di sini akan menerima jadual peperiksaan akhir untuk sesi akademik untuk tahun tersebut. Pada sesi akademik 2010/2011 kali ini, kami 'dikejutkan' dengan kehadiran jadual peperiksaan akhir kami.
| JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 3 2010/2011 |
Menyiapkan diri dari pelbagai aspek. Samada pengetahuan dan keyakinan diri.
Peperiksaan kali ini sedikit berbeza dari peperiksaan aku sebelumnya. Dari jumlah subjek, memang sama, tetapi dari jumlah paper yang ada pada setiap subjek yang perlu di ambil ada sedikit pertambahan. Sekurang-kurangnya satu paper esei di tambah. Maksud aku di sini ialah, bukan di tambah bermula pada tahun ini, tetapi memang ada. Dulu kami cuma mengahadapi satu paper esei setiap subjek. Kali ini ada dua paper berat, yang ada dua atau tiga paper esei setiap satu.
Aku harap, pada tahun ini kami semua akan lulus dengan cemerlang untuk naik ke tahun seterusnya. Aku mahu cepat-cepat habiskan degree. Bawa pulang segulung Ijazah pada kedua mama dan ayah sebagai tanda balasan budi dan jasa mereka padaku, walaupun ijazah itu hanya membalas sekelumit jua. Pengorbanan mereka terlalu besar buat aku. Tak dapat aku gambarkan....
Graduate saja, aku mahu terbang pulang. Aku sudah berjanji untuk menjaga mama dan ayah sementelah aku mula berkhidmat di negara aku sendiri. Aku mahu dekat dengan mereka. Sedekat-dekatnya.
"Adik, belajar rajin-rajin. Cepat pulang, jaga mama ya?"
Aku akan berusaha bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin untuk melaksanakan impian itu. Mama, ayah...tunggu adik pulang!
Doakan kejayaan kami di sini kawan. :)
Semoga Allah memudahkan urusan kami semua, di terangkan hati dalam pemahaman, dan pengahafalan, di lembutkan lidah kami ketika menjawab soalan peperiksaan, dan semoga kami memperoleh kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan kami. Ameen~
p/s: Tak sabar nak naik tahun seterusnya! :D
0 bebelan kamu!:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.