Sunday, April 17, 2011

Seronokkah Mencuri Wahai Pencuri?

Salam alaykum and good afternoon to all yang cuti hari ni. 

Well, Sunday in Egypt macam Monday in Malaysia. Hectic and full with classes, labs, and stuff. Hectic juga, tapi that's what we did pun kan before this? Either go to school or go to work. Not much differences.


Hari ni, I would like to discuss about one thing : MENCURI, PENCURI, DICURI.


Simple definition, mesti semua orang taukan? Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran.


I supposed, most of us mesti ada barang-barang, duit atau apa sahaja kepunyaan kita yang telah dicuri oleh orang lain kan? *curi hati lain cerita aa...* 


Tak kiralah jumlah dan nilai, tapi mesti kebanyakan diantara kita telah mengalami pengalaman barang-barang dicuri oleh orang lain. Betul tak?


Kes terdahulu, telefon E90 aku telah dicuri beberapa tahun lepas. Siapa tak tahu cerita boleh baca di sini, okay? Sakit hati dan sedih bukan kepalang bila aku sedar telefon itu tiada lagi bersama aku. It was a present from ayah. A birthday present, dan aku baru guna phone tu tak sampai 4 bulan!


Setiap kali terdengar ringtone telefon orang lain yang sama bunyinya seperti telefon aku tu, aku mesti sasau macam orang gila. Macam orang meroyan pun ada. Sedih sampai dalam tidur pun aku teresak-esak *kawan aku cakap, aku nangis sampai macam tu masa tidur.*


I took months to recover, to realize that no hope that the phone is coming back to me. :(


Kes terbaru, iPhone 4 (of somebody special to me ;) ) was STOLEN!!! 


The worst part was, he just bought it 10 DAYS before it got stolen!!! Memanglah pencuri tu takde hati perut, akal pun letak kat mana aku tak tahulah. Kalau nak kata rumah di masuk orang, barang orang lain tak kena pulak. Nak kata toyol, ape pandai sangat toyol tu nak pakai iPhone?! Dalam masa duration 4 jam, telefon tu lesap. 




Sedih tak sedih? Dahla iPhone 4 kot, ingat bayar pakai air liur je ke? Senang-senang je rembat? Dah sedap sangat ke mencuri sampai tak kisah langsung susah payah orang tu nak dapatkan sesuatu? 


Tahu tak, apa yang kita makan dari barang yang dicuri itu adalah HARAM, dan memakan makanan yang HARAM itu akan bersebati dengan daging? Akan menyebabkan HATI MENJADI HITAM??


Aku rasa pencuri tu tak taulah.T____T Sebab tu dia mencuri. Tak pun hati dia dah gelap sangat kot, kan? Dosa pahala, syurga neraka pun tak kenal dah agaknya. Suruh mengaji gerenti tergagap-gagap macam enjin motorbot nak pencen.


Agak-agaklah, kalau pencuri tu punya barang kena curi, apa dia rasa? Dia tak kisah kot, kan? Sebab dia boleh curi barang orang lain LAGI. Betul tak, wahai pencuri?


You know what pencuri, if you are reading this, you might want to know, that I know that your physical appearance mesti kelam tak bercahaya. Orang kata, takde cahaya keimanan gitu. Go find a mirror, and look at your face. Study them well, and please do feel sympathy for yourself, BECAUSE, despite of the cosmetic products you are using, you are still the most hideous person in this whole world.


Until kau bertaubat nasuha dan meminta maaf kepada orang-orang yang telah kau aniaya, barulah Allah akan permudahkan kembali urusan kau di dunia ini. Remember, dunia ni cuma pentas kita yang perlakuan kita di ambil markah. Akhirat nanti pengadilannya.


Depression can occur to the victims, like what happened to me. Especially when the stolen items had a sentimental value or it was a gift or it was a hard-work to get it. Kasihanlah sikit. Cuba bayangkan kalau barang-barang mak kau di curi? Sakitkan hati? Macam tu lah kami rasa.


You owed us too much, dude (Kau mesti dude punyakan, takkan ada perempuan pulak dalam rumah bujang tu, ye tak?) Mentally and physically. 

Firman Allah: "Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana"
(Surah Al- Maidah ayat 38)


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas"
(Riwayat Bukhari Muslim)


Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepadanya agar dia dapat mengharungi dugaan ini Ya Allah. Tenangkanlah hati dan fikirannya Ya Allah. Semoga hidupnya sentiasa bahagia dan di dalam lembayung rahmatMu.... Ameen~

p/s: You guys pulak macam mana? Barang paling berharga yang kena curi?


0 bebelan kamu!:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails