Monday, May 16, 2011

Persediaan Menjelang Musim Peperiksaan

Salam Alaykum, dan Selamat Pagi! :D

Pejam celik, sudah pun tamat Fasa I, Peperiksaan Akhir Semester kali ini. Menjengah pula Fasa II untuk kita sama-sama buat persediaan. Memandangkan kita tinggal lebih kurang 20 hari untuk membuat persediaan, ada baiknya kita berkongsi cara-cara persediaan untuk menghadapi peperiksaan bertulis tahun ini. Kan?

Semua pelajar perubatan di Universiti Mansoura yang mengambil aliran Konvensional sedia maklum dengan tempoh peperiksaan yang panjang dan jumlah peperiksaan yang di hadapi bagi setiap subjek. Ke ada yang tak tau? Ehek.

Tempoh peperiksaan akhir yang mengambil masa dari lebih kurang dua bulan setengah ke tiga bulan selalunya bermula pada awal Mei sehinggalah akhir bulan Julai. Dengan jumlah peperiksaan setiap satu subjek yang mempunyai sekurang-kurangnya 4 jenis peperiksaan. Bertulis (esei), Praktikal, Oral dan Sheet.

Sepanjang masa 3 bulan inilah, kami berhadapan dengan buku, yang sepatutnya memerlukan emosi yang stabil dan terkawal. Ehek.

Okaylah, tanpa membuang masa, apakah tabiat atau persediaan terbaik yang kita boleh lakukan untuk menduduki peperiksaan nanti?

1. Perbetulkan Niat, Ikhlaskan Hati

Pertama sekali, jom kita sama-sama perbetulkan niat kita. Kenapa kita datang sini (Mesir)? Untuk belajar. Jadi, bila datang waktu peperiksaan, bukanlah sebenarnya kita belajar untuk peperiksaan, tapi untuk mencari keredhaan Allah. Beramal ibadat. Kan?

Letak dalam hati kita, aku belajar ni untuk dapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Allah akan permudahkan fahaman kita. Betul?

Ikhlaskan hati kita, untuk menimba ilmu, untuk tambah nilai diri sendiri dengan ilmu di dada. Bukan untuk orang lain.


2. Pembahagian Masa 

tick tock tick tock
Okay, ini adalah memang aspek utama yang perlu di beri penekanan. Kalau boleh, buatlah jadual belajar DAN marilah sama-sama berdisiplin, ikut jadual tu, jangan tampal je depan mata tapi tak ikut pun! (Aku le tu. =.='')

Beri masa yang lebih kepada subjek yang berat, tetapi hormati juga penggunaan masa tersebut, supaya boleh kita gunakan untuk subjek-subjek yang lain.

Kalau kita jenis memang yang tak boleh ikut jadual, sekurang-kurangnya kita letakkan matlamat untuk hari tersebut, nak habiskan tajuk apa. Jadi, bila tiba masa, semua dah selamat dalam kepala. :D


3. Makan, Rehat, Tidur


Tidur membantu proses pembelajaran juga, tau?
Makanlah makanan yang menyihatkan tubuh badan. Jangan lah tak makan langsung atau makan jajan (=.='') yang sememangnya tak bagus langsung untuk otak. Makan makanan yang fresh, panas dan bersih. Supaya badan sihat, otak cergas.

Fast food, jajan tu boleh nak makan, tapi janganlah 2 bulan ni itu je yang kau hadap. Macam mana nak jadi doktor nih?

Seterusnya tentang rehat, take a gap between readings. Buat senaman ringan sikit, (kalau aku, pergi main dengan Neno. Hek.) Tapi janganlah rehat sampai buku pun dah ikut main sama. XD

Tidur mesti cukup, janganlah kita jadi zombie bila exam pun tamat. (Hahahah!) Atau berubah menjadi mata panda. 0.o


4. Kesihatan

Bila exam je, aku sakit. Bila aku sakit je exam. Haih, apelah nasib. Muahahah. Ini bab, malas nak cerita panjang, ekau belajar nak jadi duktur, den nak cakap apo laie? 

Jaga kesihatan. Jangan ambil anti-depressant. XD



5. Lunaskan Hutang-piutang

Minta maaf, ikhlaskan hati. :)
Benda ni sila jangan ambil enteng. Kadang-kadang kita terlupa, dengan siapa kita pernah berhutang. Mungkin kadang-kadang kita lupa urusan kita dengan manusia tu pun penting juga. Betul?
  • Ada pinjam duit, bayarlah balik. Tak boleh bayar sekarang, mintak izin lanjut tempoh. ;)
  • Ada pinjam buku/barang, pulangkan balik dalam keadaan bagaimana di beri pinjam. Kalau masih nak guna, beritahulah tuan punya buku/barang.
  • Ada tukar shift masak dengan housemate, tapi lupa nak buat, pergilah masak cepat-cepat (dan sedap-sedap) bagi housemate tu tambah sayang.
  • Ada terlupa nak cuci jamban, mandi-mandi tu sental lah sekali jamban tu. XD


Ini semua hutang kita yang belum terbayar, sebab kita hidup di atas muka bumi dengan manusia, kalau mereka ada terasa kerana perkara-perkara macam ni, kan susah nak lekat hafalan dalam kepala kita, Ye tak?

Bermaaf-maafanlah, supaya dengan maaf itu, jalan kita semua dipermudahkan! InsyaAllah... :)


6. Hubungan Dengan Sang Pencipta

Menjaga Hak Allah, dalam kehidupan kita. :)
Sungguh pun kita study kuat mana pun, tapi kalau solat Isyak tuh diaa, 10 minit lagi nak dekat adzaan Subuh, tak berkatlah apa yang kita belajar dari lepas Adzaan Isyak tadi tu. (Ada rasa susah sikit ke nak masuk dalam kepala tadi belajar? :P)

Jadi, dahulukan hak Allah. Solat awal waktu ye. (Mengingatkan diri sendiri. =.='')

Doa dengan yakin padaNya yang Dia akan memudahkan urusan kita dalam pemahaman, dalam menghafal fakta, dalam menjawab soalan, dan semualah. Doa dengan feeling, dengan perasaan yang kita tahu Allah dengar doa kita.

Nak buat amal ibadat sunat yang lain sangatlah digalakkan! :D Puasa sunat ke, solat hajat ke, tahajjud ke, dhuha ke, bersedeqah ke, apa-apalah. Allah Maha Mengetahui... :)


Jadi, itu je setakat ni yang aku boleh kongsi dengan kawan-kawan. Aku ni, bukanlah pandai sangat pun dalam bab-bab persediaan ni. Biasalah, banyak noo yang menggode aku daripada mata fokus ke study ni. Movielah, perut berbunyilah, Neno mengaumlah. HEHEHEH. Walaubagaiamanapun, bila kita tersasar, itulah gunanya kawan untuk saling mengingatkan, betul tak?

Sekarang aku buat peringatan, esok lusa, korang pulak yang ingatkan aku. :)

Kalau ada yang salah, tu aku lah punya kerja, tapi kalau ada yang baik semua tu dari Allah. :D

Wallahualam.

p/s: Nanti aku bagi tips pulak. Ehek. Macam aku tak exam. =.=''



0 bebelan kamu!:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails